Font size
WorksheetsAYAT
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Kereta yang dipandu laju di atas jambatan itu terbabas lalu ________ ke dalam sungai.
tersasar
terjunam
terperosok
terpelanting
Perkataan yang salah dalam ayat di bawah ialah :
Sultan mencemar duli bersama-sama dengan permaisuri baginda ke majlis jamuan diraja yang akan disempurnakan di dewan orang ramai.
mencemar duli
jamuan
disempurnakan
tiada kesalahan
Sejak kecil Kim Wei sememangnya rajin belajar. _________ sekarang belajar dalam bidang kejuruteraan di Universiti Malaya.
Dia
Awak
Engkau
Mereka
Nenek sedang _________ air di atas tungku dapur kayu.
mereneh
menanak
memasak
menjerang
Pemakaian artis lelaki itu yang segak, _______, dan bergaya menyebabkan dia menjadi contoh dalam kalangan artis yang lain.
kemas
mahal
anggun
menawan
Ismail memotong rumput ________ mesin pemotong rumput yang baru dibelinya.
kepada
tentang
dengan
terhadap
Kenal pasti kesalahan ayat di bawah :
Cikgu Zu meminta anak muridnya mencari maksud berapa frasa berpandukan Kamus Dewan.
anak
berapa
berpandukan
tiada kesalahan
Kenal pasti kesalahan ayat di bawah :
Jumlah kerugian akibat kebakaran yang membabitkan sebuah pusat beli-belah di bandar ini kelmarin ditaksirkan bernilai berjuta-juta ringgit.
akibat
membabitkan
ditaksirkan
tiada kesalahan
Pilih ayat yang betul menggunakan perkataan 'berkuasa'
Pihak berkuasa sentiasa melancarkan operasi mencegah lumba haram
Motosikal berkuasa tinggi itu amat mahal harganya
Selain bahasa Melayu, peljar perlu berkuasa dalam mata pelajaran bahasa Inggeris
Ibu bapa berkuasa besar dalam memastian kejayaan anak-anak mereka
Pilih ayat yang betul menggunakan perkataan 'sementara'
Encik Alan membaca surat khabar sementara menunggu isterinya memasak
Buatlah kerja sekolah kamu sementara masih ada waktu
Sebelum ditawarkan sebagai pengurus kewangan, pemuda itu hanyalah pekerja sementara di syarikat tersebut
Ramesh pergi ke rumah rakannya sementara kerana ada hal yang hendak dibincangkan
