wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains T3 4.3

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah cara yang paling sesuai untuk menentukan bagaimana sesuatu logam diekstrak?

a)

Dengan melihat takat didih logam tersebut

b)

Dengan mengetahui kedudukan logam dalam siri kereaktifan logam

c)

Dengan menyukat berat logam tersebut

d)

Dengan memerhatikan kereaktifan logam di dalam air sejuk

2.

2. Logam X sangat reaktif dengan oksigen. Nyatakan kaedah pengekstrakan yang sesuai untuk oksida logam

a)

Pemanasan terus sebatian logam

b)

Elektrolisis sebatian logam dalam keadaan lebur

c)

Penurunan oksida logam oleh hidrogen

d)

Penurunan oksida logam oleh karbon

3.

3. Rajah di bawah menunjukkan relau bagas yang digunakan dalam pengekstrakan bijih bauksit. Mengapakah batu kapur dicampur bersama dengan bauksit dan arang kok?

a)

Menjadi agen penurunan dalam tindak balas logam dan karbon

b)

Memerangkap bendasing

c)

Mempercepatkan tindak balas antara logam dan karbon

d)

Menambahkan suhu supaya lebih tinggi

4.

4. Antara berikut, bahan logam manakah boleh diekstrak menggunakan kaedah elektrolisis sebatian logam dalam keadaan lebur?

a)

Aluminium

b)

Ferum

c)

Argentum

d)

Merkuri

5.

5. Rajah menunjukkan pengekstrakan ferum daripada ferum (III) oksida di dalam relau bagas. Apakah bahan Z?

a)

Pemangkin

b)

Karbon

c)

Gas relau

d)

Kalsium Karbonat

6.

6. Rajah menunjukkan hasil daripada pengekstrakan logam. Apakah kegunaan P kepada manusia?

a)

Membuat alat ganti kenderaan

b)

Digunakan sebagai pemangkin dalam tindakbalas pengekstrakan

c)

Digunakan dalam sektor pembinaan dan jalan raya

d)

Membuat besi cerucuk untuk bangunan

7.

7. Rajah menunjukkan satu jenis logam. Mengapakah logam tersebut tidak boleh memakai guna kaedah pengekstrakan logam?

a)

Mempunyai takat didih yang sangat tinggi

b)

Berada di atas Karbon dalam siri kereaktifan logam

c)

Wujud sebagai unsur dalam kerak Bumi

d)

Tahan karat

8.

8. Rajah menunjukkan salah satu kesan daripada aktiviti perlombongan. Nyatakan kesan tersebut terhadap fauna di kawasan tersebut.

a)

Penggunaan tenaga elektrik yang banyak

b)

Pencemaran udara oleh gas yang dilepaskan relau bagas

c)

Memusnahkan habitat semulajadi

d)

Pencemaran bunyi akibat banyak jentera beroperasi

9.

9. Rajah menunjukkan salah satu pencemaran yang berlaku di Gebeng Kuantan Pahang pada tahun 2016. Apakah mineral yang dilombong di kawasan itu?

a)

Aluminium Oksida

b)

Kasiterit

c)

Bijih Besi

d)

Bijih timah

10.

10. Berikut merupakan antara usaha untuk mengatasi kesan buruk perlombongan KECUALI

a)

Mengenakan tindakan undang - undang

b)

Mengadakan kempen kesedaran

c)

Meningkatkan pengeluaran hasil perlombongan

d)

Menambak bekas lombong