wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Hubungan kedah, kelantan, negeri sembilan dan perlis

Total questions: 10

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah asas hubungan luar antara kerajaan di negeri-negeri Melayu?


I Agama

II Budaya

III Ekonomi

IV Geografi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Pada tahun 1755, Sultan Terengganu telah mengiktiraf kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan Long Jaafar.


Apakah tujuan pengiktirafan tersebut?

a)

Menjamin persahabatan antara kerajaan

b)

Mengakui pertuanan sultan dan kerajaan

c)

Mengesahkan sultan sebagai pemerintah

d)

Membantu mengekalkan keamanan negeri

3.

Apakah tujuan hubungan diplomatik dijalin? Pilih 3 jawapan yang tepat.

a)

Membangunkan ekonomi negara

b)

Memperkukuh kedaulatan

c)

Mendapatkan pengiktirafan kedaulatan

d)

Menjamin kestabilan

4.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mengaplikasikan konsep hubungan negeri-negeri melayu ini dalam kehidupan anda? Pilih 3 jawapan.

a)

Menjalin hubungan baik dengan orang sekeliling

b)

Sering mencampuri perihal orang lain

c)

Tidak bermusuhan dengan sesiapa

d)

Menghormati satu sama lain

5.

Jalinan hubungan diplomatik antara Melaka dengan Kelantan berdasarkan kepada perkahwinan diraja. Siapakah puteri kerajaan Kelantan yang berkahwin dengan Sultan Mahmud Shah?

a)

Che’ Ku Wan

b)

Raden Galoh

c)

Onang Kening

d)

Tengku Nor Asiah

6.

Apakah maklumat yang mewakili asas hubungan melalui kedudukan geografi?

a)

Perkongsian institusi pendidikan agama

b)

Penerimaan agama Islam oleh pemerintah

c)

Persamaan meliputi aspek bahasa dan budaya

d)

Hubungan berdasarkan sumber alam dan sumber bumi

7.

Manakah antara berikut merupakan tujuan hubungan antara kerajaan dilaksanakan?

I Memperkukuhkan kedaulatan kerajaan

II Mengikat tali persaudaraan antara kerajaan

III Mengiktiraf kekuasaan kerajaan lain ke atasnya

IV Memperoleh pengiktirafan kedaulatan kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Kepentingan Y seperti berikut:


● Laluan perhubungan yang dikongsi secara bersama-sama antara negeri.

● Pembentukan pelabuhan telah menggalakkan hubungan dengan negeri berjiran dan kuasa luar.


Apakah Y?

a)

Gunung

b)

Sungai

c)

Bukit

9.

Antara berikut, yang manakah bukan cara jalinan diplomatik antara kerajaan-kerajaan Melayu?

a)

Pengiktirafan

b)

Perkahwinan

c)

Keagamaan

d)

Pertahanan

10.

Pada abad ke-15, kerajaan manakah yang telah diiktiraf oleh Sultan Mahmud Shah sebagai kerajaan berdaulat?

a)

Negeri Sembilan

b)

Perlis

c)

Kelantan

d)

Kedah