Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS KSSM TINGKATAN 4 6.2 SEL KIMIA

Total questions: 12

Worksheet time: 24mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut yang manakah bukan komponen dalam sel kimia ringkas?

a)

elektrod terdiri daripada dua logam berlainan

b)

elektrod terdiri daripada dua logam yang sama

c)

elektrolit

d)

wayar penyambung

2.

Mengapa magnesium menjadi terminal negatif dan kuprum menjadi terminal positif?

a)

magnesium kurang elektropositif berbanding dengan kuprum

b)

magnesium lebih elektropositif berbanding dengan kuprum

c)

mengnasium merupakan logam lebih tulen berbanding kuprum

d)

magnesium mengalirkan arus

3.

Apakah ciri utama bagi X iaitu logam yang boleh diletakkan untuk menjadi terminal negatif bagi sel kimia ringkas ini?

a)

kurang elektropositif

b)

tidak bersifat elektropositif

c)

lebih mudah mendermakan elektron

d)

lebih mudah menerima elektron

4.

Pilih penytaan yang SALAH mengenai perbandingan ion berdasarkan siri elektrokimia.

a)

ion kalium merupakan ion yang mempunyai keelekropositifan yang paling tinggi

b)

ion magnesium lebih elektropositif berbanding dengan ion kuprum

c)

ion stanum lebih elektropositif berbanding dengan ion hidrogen

d)

ion plumbum (II) lebih elektropositif berbanding dengan ion kalsium

5.

Berdasarkan gambar rajah, apakah logam yang sesuai untuk diletakkan di terminal positif (Y) ?


Tips: Logam Y haruslah kurang elektropositif dan tidak mudah mendermakan elektron berbanding dengan stanum.

a)

natrium

b)

aluminium

c)

kalsium

d)

plumbum

6.

Pilih penyataan yang SALAH bagi menerangkan pengoperasian sel kimia ringkas dalam gambar rajah ini.

a)

Magnesium mendermakan elektron lalu membentuk ion magnesium dan larut dalam larutan kuprum(II) sulfat

b)

Elektron yang terbebas akan mengalir melalui larutan kuprum(II) sulfat dari magnesium ke kuprum

c)

Elektron dari magnesium diterima oleh ion

kuprum(II) dari elektrolit ataupun larutan kuprum(II) sulfat

d)

Pepejal kuprum terbentuk dan terenap pada

jalur kuprum

e)

Jalur magnesium akan menipis manakala jalur kuprum akan menebal

7.

Pergerakan elektron dari terminal negatif ke terminal positif melalui litar luar sel kimia akan menghasilkan tenaga elektrik.


Apakah perubahan tenaga yang berlaku dalam sel kimia?

a)

tenaga kimia kepada tenaga haba

b)

tenaga elektrik kepada tenaga kimia

c)

tenaga kinetik kepada tenaga elektrik

d)

tenaga kimia kepada tenaga elektrik

8.

Jika kepingan kuprum digantikan dengan kepingan zink, jarum volmeter tidak terpesong (tidak bergerak) dan menunjukkan bacaan 0 V. Mengapakah hal ini terjadi?

a)

kerana kedua - dua logam mempunyai kelektropositifan yang sama

b)

kelektropositifan dua kepingan zink yang tinggi menyebabkan volmeter gagal berfungsi

c)

larutan natrium klorida menghalang akan menjadi leburan

d)

kepingan zink yang baru akan berkarat dan menghalang arus

9.

Rajah menunjukkan satu model sel ringkas. Pemerhatian yang dapat dibuat bedasarkan rajah ialah jarum voltmeter terpesong. Hal ini kerana arus elektrik terhasil.

Apakah yang akan berlaku jika kepingan kuprum digantikan dengan rod karbon?

a)

Jarum voltmeter terpesong

b)

Jarum voltmeter tidak terpesong

10.

Berikan sebab mengapa jarum voltmeter terpesong apabila kepingan kuprum digantikan dengan rod karbon?

a)

Rod karbon menjadi ion

b)

Rod karbon mengkonduksikan elektron

c)

Rod karbon mengkonduksikan arus elektrik

11.

contoh makanan yang dapat digunakan untuk menggantikan larutan cuka dal sel kimia ringkas ini ialah

a)

Jus nanas

b)

Air Suam

c)

Air Alkohol

12.

Rajah menunjukkan susunan radas bagi penghasilan arus elektrik. Sekiranya jarum ammeter TIDAK terpesong, apakah M?

a)

Besi

b)

Plumbum

c)

Zink

d)

Kuprum