wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Kata Nama, Kata Sendi Nama dan Kata Ganti Nama

Total questions: 70

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

"___________ akan menurut perintah, tuanku," kata Bendahara Tun Perak kepada Sultan Iskandar Syah.

a)

Hamba

b)

Beta

c)

Baginda

d)

Patik

2.

Cikgu Anita sangat baik dan peramah. Oleh itu, _______________ sangat disayangi oleh murid-muridnya.

a)

mereka

b)

beliau

c)

kamu

d)

dia

3.

Aiman yang duduk __________ Razif dan Sidek itu merupakan pelajar yang pintar.

a)

di antara

b)

antara

c)

di dalam

d)

dalam

4.

_________________ pun tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan peperiksaan.

a)

Bila-bila

b)

Siapa

c)

Siapa-siapa

d)

Mana-mana

5.

" Yang berbaju merah itu ______________?" tanya Cempaka kepada rakan-rakannya.

a)

apa

b)

siapa

c)

siapa-siapa

d)

siapakah

6.

"______________ satu baju kegemaran kamu?" tanya Aimi kepada kawannya Rina.

a)

Siapa

b)

Apa

c)

Apa-apa

d)

Mana

7.

Walaupun Ramesh anak orang kaya, namun _________________ tidak sombong.

a)

dia

b)

baginda

c)

beliau

d)

mereka

8.

"______________________ tidak bersalah tuanku," kata Hang Jebat.

a)

Patik

b)

Beta

c)

Saya

d)

Aku

9.

"________________ berjanji akan memastikan rakyat negeri ini hidup dalam aman dan makmur" titah Sultan Mahmud Shah.

a)

Baginda

b)

Beta

c)

Hamba

d)

Patik

10.

Cikgu Lim ialah pengetua sekolah saya._______________akan bersara pada minggu hadapan.

a)

Baginda

b)

Kalian

c)

Dia

d)

Beliau

11.

Mengapakah________________tidak hadir ke sekolah semalam?'' tanya cikgu Zaidi kepada Ah Meng.

a)

engkau

b)

kamu

c)

mereka

d)

dia

12.
__________ ialah hasil kraf tangan Malaysia yang diminati oleh para pelancong.
a)
Batik
b)
Dodol
c)
Gamelan
d)
Tarian Inang
13.
Pakaiannya yang celorong-celoreng itu menampakkan dia seorang __________.
a)
doktor
b)
perwira
c)
mekanik
d)
pemandu
14.
Sebahagian __________ tingkap rumah Nenek Mah telah reput.
a)
sumpah-sumpah
b)
angkut-angkut
c)
kisi-kisi
d)
api-api
15.

Mak Bidah sedang menuang air ke dalam __________ itu.

a)

labu-labu

b)

kisi-kisi

c)

dekak-dekak

d)

kuda-kuda

16.
__________ di lembah itu sangat sesuai untuk tanaman padi.
a)
Batu-batan
b)
Tanah-tanih
c)
Bukit-bukau
d)
Kayu-Kayan
17.
Meja kayu jati yang antik itu diletakkan di __________ ruang tamu.
a)
dalam
b)
bawah
c)
tengah
d)
atas
18.
Cikgu Rozita merupakan bekas __________ di Maktab Perguruan Perempuan Melayu,Melaka.
a)
murid
b)
pelatih
c)
pelajar
d)
mahasiswa
19.
Posmen itu menyerahkan sepucuk __________ kepada Pak Cik Kassim.
a)
poskad
b)
majalah
c)
surat khabar
d)
surat berdaftar
20.
“...............rela berkorban nyawa untuk mempertahankan negeri tercinta ini daripada ancaman musuh,” sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka. 
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Kami
21.
"...........................tidak terangkat kotak itu kerana terlalu berat," kata Amin setelah disuruh oleh ayahnya supaya mengangkat kotak tersebut bersama-sama Kamal.
a)
Kami
b)
Saya
c)
Beta
d)
Hamba
22.
"Murid itu selalu mengganggu..........,"kata Fatimah dan rakan-rakannya kepada guru disiplin.
a)
saya
b)
kalian
c)
kami
d)
awak
23.

Kerani kewangan itu ditangkap polis kerana.............disyaki telah menggelapkan wang syarikat.

a)

beliau

b)

dia

c)

kamu

d)

engkau

24.
“............mahu pelabuhan ini disiapkan dengan segera,”kata Syahbandar kepada Temenggung.
a)
Patik
b)
Saya
c)
Hamba
d)
Dia
25.
“..............sudah mencanangkan perkara ini kepada seluruh rakyat,” sembah bendahara kepada Sultan Muzaffar.
a)
Hamba
b)
Patik
c)
Saya
d)
Aku
26.
..............tokoh yang terkenal dalam bidang perfileman tanah air.
a)
Beliau
b)
Dia
c)
Kamu
d)
Mereka
27.
“.................mesti bermain bermati-matian untuk memenangi perlawanan ini,” kata kapten pasukan bola sepak itu kepada rakan-rakannya.
a)
Mereka
b)
Kami
c)
Kamu
d)
Kita
28.
“...............akan memastikan negeri Melaka ini akan terus aman dan makmur,”titah Sultan Melaka kepada rakyat jelata.
a)
Saya
b)
Patik 
c)
Hamba
d)
Beta
29.
Tiada ................di dalam laci itu.
a)
apa-apa
b)
mana-mana
c)
siapa-siapa
d)
sesiapa
30.

...................yang ingin bertanya soalan,sila angkat tangan.

a)

Siapa-siapa

b)

Mana-mana

c)

Apa-apa

d)

Siapa

31.
Saya tidak menyokong.............. pihak dalam hal ini.
a)
siapa-siapa
b)
apa-apa
c)
mana-mana
d)
Mana-mana
32.
Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed begitu dihormati kerana.............sudah banyak berjasa kepada negara.
a)
dia
b)
beliau
c)
saya
d)
kita
33.

Cikgu Selva sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

a)

ke

b)

daripada

c)

pada

d)

dari

34.

Buku itu dibeli oleh abang ________ adik.

a)

kepada

b)

di

c)

untuk

d)

dari

35.

Habibah menerima sebentuk cincin emas ___________ suaminya.

a)

ke

b)

dari

c)

daripada

d)

dengan

36.

Buku kerja Sains ada ________ Omar.

a)

dengan

b)

pada

c)

kepada

d)

untuk

37.

Puan Noka baru pulang _____________ Pulau Langkawi.

a)

di

b)

dari

c)

ke

d)

daripada

38.

Abang baru menerima sepucuk surat _________ Norhamat.

a)

daripada

b)

pada

c)

dengan

d)

di

39.

Kasut En. Murugan diperbuat __________ kulit buaya.

a)

dari

b)

daripada

c)

pada

d)

di

40.

Cikgu Johan sedang menunggu kawannya _____ pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

a)

ke

b)

daripada

c)

pada

d)

dari

41.

Zarina berasal berasal ______ Kota Bharu Kelantan.

a)

dengan

b)

pada

c)

dari

d)

daripada

42.
Masyarakat di negara kita amat beruntung kerana dapat menikmati pelbagai jenis buah........... musim buah-buahan.
a)
di
b)
pada
c)
daripada
d)
dari
43.
Laksamana Megat Seri Rama telah menerima anugerah................Sultan Mahmud Syah atas kejayaan beliau mengalahkan lanun di laut.
a)
daripada
b)
dari
c)
pada
d)
ke
44.
Jangan biarkan kanak-kanak bermain............ musim banjir untuk mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
a)
daripada
b)
di
c)
pada
d)
kepada
45.
Perahu nelayan itu tertambat ...........sebatang kayu bakau di tepi jeti.
a)
kepada
b)
di
c)
daripada
d)
pada
46.
Kemerosotan akhlak...........kalangan remaja berpunca daripada sikap ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.
a)
di
b)
dalam
c)
antara
d)
pada
47.
Pertandingan pidato itu berlangsung...................pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.00 petang.
a)
daripada
b)
pada
c)
dari
d)
ke
48.
Harga kasut sukan yang dipakainya lebih mahal...................harga kasut yang dipakai oleh abangnya.
a)
dari
b)
kepada
c)
daripada
49.

Puteri Zaharah tidak sombong walaupun berasal...............golongan bangsawan.

a)

daripada

b)

dari

c)

di

d)

dalam

50.

"Pada pendapat __________________ , bilakah keputusan ujian itu akan diumumkan?" tanya Faizal kepada kawan-kawannya.

a)

kita

b)

kalian

c)

dia

d)

awak

51.

______________ inisiatif yang diambil untuk mengatasi masalah kesesakan di Kuala Lumpur adalah dengan mengadakan kempen penggunaan kenderaan awam.

a)

Antara

b)

Di antara

c)

Di dalam

d)

Dalam

52.

Sultan Kelantan akan membuat lawatan rasmi ke negara Jepun. _____________________ akan berada di sana selama seminggu.

a)

Beta

b)

Beliau

c)

Dia

d)

Baginda

53.

"Mengapakah tuan puteri bermuram durja? Katakanlah kepada ______________________," kata Mak Inang Suri kepada Tuan Puteri Intan.

a)

beta

b)

patik

c)

hamba

d)

tuan hamba

54.

"Datuk berpesan supaya _____________________ rajin belajar agar berjaya dalam peperiksaan," kata Arulvelan kepada Vetri,

a)

dia

b)

kita

c)

kami

d)

mereka

55.

Peselisihan faham ________________ dua beradik itu telah diselesaikan oleh bapa mereka.

a)

antara

b)

di antara

c)

di atas

d)

di dalam

56.

Putera raja itu bersemayam di istana itu bersama-sama dengan permaisuri ____________________.

a)

beta

b)

beliau

c)

hamba

d)

baginda

57.

"Eh, Budiman dan Azam pun ada di sini! Bilakah __________________ sampai?" tanya Thanussha.

a)

awak

b)

engkau

c)

kalian

d)

kita

58.
Ahmad dan Zamri telah bersetuju hendak bekerja di Singapura. __________ akan bertolak ke sana esok.
a)
Mereka
b)
Kalian
c)
Kita
d)
Kami
59.

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri ketiga yang betul

a)

Dia, Kami, Kita

b)

Mereka, Beliau, Baginda

c)

Saya, Kami, Beta

d)

Baginda, Dia, Kalian

60.

"Cikgu Rashidah menyuruh __________ menghantar borang senarai semak UPSR dengan segera," kata Musyidah kepada kawan-kawannya.

a)

saya

b)

kamu

c)

kita

d)

kalian

61.

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri pertama yang betul

a)

Hamba, Kami, Kita

b)

Mereka, Beliau, Baginda

c)

Saya, Kami, anda

d)

Baginda, Dia, Kalian

62.

Sila pilih senarai contoh kata ganti nama diri kedua yang betul

a)

Hamba, Kami, Kita

b)

Awak, Kalian, kamu

c)

Saya, kamu, anda

d)

Kami, dia, beliau

63.

"_____________________ akan menjalankan titah perintah tuanku dengan secepat mungkin," Kata bendahara kepada laksamana.

a)

Patik

b)

Saya

c)

Dia

d)

Hamba

64.

"_____________________ nama pemuda yang sangat petah berbicara itu?

a)

Apa

b)

Siapa

c)

Mana

d)

Siapakah

65.

Keputusan peperiksaan semester 2 ada tertampal ______________ papan kenyataan.

a)

di

b)

dekat

c)

pada

d)

di atas

66.

Pemandangan ______________ waktu senja indah sungguh.

a)

di

b)

dekat

c)

pada

d)

dari

67.

Kami berada di rumah nenek dari pagi ______________ petang.

a)

hingga ke

b)

hingga kepada

c)

hingga

d)

kepada

68.

__________________kecil lagi Amin sudah hidup berdikari kerana dia merupakan anak yatim piatu.

a)

Sejak dari

b)

Sejak daripada

c)

Semenjak daripada

d)

Sejak

69.

Kain itu mahal kerana _______________ diperbuat daripada sutera asli.

a)

ia

b)

ianya

c)

kain itu

d)

dia

70.

Pencuri itu tidak pernah serik walaupun sudah tiga kali _______________ merengkok di dalam penjara.

a)

ia

b)

beliau

c)

baginda

d)

ianya