NEW
Font size
WorksheetsPENJODOH BILANGAN TAHUN 2
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Abang Nudi mengambil se____________ baja lalu ditaburkan di atas batas pokok kacang.
baris
genggam
cubit
Beberapa _______________ almari di pusat sumber itu digunakan untuk meletakkan pelbagai jenis bahan bacaan.
laras
baris
sisir
Suasana menjadi bingit apabila sekumpulan penduduk membakar beberapa ___________________ mercun sempena Tahun Baru Cina.
papan
baris
buah
Terdapat beberapa _______________ meriam lama di atas puncak Kota Melawati.
papan
pucuk
laras
May May membawa se_____________ payung kerana cuaca kelihatan mendung.
buah
kaki
batang
Kamilia mempunyai se________________ abang yang tinggal di London
orang
pasang
pucuk
Jehan hanya memakan beberapa ______________ bacang kerana buah itu amat masam.
sisir
ulas
hiris
Encik Leman hanya makan beberapa _____________ durian di dalam pinggan itu.
sisir
ulas
hiris
Ibu Alya memberikan dua _____________ pisang kepada jiran di belakang rumahnya.
sisir
tandan
biji
Zaraa berjaya menghasilkan beberapa ________________ pantun bersama adiknya di bawah pokok itu tadi.
buah
baris
rangkap
