Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PAMERKAN KEPERLUAN BUDAYA KERJA

Total questions: 10

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Amalan budaya kerja adalah amalan kerja lazim meliputi landskap pelbagai etika. Sesetengahnya melibatkan implikasi undang-undang yang perlu disedari oleh semua kakitangan. Dasar dan misi syarikat, sikap dan tindakan majikan menjadi templat untuk dipatuhi oleh pekerja dalam urusan seharian mereka

a)

A. Betul

b)

B. Salah

2.

Amalan Keadilan adalah peraturan penting dan panduan ringkas untuk amalan yang adil di tempat kerja. Pengurus boleh bekerjasama dengan kakitangan dalam mentakrifkan apa yang dimaksudkan dengan keadilan. Gunakan definisi itu untuk setiap sektor dan keadaan operasi pengurusan yang kecil. Kriteria untuk keadilan terpakai ke atas semua orang dan dalam semua keadaan.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

3.

Integriti tidak memerlukan keberanian untuk melakukan apa yang betul walaupun tidak disukai ramai. Pekerja yang berintegriti tidak akan menyokong kerja-kerja yang betul dari segi moral dan apa yang mewakili kakitangan dan pelanggannya

a)

A. Betul

b)

B. Salah

4.

Pekerja yang mampu mengawal diri dan berdisiplin akan sentiasa tenang dalam kesibukan mereka. Bagi mengelakkan timbunan kerja, mereka saling membantu antara satu sama lain untuk mengekalkan kelancaran kerja dan terus memberi sumbangan kepada keseluruhan produktiviti syarikat.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

5.

Percaya bermakna meletakkan sepenuh keyakinan kepada seseorang. Orang yang percaya bahawa pihak yang dipercayainya itu tidak akan mencederakannya sama sekali akan sentiasa mencarinya. Percaya ialah satu konsep yang kekal, dan apabila seseorang itu dipercayai ia akan kekal seumur hidup, sehingga kepercayaan itu dikhianati

a)

A. Betul

b)

B. Salah

6.

Sensitiviti budaya ditakrifkan sebagai tiada kesedaran dan kepekaan terhadap amalan dan budaya lain. Kemahiran sensitiviti budaya ini termasuklah menilai budaya yang berbeza, bagaimana ia harus didekati dan bagaimana untuk berkomunikasi sewajarnya

a)

A. Betul

b)

B. Salah

7.

Kemahiran sensitiviti budaya adalah penting agar pekerja dapat bekerja secara bersepadu dalam satu pasukan yang saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira perbezaan budaya. Kemahiran sensitiviti budaya juga penting bagi pekerja yang kerap berinteraksi dengan pelanggan luar, yang kebanyakannya mpunyai pelbagai latar belakang dan warisan.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

8.

Dalam sesetengah budaya, ia dianggap biasa untuk memberi salam dengan pelukan. Jika hanya berjabat tangan, pelanggan mungkin akan rasa tersinggung.

a)

A. Betul

b)

B. Salah

9.

Terdapat beberapa langkah praktikal yang boleh diambil untuk mewujudkan kesedaran budaya. Antaranya adalah i. Wujudkan kesedaran – lihat kemungkinan yang memihak dan prasangka, sedari norma budaya, sikap & kepercayaan dan hargai kepelbagaian

ii. Jangan jadikan perbezaan budaya sebagai asas bagi kritikan dan penilaian. Tidak ada baik buruknya perbezaan, hanya norma yang menjadi perbezaan

a)

A. Betul

b)

Salah

10.

Membina sikap kompeten budaya merupakan satu proses yang berterusan. Adalah penting untuk melihat semua orang sebagai individu yang unik dan sedar bahawa pengalaman, kepercayaan, nilai dan bahasa mereka mempengaruhi cara mereka berinteraksi dengan orang lain dan masyarakat secara amnya

a)

A. Betul

b)

B. Salah