wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PBD - Kata Kerja Aktif Transitif

Total questions: 10

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Kak Nor sedang _______________ kelapa yang baru diparut oleh ayahnya.

a)

memicit

b)

memerah

c)

meramas

d)

menggenggam

2.

Adam dan Aniq _________________ rombongan melawat ke beberapa lokasi bersejarah di negeri Melaka.

a)

mengikuti

b)

memasuki

c)

melewati

d)

menjejaki

3.

Murid-murid ________________ tangan untuk berdoa setelah selesai menunaikan solat Zuhur.

a)

menuding

b)

memegang

c)

menadah

d)

menghimpun

4.

Guru besar ________________ tahniah kepada calon UPSR yang berjaya memperoleh kejayaan 6A.

a)

memberitahu

b)

menzahirkan

c)

mengucapkan

d)

memaklumkan

5.

Puan Dania _______________ nama murid-murid yang berbakat dalam bidang kepimpinan.

a)

menyenaraikan

b)

menulis

c)

mendaftarkan

d)

menjemput

6.

Hakim telah _______________ pesalah itu hukuman penjara sehari dan denda seribu ringgit kerana mengganggu ketenteraman awam.

a)

menetapkan

b)

merekodkan

c)

menjatuhi

d)

melepaskan

7.

Puan Solihah __________________ kulit popia mini dengan berhati-hati agar tidak terbuka semasa digoreng.

a)

menggulung

b)

menggelung

c)

menggolek

d)

memusing

8.

Mak Hana ____________ air mawar ke dalam bekas yang mengandungi bunga rampai.

a)

menjirus

b)

menuang

c)

merenjis

d)

menyiram

9.

Datuk _________________ aku dan abang ke dusun pada pagi itu.

a)

memimpin

b)

memanggil

c)

mengajak

d)

menjemput

10.

Anak Pak Mizan, Amirul memang _______________ sikap panas barannya.

a)

menjejaki

b)

mengikuti

c)

mewarisi

d)

menakluki