Font size
WorksheetsPENDIDIKAN MORAL TAHUN 3 (UNIT 7)
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Apakah cara menyayangi sekolah yang boleh ditunjukkan semasa perhimpunan sekolah sedang berlangsung?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Menyanyikan lagu sekolah dengan penuh semangat
Mengusik rakan dan membuat bising
Tidak bercakap-cakap semasa guru menyampaikan amanat
Meninggalkan perhimpunan walaupun majlis perhimpunan belum berakhir
Sebagai seorang murid adalah penting untuk mengamalkan sikap menghormati warga sekolah.
Apakah kepentingan sikap menghormati warga sekolah?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Murid akan memperoleh markah disiplin baik yang tinggi daripada warga sekolah
Akan menjadi murid kesayangan warga sekolah
Menunjukkan bahawa murid menyayangi sekolah dan warga sekolah
Mengeratkan hubungan antara murid dan warga sekolah
Mengapakah kita mesti mendengar amanat yang disampaikan oleh guru semasa perhimpunan berlangsung?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Amanat yang disampaikan mengandungi nasihat dan peringatan
Pelbagai info dan maklumat penting yang disampaikan oleh guru
Mengelakkan murid daripada mengantuk semasa perhimpunan
Murid akan menjawab soalan ujian berdasarkan daripada amanat yang telah disampaikan
Hari lahir warga sekolah dan murid akan diraikan pada setiap bulan.
Apakah kesan daripada aktiviti ini?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Sebagai penghargaan kepada warga sekolah dan murid
Menyebabkan murid bersikap besar kepala
Meningkatkan nilai kasih sayang di sekolah
Warga sekolah hanya dihargai semasa sambutan hari lahir sahaja
Pihak sekolah mengadakan jamuan besar untuk meraikan kejayaan pasukan bola sepak yang telah menjadi johan dalam pertandingan peringkat daerah
Apakah tujuan pihak sekolah meraikan kejayaan murid?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Supaya murid lain akan merasa cemburu dengan layanan pihak sekolah terhadap pasukan bola sepak
Menghargai usaha murid dalam mengharumkan nama sekolah
Menjadi contoh dan teladan kepada murid lain untuk berusaha mencapai kejayaan
Supaya pihak sekolah tidak perlu memberikan ganjaran yang lain kepada pasukan bola sepak
Gambar pasukan Pertandingan Reka Cipta bersama guru pembimbing telah dipamerkan pada papan kenyataan sekolah.
Pihak sekolah mempamerkan gambar kejayaan pasukan tersebut sebagai _____________________________________.
cara untuk menjadikan murid-murid tersebut terkenal
ganjaran kerana telah menyertai pertandingan
penghargaan kerana telah mengharumkan nama sekolah
usaha menjadikan murid lebih pandai dan aktif
Cikgu Suryanti membelikan kek dan meraikan hari lahir murid-murid di Prasekolah
CIkgu Suryanti berbuat demikian sebagai ____________________________________.
tanda kasih sayang warga sekolah kepada murid-murid
usaha supaya murid tidak ponteng sekolah
cara meningkatkan minat murid untuk belajar
cara supaya murid akan membalas kebaikan Ciikgu Suryanti
Nyatakan cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap sekolah dan warga sekolah.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Meningkatkan pencapaian dalam bidang akademik dan kokurikulum
Memburukkan nama sekolah dengan kes disiplin
Rekod kehadiran yang kurang memuaskan
Menunjukkan sahsiah terpuji
Apakah tujuan aktiviti seperti dalam gambar di atas?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Memastikan murid memberikan sumbangan tenaga kepada sekolah
Menceriakan persekitaran sekolah
Supaya sekolah akan mendapat anugerah sekolah cantik
Mewujudkan persekitaran yang selesa untuk murid belajar
Apakah yang menyebabkan sekolah itu menerima anugerah 'Sekolah Rendah Terbaik'?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Kes disiplin yang banyak
Sekolah yang sentiasa bersih dan ceria
Murid dan warga sekolah yang sangat menyayangi sekolah
Pencapaian akademik dan kokurikulum yang rendah
Berdasarkan daripada kisah kejayaan Sekolah Kebangsaan Mutiara, apakah usaha warga sekolah supaya sekolah tersebut terus berjaya?
Meningkatkan kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum
Memberikan ganjaran kepada murid setiap hari supaya mereka tidak ponteng sekolah
Berusaha menarik minat murid-murid untuk ke sekolah bagi mengekalkan kehadiran yang cemerlang
Memastikan murid melakukan aktiviti gotong-royong setiap petang supaya sekolah kekal bersih dan kemas
Cikgu Noor dan Cikgu Melati menerima hadiah sempena Hari Guru daripada murid-murid mereka.
Apakah tujuan pemberian hadiah tersebut?
Membalas jasa guru yang pernah memberikan hadiah kepada murid-murid
Menghargai usaha dan ilmu yang dicurahkan kepada murid-murid
Guru-guru mewajibkan murid untuk memberikan hadiah semasa Hari Guru
Supaya guru akan membalas hadiah murid dengan memberikan markah yang tinggi dalam ujian
Beberapa buah kerusi di Kelas 3 Harapan telah dirosakkan.
Apakah kesan daripada perbuatan merosakkan harta benda sekolah?
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Murid lain boleh membeli kerusi baharu untuk kegunaan sendiri
Menyusahkan warga sekolah untuk membaiki harta benda yang telah dirosakkan
Murid lain tidak dapat menggunakan harta benda sekolah yang telah dirosakkan
Murid yang telah merosakkan harta benda sekolah akan diberikan pujian
Nyatakan kepentingan menyayangi sekolah dan warga sekolah.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Hubungan dengan warga sekolah menjadi mesra dan erat
Mendidik murid untuk berdisiplin dan mematuhi peraturan
Mewujudkan suasana sekolah yang suram dan tidak kondusif
Menghilangkan nilai-nilai kasih sayang di kalangan warga sekolah
Nyatakan kesan jika tidak menyayangi sekolah dan warga sekolah.
(Pilih 2 jawapan sahaja)
Mengharumkan nama sekolah
Persekitaran sekolah menjadi bersih dan ceria
Tidak dihormati dan disayangi oleh warga sekolah yang lain
Pencapaian sekolah merosot
