NEW
Font size
WorksheetsSains Bab 6 (Elektrokimia)
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
1. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan
perubahan tenaga yang berlaku semasa proses elektrolisis?
Tenaga kimia → Tenaga elektrik
Tenaga elektrik → Tenaga kimia
Tenaga keupayaan → Tenaga elektrik
Tenaga elektrik → Tenaga bunyi
Rajah 1 menunjukkan suatu sel elektrolitik yang ringkas
Antara bahagian berikut, yang manakah anod?
A
B
C
D
Antara bahan berikut, yang manakah boleh digunakan
sebagai elekrolit dalam proses elektrolisis?
Larutan gula
Serbuk plumbum(II) bromida
Naftalena
Larutan kuprum(II) sulfat
Apakah kation yang hadir dalam suatu proses elektrolisis
larutan natrium sulfat?
Ion hidroksida dan ion nitrat
ion hidroksida dan ion sulfat
ion kalium dan ion hidrogen
ion natrium dan ion hidrogen
Antara berikut, ion yang manakah paling senang untuk
dinyahcaskan mengikut siri elektrokimia?
Ion kalium
Ion kuprum(II)
Ion hidrogen
Ion argentum
Rajah 2 menunjukkan suatu proses elektrolisis yang dijalankan
dengan menggunakan leburan plumbum(II) bromida, PbBr2
Apakah yang dapat diperhatikan?
Mentol menyala.
Mentol tidak menyala.
Gas klorin terhasil
Logam zink terhasil di katod.
Rajah 3 menunjukkan paku yang berkarat.
Antara berikut, proses manakah yang dapat mengelakkan
dari pengaratan?
Pengekstrakan
Penyaduran
Penulenan
Pengeringan
Antara logam berikut, yang manakah paling mungkin
menjadi terminal negatif dalam sel kimia?
Magnesium
Zink
Ferum
Kuprum
Antara pasangan elektrod berikut, yang manakah
menghasilkan elektrik dalam sel kimia?
Zink dan kuprum
Fosforus dan plumbum
Stanum dan sulfur
Kedua-dua elektrod ialah zink
Rajah 4 menunjukkan sel kimia ringkas.
Pasangan elektrod manakah akan menghasilkan nyalaan mentol paling terang?
Kedua-dua elektrod ialah magnesium.
Magnesium dan kuprum
.
Zink dan kuprum
Kedua-dua elektrod ialah kuprum.
