wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

soalan kertas1 PERCUBAAN (JOHOR)

Total questions: 26

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis aktiviti

Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dan pembeli untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

a)

A.Pembuatan

b)

B Perniagaan

c)

C Pengeluaran

d)

D Perdagangan

2.

Apakah bentuk pemilikan perniagaan yang mempunyai ciri-ciri berikut

· Tidak dikenakan beban cukai

· Aktiviti tidak berunsurkan politik

· Modal perniagaan disumbangkan oleh anggota

· Setiap anggota mempunyai hak untuk membuat keputusan

a)

A. Koperasi

b)

B. Perkongsian

c)

C. Syarikat Awam Berhad

d)

D. Syarikat Sendirian Berhad

3.

gambar 1 berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan

Mengapakah siti memilih untuk membuka perniagaan tersebut?

a)

A. Perniagaan tidak berterusan

b)

B.Diuruskan secara berseorangan

c)

C. Pemilik menanggung liability tidak terhad

d)

D. Pemilik mempunyai kawalan secara langsung ke atas perniagaan

4.

Gambar 2 menunjukkan aktiviti yang dijalankan oleh Encik Amir

Apakah sektor perniagaan yang diceburi oleh Encik Amir?

a)

A.Sektor Utama

b)

B.. Sektor Kedua

c)

C.Sektor Tertier

d)

D. Sektor Sekunder

5.

5. Maklumat berikut berkaitan dengan klasifikasi perniagaan perkhidmatan berdasarkan saiz


I.Jualan tahunan RM 300,000 hingga kurang daripada RM 3 juta

II. Bilangan pekerja tetap 30 orang hingga kurang

daripada 75 orang.

Klasifikasi saiz manakah yang tepat?

a)

I.Kecil

II. Sederhana

b)

I.Kecil

II Besar

c)

I. Sederhana

II. Besar

d)

I.Besar

II. Kecil

6.

Maklumat di bawah berkaitan dengan Encik Hamdan, seorang pengusaha kilang kerepek

Encik Hamdan ialah seorang pengusaha kilang kerepek di Batu Pahat, Johor. Beliau menghasilkan Pelbagai jenis kerepek yang diedarkan melalui pemborong ke seluruh di Johor. Beliau menggaji seramai 16 orang pekerja tetap. Hasil jualan tahunannya adalah sebanyak RM 750,000.

Klasifikasikan saiz dan skala perniagaan Encik Hamdan

a)

SAIZ- Besar

SKALA- Negeri

b)

SAIZ- Sederhana

SKALA- Tempatan

c)

SAIZ- Kecil

SKALA- Negeri

d)

SAIZ- Kecil

SKALA- Kebangsaan

7.

Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti perniagaan?

a)

A.Aktiviti mengawal harga barang

b)

B.Aktiviti menghasilkan barang dan perkhidmatan

c)

C.Aktiviti melibatkan urusniaga jual beli barang dan perkhidmatan

d)

D.Aktiviti mengagih barang kepada pengguna akhir

8.

Apakah ciri perniagaan perkongsian?

a)

A.Modal daripada simpanan sendiri

b)

B.Ahli 2-50 orang

c)

C.Membayar cukai syarikat

d)

D.Liabiliti tidak terhad

9.

Perniagaan Ahmad Travel and Tours menjalankan perniagaan di Bandar Kulai.

Apakah pengkelasan perniagaan tersebut?

a)

A.Sektor Pertama

b)

B.Sektor Utama

c)

C.Sektor Sekunder

d)

D.Sektor Tertier

10.

Food Truck En Khalid menjalan perniagaan di tiga buah daerah di Selangor.

Apakah skala perniagaan beliau?

a)

A. Negeri

b)

B.Tempatan

c)

C. Kebangsaan

d)

D. Zon

11.

Pada tahun 90-an apakah perkembangan sektor perniagaan di Malaysia?

a)

A.Pelancongan

b)

B. Perkhidmatan

c)

C. Perkilangan

d)

D. Pertanian

12.

Logo berikut berkaitan dengan Organisasi Bukan Bermotif Untung (OBBU).

Mengapakah organisasi berkenaan menjual barang pada harga bawah kos?

a)

A.Membantu masyarakat yang kurang mampu

b)

B.Menghalang pesaing pasaran

c)

C.Untuk mempromosi barang

d)

D. Meningkatkan untung jangka masa panjang

13.

Maklumat di bawah menunjukkan dua jenis perniagaan

I.KFD Malaysia Berhad

II.Jamel Force Sdn. Bhd

Apakah kelebihan syarikat KFD Malaysia Berhad?

a)

Beban cukai rendah

b)

Syer boleh dipindah milik secara bebas

c)

Laporan kewangan tak perlu diumum kepada orang ramai

d)

Liabiliti pemegang saham terhad kepada modal dilabur sahaja

14.

Maklumat berikut berkaitan Kedai kek Najmi


Kedai kek Najmi membekalkan kek kepada restoran dan kedai makan di sekitarnya.Kedai ini mempunyai pekerja seramai 15 orang dan jualan tahunan adalah RM750 000.

Kenal pasti saiz dan sektor Kedai Kek Najmi.

a)

SAIZ- Kecil

SEKTOR- Utama

b)

SAIZ- Sederhana

SEKTOR- Kedua dan ketiga

c)

SAIZ- Kecil

SEKTOR- Kedua dan ketiga

d)

SAIZ-Sederhana

SEKTOR-Utama

15.

Sektor manakah yang diberi penekanan bagi mencapai matlamat menjadi negara

maju

a)

A.Sektor pertanian

b)

B.Sektor perindustrian

c)

C.Sektor perkhidmatan

d)

D.Sektor perkhidmatan

16.

Apakah tujuan utama sesuatu perniagaan itu wujud dalam masyarakat ?

a)

A.Mewujudkan peluang pekerjaan

b)

B.Menambahkan pendapatan negara

c)

C.Membantu masyarakat setempat

d)

Menawarkan barang dan perkhidmatan


17.

Pernyataan manakah yang menerangkan persamaan antara perniagaan bersaiz kecil dengan perniagaan bersaiz sederhana?

a)

A.Pengkhususan dalam sesuatu pekerjaan mudah dilakukan.

b)

B. Perubahan dalam strategi perniagaan mudah dilaksanakan.

c)

C.Pekerja yang berpengalaman mudah untuk diperoleh

d)

D.Sesebuah organisasi perniagaan dapat menikmati ekonomi bidangan

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan

· Modal diperoleh daripada simpanan pemilik sendiri

· Pemilik sendiri yang menguruskan perniagaan

Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?

a)

Milikan tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Koperasi

19.

Skala Perniagaan PETRONAS merangkumi luas merentasi sempadan negara. Bagaimanakah strategi pasaran yang sesuai yang boleh dilakukan oleh perniagaan dalam mengharungi pandemik Covid-19 yang berlaku kini

a)

A.Memenuhi keperluan masyarakat setempat

b)

B. mudah ditembusi dengan wujudnya internet

c)

C.Menggunakan strategi pemasaran yang berbeza-beza untuk menarik pengguna

d)

D.Memberikan tumpuan kepada kawasan –kawasan tertentu yang telah dikenalpasti

20.

Antara berikut, yang manakah

benar tentang tujuan perniagaan?

a)

A.Untuk memajukan perniagaan

b)

B.Menawarkan barang dan perkhidmatan

c)

C.Mendapatkan keyakinan daripada pelabur

d)

D.Membantu golongan yang kurang berkemampuan

21.

Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?

a)

A.Restoran Sivagangga Bersaudara

b)

B.Koperasi Kg Pisang

c)

C.Kedai Runcit Lakba

d)

.D. Syarikat JKD Sendirian Berhad

22.

Maklumat di bawah berkaitan dengan pemilikan perniagaan


Syer tidak boleh dipindah milik tanpa

persetujuan daripada ahli lembaga pengarah.


Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri

a)

A.Syarikat Sendirian Berhad

b)

B.Perkongsian

c)

C.Syarikat awam berhad

d)

D.Syarikat jaminan berhad

23.

Maklumat di bawah berkaitan dengan klasifikasi perniagaan

Syarikat Petroleum Rapid menjalankan aktiviti perlombongan petroleum di Pengerang, Johor. Syarikat tersebut mempunyai 1000 orang pekerja


Antara yang berikut yang manakah menerangkan klasifikasi perniagan Syarikat Petroleum Rapid?

a)

SAIZ- Kecil

SEKTOR- Sektor utama

b)

SAIZ- Sederhana

SEKTOR- Sektor kedua

c)

SAIZ- Besar

SEKTOR- Sektor utama

d)

SAIZ-Besar

SEKTOR Sektor ketiga

24.

Maklumat di bawah menunjukkan situasi yang berlaku di sesebuah negara

Keadaan ekonomi dan politik di Negara X tidak menentu dan berlaku perubahan peraturan serta teknologi berikutan berlakunya penyakit jangkitan Virus Pandemik Covic-19.

a)

A.Keuntungan tahunan

b)

B.Ketidakpastian pasaran

c)

C.Masalah aliran tunai

d)

D.Pengambilan pekerja

25.

Maklumat di bawah berkaitan dengan satu bentuk perniagaan

· Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

· Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak.

Apakah bentuk perniagaan yang sesuai bagi kenyataan di atas?

a)

Syarikat Sendirian Berhad

b)

Kontrak pengeluaran

c)

Usaha sama

d)

. Francais

26.

Rajah berikut berkaitan dengan sektor perniagaan.

Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?

a)

A.Guru

b)

B.Buruh binaan

c)

C.Penternak ayam

d)

D.Pemilik Salon Rambut