wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bab 3 tingkatan 1

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Prasejarah?

a)

Zaman manusia mengetahui dan mengenal tulisan.

b)

Zaman sebelum manusia mengetahui dan mengenal tulisan.

c)

Zaman selepas manusia mengetahui dan mengenal tulisan

d)

Zaman semasa dan selepas manusia mengetahui dan mengenal tulisan

2.

Antara berikut, yang manakah merupakan Zaman Batu?

a)

Zaman Miosen

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Holosen

d)

Zaman Pleitosen

3.

.Maklumat berikut berkaitan dengan Zaman Prasejarah.

"Wujud penggunaan teknologi batu yang paling ringkas dan tulang binatang dalam kehidupan harian"

Zaman Prasejarah yang dimaksudkan ialah…

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Paleolitik

4.

Kenapakah manusia pada Zaman Paleolitik dikatakan sangat mencabar?

a)

Manusia terpaksa hidup berpindah randah.

b)

Manusia menggunakan teknologi yang serba ringkas.

c)

Manusia perlu berdikari dan mencari makanan sendiri.

d)

Manusia perlu menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi

5.

Apakah aktiviti yang dijalankan oleh manusia pada Zaman Mesolitik?

I. Bercucuk tanam

II. Menangkap ikan

III. Memburu binatang

IV. Menternak binatang

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

6.

Apakah Zaman Prasejarah yang berlaku perkembangan teknologi?

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Paleolitik

7.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Zaman Logam?

I. Penggunaan teknologi gangsa dan besi.

II. Manusia sudah melakukan aktiviti pelayaran.

III. Penggunaan teknologi yang serba ringkas.

IV. Mula menangkap ikan sebagai sumber makanan.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

8.

Maklumat di bawah merujuk kepada lokasi Zaman Prasejarah di dunia.

"Penemuan aktiviti pertanian gandum dan penanaman barli oleh manusia antara tahun 7100 SM hingga 600 SM"

Apakah lokasi tersebut?

a)

Gua Chauvet, Perancis

b)

Altmira, Sepanyol

c)

Catal Huyuk, Turki

d)

Gobekli, Turki

9.

Gambar menunjukkan tapak prasejarah.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan rajah di atas?

I. Penemuan rangka manusia (Peking Man).

II. Terletak di India.

III.Dikaitkan dengan kehidupan manusia selepas mati.

IV. Penemuan antara tahun 18 000 SM hingga 11 000 SM.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III danIV

10.

Antara berikut, yang manakah berkaitan bukti Zaman Prasejarah di Altamira, Sepanyol?

a)

Penemuan tulang mawas di dalam gua.

b)

Penemuan artifak di dalam gua.

c)

Penemuan lukisan di dalam gua

d)

Penemuan rangka di dalam gua

11.

Maklumat di bawah menunjukkan lokasi Zaman Prasejarah di Asia Tenggara

• Lokasi ini merupakan tapak Zaman Prasejarah yang penting di Filipina

• Dianggarkan berusia 47 000 SM

• Tinggalan rangka manusia berusia antara 22 000 hingga 24 000 tahun yang lalu

Lokasi tersebut adalah...

a)

Sa Hyun

b)

Ban Chiang

c)

Gua Tabon

d)

Gua Padah-lin

12.

Di manakah tempat kediaman manusia Zaman Paleolitik.

I. Di dalam gua

II. Di kawasan lembah sungai

III. Di persisiran pantai

IV. Di dalam lubang bawah tanah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Bagaimanakah struktur organisasi sosial ketika zaman Mesolitik?

I. Hidup secara menetap

II. Masih tinggal dalam kelompok kecil

III. Hidup secara nomad

IV. Mempunyai pemimpin untuk mentadbir

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

14.

Maklumat berikut berkaitan kepercayaan manusia Zaman Prasejarah

• Penyembahan manusia terhadap kuasa alam.

• Mempunyai binaan khusus untuk menjalankan upacara ritual

Apakah zaman yang mengamalkan ciri-ciri tersebut?

a)

Zaman Logam

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Paleolitik

15.

Maklumat berikut berkaitan dengan manusia Zaman Neolitik

• Mereka menguruskan mayat dengan teliti

• Mereka mengebumikan mayat dengan sempurna

Mengapakah mereka membuat demikian?

a)

Kepercayaan animisme

b)

Kehidupan mereka bahagia

c)

Kepercayaan kehidupan selepas mati

d)

Kesayangan mereka kepada si mati

16.

Apakah jenis pengebumian yang dijumpai di Sabah?

a)

Pengebumian perahu

b)

Pengebumian melentur

c)

Pengebumian memanjang

d)

Pengebumian keranda kayu di dalam gua.


17.

Berikut merupakan maklumat berkaitan lokasi Zaman Prasejarah awal.

• 12 000 SM hingga 2 800 SM

• Jenderam Hilir, Selangor

• Gua Madai, Sabah

Apakah zaman yang dimaksudkan?

a)

Zaman Paleolitik

b)

Zaman Mesolitik

c)

Zaman Neolitik

d)

Zaman Logam

18.

Apakah persamaan kegiatan ekonomi Zaman Paleolitik dengan Zaman Mesolitik.

a)

Perkongsian makanan

b)

Menjalankan aktiviti penternakan

c)

Menghasilkan makanan melalui kegiatan pertanian

d)

Menjalankan aktiviti perdagangan barang tembikar

19.

Senarai dibawah merupakan lokasi petempatan manusia Zaman Prasejarah di negara kita

• Hulu Tembeling, Pahang

• Jenderam Hilir, Selangor

• Lembah Nenggiri, Ulu Kelantan

Apakah kegiatan ekonomi utama yang dijalankan oleh manusia di lokasi tersebut?

a)

Penanaman padi

b)

Pemburuan binatang liar

c)

Pengumpulan hasil hutan

d)

Perdagangan antara kawasan