Font size
WorksheetsJAWATANKUASA HUBUNGAN ANTARA KAUM
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Berikut merupakan objektif penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).. (Pilih 2 jawapan yang benar)
Menyatukan masyarakat Cina
Mengkaji hubungan kaum secara mendalam
Menanam semangat kebangsaan
membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial
Apakah motto utama Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) :
Kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya
Rela berkorban jiwa untuk mendapatkan kemerdekaan penuh Tanah Melayu
Kesamaan dan keadilan untuk penduduk Tanah Melayu
Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam
Siapakah Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) ?
Malcolm MacDonald
E.E.C Thuraisingham
Dato' Onn Jaafar
Tan Cheng Lock
Apakah peranan utama Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum?
Menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum
Menyediakan langkah berkerajaan sendiri kepada Tanah Melayu
Mempertahankan kedaulatan negara
Menyatukan orang Melayu untuk mempertahankan hak bangsa Melayu dan kedudukan Raja-raja Melayu
Terdapat pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum. Antara isu tersebut ialah? (pilih 3 jawapan yang benar)
Isu Politk
Isu kedudukan istimewa orang Melayu
Isu pilihan raya
Isu kewarganegaraan bukan Melayu
Apakah cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (CLC) dalam menyelesaikan isu politik di Tanah Melayu pada ketika itu?
Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri
Mencadangkan penubuhan agensi untuk meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu
Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam
Apakah kesan daripada cadangan CLC dalam peralihan ke arah berkerajaan sendiri?
Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui
Pilihan raya diadakan
Syarat kewarganegaraa dilonggarkan
Apakah peranan CLC dalam menyelesaikan isu kedudukan istimewa orang Melayu?
Bersetuju kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu
Bersetuju agar orang Melayu wajar mempunyai kedudukan istimewa
Mencadangkan peralihan ke arah berkerajaan sendiri
Apakah kesan persetujuan CLC agar orang Melayu diberikan kedudukan istimewa sebagai penduduk asal rantau Alam Melayu?
Kedudukan istimewa orang Melayu diperakui.
Lembaga Pembangunan Industri Desa ditubuhkan (RIDA)
Melahirkan semangat patriotik serta rasa bertanggungjawab kepada negara
Apakah yang dicadangkan oleh CLC dalam isu kedudukan ekonomi orang Melayu?
Mencadangkan syarat kewarganegaraan
Mencadangkan penubuhan agensi
Mencadangkan sistem pendidikan yang seragam
CLC bersetuju kewarganegaraan kepada kaum bukan Melayu penting bagi memupuk taat setia kepada Tanah Melayu dan kerjasama dalam kalangan penduduk. Apakah kesan persetujuan tersebut?
Syarat kewarganegaraan dilonggarkan
Kedudujan istimewa orang Melayu di negara diperakui
Kepentingan sah kaum lain diiktiraf
Apakah kesan daripada cadangan sistem pendidikan yang seragam oleh CLC?
Semua kaum mendapat pendidikan
Penubuhan jawatankuasa untuk mengkaji sistem pendidikan
Pemansuhan sekolah vernakular
Apakah perkara yang diketengahkan dalam isu pendidikan Tanah Melayu? (pilih dua jawapan yang benar)
Sistem persekolahan berbeza mengikut kaum
Tuntutan orang Melayu mengenai kedudukan istimewa sebgai penduduk asal Tanah Melayu
Penggunaan bahasa pengantar, buku teks dan sukatan mata pelajaran yang berlainan
Apakah kepentingan penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)? (Pilih dua jawapan yang benar)
Meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum
Melatih orang tempatan berkerajaan sendiri
Membawa negara ke arah kemerdekaan serta pembinaan negara dan bangsa
Bilakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ditubuhkan?
Januari 1949
Februari 1949
Mac 1949
April 1949
