NEW
Font size
WorksheetsBAB 5 SEBATIAN KARBON KSSM TINGKATAN 5 (5.1-5.3)
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Antara berikut, yang manakah sebatian bukan organik?
Gula perang
Arang
Serbuk penaik
Margerin
Antara proses berikut, yang manakah tidak berlaku di dalam kitar karbon?
Fotosintesis
Penyulingan
Penguraian
Pembakaran
Antara berikut, yang manakah ciri sebatian organik?
Berasal daripada benda hidup
Takat lebur tinggi
Sangat larut dalam air
Tidak mudah terbakar
Antara sebatian karbon berikut, yang manakah sebatian karbon bukan organik?
Sutera
Petroleum
Karbon monoksida
Etanol
Dalam kitar karbon, karbon dioksida diserap daripada atmosfera melalui proses X. Apakah proses X?
Respirasi
Pembakaran terbuka
Penguraian bahan sisa organik
Fotosintesis
Hidrokarbon yang manakah dihasilkan daripada pereputan fosil tumbuhan oleh tindakan bakteria?
Arang batu
Arang kayu
Petroleum
Gas asli
Antara berikut, yang manakah sebatian karbon bukan organik?
Glukosa
Protein
Etanol
Kalsium karbonat
Berikut adalah kepentingan kitar karbon , kecuali...
mengekalkan keseimbangan karbon semula jadi
mengekalkan komposisi karbon dioksida di atmosfera
membekalkan makanan kepada haiwan
menambahkan kandungan nitrogen dalam udara
Sebatian hidrokarbon ialah sebatian karbon organik yang terdiri daripada
karbon dan oksigen
karbon dan magnesium
karbon dan hidrogen
karbon dan nitrogen
Antara berikut, yang manakah adalah hidrokarbon tak tepu?
Etena
Propana
Etanol
Gliserol
Antara berikut, yang manakah bukan dari siri homolog alkana?
Propena
Propana
Etana
Butana
Keterangan berikut adalah berkaitan sebatian karbon X.
Mempunyai sekurang-kurangnya satu ikatan kovalen ganda dua di antara atom karbon dengan atom karbon ( C = C )
Antara berikut, yang manakah benar tentang X?
Suatu alkana
Suatu hidrokarbon tepu
Larut dalam air
Terbakar menghasilkan karbon dioksida dan air
Apakah bahan yang digunakan untuk membuat turapan jalan raya?
Bitumen
Lilin
Diesel
Kerosin
Bahan T terdiri daripada hidrogen dan karbon sahaja. Berasal daripada haiwan dan tumbuhan yang sudah mati. Apakah bahan T?
Intan
Petroleum
Etanol
Susu
Berdasarkan senarai di bawah, bahan manakah yang terdiri daripada hidrokarbon?
K - Arang batu
L - Etanol
M - Gas asli
N - Petroleum
K dan M
L dan N
K, M dan N
K, L , M dan N
Mengapakah petroleum boleh diasingkan kepada pecahan hidrokarbon melalui penyulingan berperingkat?
Ketumpatan berbeza
Takat didih yang berbeza
Keterlarutan yang berbeza
Unsur juzuk yang sama
Pengasingan komponen dalam petroleum mentah boleh dilakukan kerana komponen-komponennya...
mempunyai saiz molekul yang berbeza
mempunyai jisim yang berbeza
mempunyai takat didih yang berbeza
mempunyai ketumpatan yang berbeza
P, Q, R dan S adalah pecahan hidrokarbon yang diperoleh daripada penyulingan berperingkat.
P - Petrol
Q - Kerosin
R - Diesel
S - Gas petroleum
Antara berikut, yang manakah menunjukkan susunan pecahan mengikut takat didih, dari yang terendah ke tertinggi?
S, P, R, Q
Q, P, R, S
S, P, Q, R
R, Q, P, S
Yang manakah merupakan sebatian karbon organik?
Sukrosa
Natrium klorida
Berlian
Gas karbon dioksida
Berdasarkan rajah, apakah sebatian itu?
Butana
Butena
Propana
Propena
Yang manakah kaedah yang digunakan untuk mengasingkan minyak mentah kepada komponen hidrokarbonnya?
Pembakaran minyak mentah
Penyulingan minyak mentah
Penyulingan berperingkat minyak mentah
Pemanasan minyak mentah
Berdasarkan persamaan perkataan bagi proses penyediaan alkohol, apakah X?
Garam
Alkali
Karbon dioksida
Sebatian organik
Antara alkohol berikut, yang manakah mempunyai takat didih yang paling tinggi?
Metanol
Etanol
Propanol
Butanol
Alkana dikelaskan sebagai hidrokarbon
telap
tepu
tak tepu
Empat ahli pertama alkana wujud dalam bentuk
pepejal
cecair
gas
Apabila bilangan atom karbon dalam molekul alkana bertambah
Saiz molekul alkana berkurang
Saiz molekul alkana bertambah
Saiz molekul alkana tetap
Alkena terbakar dengan lengkap (dalam oksigen berlebihan) menghasilkan
karbon dioksida dan air
karbon dioksida sahaja
karbon monoksida, karbon dan karbon dioksida
