Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

bahasa melayu tingkatan 4

Total questions: 19

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pilih ayat tunggal yang betul

a)

Saya suka membaca buku sambil mendengar radio

b)

Emak menanak nasi di dapur.

c)

Ayah seorang pegawai bank yang gemar memancing.

2.

Pilih ayat aktif yang betul

a)

Pemuda itu menyalahkan dirinya kerana telah mengabaikan kesihatan ibunya.

b)

Keindahan kampung halamannya merupakan aset utama peningkatan kadar pelancongan ke kawasan tersebut.

3.

Pilih ayat pasif yang betul

a)

Keramahan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri begitu menyenangkan seluruh kampung.

b)

Seluruh kampung berasa senang dengan keramahan yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu.

4.

________ universiti itu perlu mendaftar atas talian untuk kertas peperiksaan yang ingin diduduki oleh mereka

a)

setiap orang pelajar

b)

setiap-tiap pelajar

c)

Tiap-tiap pelajar

d)

Tiap pelajar

5.

Sultan kedah telah _____ pingat kebesaran kepada sasterawan tersohor yang berasal dari negeri itu

a)

menyerahkan

b)

mengurniakan

c)

menyampaikan

d)

menganugerahkan

6.

Sultan Perak mencemar duli bersama-sama permaisuri _______ ke kawasan pedalaman untuk melihat kehidupan rakyat.

a)

baginda

b)

tuanku

c)

patik

d)

beta

7.

Kenalpasti pola ayat pada ayat berikut:


Encik Mahzuz seorang peguam

a)

FN+FK

b)

FN+FN

c)

FN+FS

d)

FN+FA

8.

Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif


Hayati memandu kereta Mukhsin dengan laju

a)

Hayati memandu laju kereta Mukhsin

b)

Dengan laju Hayati memandu kereta Mukhsin

c)

Kereta Mukhsin dipandu oleh Hayati dengan laju

d)

Hayati dan Mukhsin memandu kereta dengan laju

9.

Pilih kata nama Am

a)

kucing

b)

Si Comel

c)

Kuala Lumpur

d)

Bahasa Melayu

10.

Pilih kata nama Khas

a)

Padang

b)

kantin

c)

bilik darjah

d)

Sekolah Kebangsaan Selekoh

11.

Bukit batu kapur ____________ khazanah semula jadi yang unik rupa bentuknya.

a)

ialah

b)

adalah

12.

Tumbuhan yang ada di bukit batu kapur sangat _______ berbanding dengan tumbuhan yang ada di hutan dataran rendah yang mengelilinginya _________ segi komposisi spesies tumbuhan.

a)

pelik - daripada

b)

berbeza - dari

c)

pelik - dari

d)

berbeza - daripada

13.

Kebanyakan tumbuhan bukit batu kapur tiada nama tempatan kerana tumbuhan__________ daripada petempatan manusia __________ masa dulu.

a)

dalam - di

b)

di dalam - sejak

c)

jauh - pada

d)

jauh - di

14.

Saya selalu bertanyakan tentang khabar ibu di kampung menggunakan telefon tangan.


Terdapat berapakah kesalahan ayat di atas?

a)

1

b)

2

c)

3

15.

Cakap ajuk mesti dibubuh tanda pembuka kata pada awal ayat dan penutup kata pada akhir ayat. Cakap pindah pula ialah percakapan seseorang yang ditulis semula tanpa mengubah maksud asalnya.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Cakap pindah ialah perbualan seseorang yang ditulis semula menjadi ayat penerang tanpa mengubah maksud asalnya.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Tukar cakap ajuk di bawah kepada cakap pindah


"Siapakah yang akan kita lantik untuk menggalas amanah ini nanti, ayah?" tanya Roslan kepada ayahnya.

a)

Roslan menanyakan ayahnya tentang orang yang akan menggalas amanah itu nanti.

b)

Roslan menanyakan ayahnya tentang orang yang akan dilantik oleh mereka untuk menggalas amanah itu nanti.

c)

Ayah Roslan ditanya mengenai orang yang akan menggalas amanah itu nanti.

18.

Pilih dua ayat tunggal dari ayat majmuk berikut


Kota Kinabalu yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton merupakan ibu negeri Sabah.

a)

Kota Kinabalu dahulunya dikenali sebagai Jesselton

b)

Kota Kinabalu merupakan ibu negeri Sabah.

c)

Kota Kinabalu yang dahulunya dikenali sebagai Jesselton merupakan ibu negeri Sabah.

d)

Kota Kinabalu

19.

Pilih pola ayat


Rumah rehat itu dibina untuk ibu bapanya di kampung

a)

FN+FK

b)

FN+FN

c)

FN+FS

d)

FN+FN