Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Biologi Bab 4 T5 KSSM

Total questions: 14

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah merupakan tisu vaskular ?

I . Endodermis

II. Kambium

III. Xilem

IV. Floem

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Antara bahan berikut, yang manakah diagihkan oleh tisu floem ?

I. Mineral larut

II. Air

III. Gula terlarut

IV. Hormon tumbuhan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Satu pokok keembung dengan akarnya dicelupkan ke dalam larutan erosin untuk menyiasat tisu yang terlibat dalam pengangkutan air. Bahagian manakah pada keratan akar, A, B, C atau D, akan diwarnakan merah oleh erosin ?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

4.

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar mengenai salur xilem ?

a)

Salur xilem mengangkut air sahaja

b)

Tisu xilem terdiri daripada sel-sel hidup

c)

Dinding salur xilem mempunyai penebalan lignin

d)

Salur xilem hanya terdapat dalam pokok besar dan tinggi

5.

Antara berikut, yang manakah penerangan terbaik tentang floem ?

a)

Tiub tunggal yang panjang dan berongga

b)

Terbina daripada aliran sap tumbuhan

c)

Terdiri daripada sel-sel hidup yang melapisi lumen yang dihubungkan oleh plat tapis

d)

Terdiri daripada sel-sel mati berongga yang membawa gula terlarut

6.

Jenis tisu yang manakah membantu tumbuhan bersaiz besar mengankut air dan nutrien ?

a)

Tisu meristem

b)

Tisu epidermis

c)

Tisu asas

d)

Tisu vaskular

7.

Daya yang manakah terlibat untuk menggerakkan air ke atas di dalam batang ?

a)

Tekanan turgor sahaja

b)

Tarikan transpirasi sahaja

c)

Tekanan akar, tindakan kapilari dan tarikan transpirasi

d)

Tekanan hidrostatik, tekanan akar dan tindakan kapilari

8.

Apakah itu gitasi ?

a)

Apabila tumbuhan mati akibat air berlebihan di dalam tisu

b)

Apabila tumbuhan layu akibat kekurangan air di dalam tisu

c)

Apabila tumbuhan mengeluarkan air berlebihan secara titisan melalui liang khas pada hujung daun

d)

Apabila tumbuhan melakukan transpirasi dengan menyingkirkan wap dan titisan air.

9.

Rajah 1 menunjukkan gegelang kulit kayu dikeluarkan daripada batang satu tumbuhan dikotiledon.

Antara berikut, yang manakah mewakili keputusan eksperimen selepas dua minggu ?

a)
b)
c)
d)
10.

Bagaimanakah air membantu menggerakkan bahan di sepanjang floem ?

a)

Air melarutkan makanan pejal untuk membolehkannya mengalir dalam floem

b)

Air memasuki floem untuk mewujudkan tekanan hodrostatik untuk menggerakkan bahan

c)

Air hilang secara wap ke atmosfera sehingga mewujudkan ruang untuk bahan bergerak di dalam floem

d)

Tekanan akar memberikan daya sedutan untuk menarik air ke floem

11.

Apakah itu translokasi ?

a)

Pengangkutan air dan mineral dalam tisu xilem

b)

Pengangkutan air dan mineral dalam tisu floem

c)

Penggangkutan sukrosa dan asid amino dalam tisu xilem

d)

Pengangkutan sukrosa dan asid amino dalam tisu floem

12.

Rajah 2 menunjukkan laluan translokasi.

Semasa translokasi melalui floem, apakah yang menyebabkan tekanan osmotik pada organ penyimpanan makanan menurun ?

a)

Sukrosa ditukarkan kepada kanji

b)

Glukosa cepat digunakan untuk membebaskan tenaga

c)

Air keluar dari sap floem ke salur xilem

d)

Sebahagian besar air mengalir dari xilem ke floem

13.

Antara berikut, yang manakah benar tentang pengangkutan gula di dalam tumbuhan ?


I. Daripada daun ke organ penyimpanan

II. Daripada akar ke pucuk

III. Daripada tiub tapis ke daun

IV. Daripada buah ke biji benih

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Rajah 3.1 menunjukkan satu eksperimen untuk menunjukkan fitoremediasi dengan menanam keladi bunting dalam air yang tercemar dengan kromium.


Rajah 3.2 menunjukkan keputusan yang diperoleh selepas dua minggu.


Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen tersebut ?

a)

Air itu subur untuk pertumbuhan tumbuhan

b)

Keladi bunting dapat bertumbuh dengan subur dalam air yang tercemar dengan kromium

c)

Sebatian kromium semakin berkurangan

d)

Keadaan air selepas dua minggu sesuai untuk ikan hidup