NEW
Font size
WorksheetsEKONOMI TINGKATAN 5 - GLOBALISASI
Total questions: 13
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut, yang manakah ciri globalisasi?
menembusi ke pasaran baharu
meningkatkan imbangan dagangan
mewujudkan undang-undang sivil baharu
menyediakan elaun pengangkutan
Pernyataan manakah menunjukkan berlaku globalisasi?
barang elektrik yang siap dihasilkan di Kuala Lumpur dihantar ke negeri Sabah menggunakan kapal terbang
baju yang dihasilkan di negara Jepun ada dijual dalam pasaran tempatan
Syarikat JNM meluaskan perniagaannya daripada peringkat tempatan kepada peringkat daerah
Syarikat Smart mengedarkan buku-buku ke seluruh Malaysia untuk dijual
Antara yang berikut yang manakah faktor penggalak globalisasi?
hasil cukai
perbelanjaan kerajaan
pertumbuhan ekonomi
pelancongan kesihatan
Antara yang berikut yang manakah muncul ciri-citi globalisasi?
wujud blok perdagangan
undang-undang dalam sesebuah negara diketatkan
jenama tempatan hanya dijual di pasaran tempatan
barang dari luar negara disekat daripada masuk ke dalam negara
Antara berikut yang manakah kebaikan globalisasi kepada sesebuah ekonomi negara
meningkatkan peluang pekerjaan
meningkatkan kadar pengangguran
mengurangkan tingkat teknologi
berdaya saing dengan syarikat multinasional
Antara berikut, yang manakah kesan negatif globalisasi terhadap masyarakat dalam sesebuah negara?
mengurangkan tabungan
mengurangkan pendapatan
mengurangkan peluang pekerjaan
mengurangkan daya saing industri muda tempatan
Pernyataan yang manakah benar tentang syarikat multinasional?
syarikat besar yang beroperasi di beberapa cawangan di sesebuah negara
syarikat besar yang mengedarkan barang dan perkhidmatan ke seluruh negara
syarikat besar yang beroperasi di beberapa cawangan di beberapa buah negara
syarikat besar yang beroperasi dalam jangka masa panjang dan pendek
Apakah sumbangan syarikat multinasional terhadap ekonomi negara?
Meningkatkan kadar pengangguran
Meningkatkan taraf hidup
Mengurangkan eksternaliti negatif
Meningkatkan pendapatan negara
Apakah kesan globalisasi kepada negara maju?
Wujud peningkatan harga barang
Pertumbuhan ekonomi menjadi perlahan
Mengalir tenaga buruh ke dalam negara maju
Pemindahan teknologi dan modal dari negara-negara yang miskin
Apakah kesan positif pelaburan langsung asing terhadap sesebuah negara?
Penurunan pendapatan negara
Produktiviti pekerja meningkat
Meningkatkan pendapatan negara
Ketidakseimbangan pendapatan negara
Apakah kesan positif kepada ekonomi Malaysia apabila syarikat besar dari Jepun membuat pelaburan di Malaysia?
Peningkatan tenaga buruh
Peningkatan kadar jenayah
Wujud hubungan dua hala
Peningkatan tingkat teknologi
Apakah sebab pertambahan pelaburan langsung asing akan menyebabkan akaun dagangan defisit berlaku?
Syarikat asing membuat pelaburan baharu di pasaran tempatan
Syarikat asing membawa pulang keuntungan balik ke negara asal
Syarikat asing menjual barang pada harga yang rendah di pasaran tempatan
Syarikat asing menggunakan tenaga buruh yang kosnya rendah dalam pengeluaran barang
Bagaimanakah kerajaan memainkan peranan dalam menggalakkan proses globalisasi?
pemberian visa
mengetatkan kawalan ke atas ekonomi
memberi subsidi kepada pengimport barang
mengenakan tarif atau kuota atas barang import
