wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKONOMI : Pengenalan kepada Ekonomi

Total questions: 10

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dikaji dalam ilmu ekonomi?

a)

Mengimbangi tingkat keuntungan dengan kos pengeluaran

b)

Menjalankan projek pembangunan untuk kebajikan rakyat

c)

Menyelesai masalah kehendak dan keperluan manusia dalam kehidupan

d)

Menggunakan faktor pengeluaran yang terhad bagi memenuhi kehendak tidak terhad

2.

Penyataan manakah yang betul tentang sumber ekonomi?

a)

Tanah merupakan sumber yang diekstrak dari bumi dan lautan

b)

Modal mempunyai penawaran yang terhad yang menyebabkan harganya meningkat secara berterusan

c)

Buruh merupakan individu yang menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan output.

d)

Usahawan adalah individu yang memberikan hasil pengeluaran secara produktif sama ada secara fizikal atau mental.

3.

Pernyataan manakah benar tentang modal?

a)

mempunyai mobiliti geografi

b)

kuantiti penawaran yang tidak terhad

c)

mempunyai mobiliti tempat

d)

alat ciptaan manusia untuk hasilkan output

4.

Masalah kekurangan berlaku kerana...

a)

Faktor pengeluaran adalah tidak terhad dalam ekonomi

b)

Kadar pertambahan penduduk yang tidak terkawal

c)

Kehausan dan kepupusan sumber alam semula jadi

d)

Faktor pengeluaran adalah terhad berbanding dengan kehendak yang pelbagai

5.

Sebuah universiti awam hanya mampu mengambil 2000 orang pelajar baharu walaupun pelajar yang layak ialah 7 000 orang. Apakah masalah ekonomi yang dihadapi?

a)

Pilihan

b)

Kekurangan

c)

Kehendak yang terhad

d)

Sumber ekonomi yang tidak terhad

6.

Apakah tujuan firma membuat pilihan apabila mengeluarkan sesuatu keluaran?

a)

Memenuhi kehendak manusia

b)

Meminimumkan kos pengeluaran

c)

Mengurangkan masalah pembaziran

d)

Memaksimumkan kepuasan pengguna

7.

Encik Yusuf membuka sebuah kilang perabot berasaskan kayu getah di Kampung Teluk Emas. Beliau mampu memberi peluang pekerjaan kepada 20 orang penduduk di kampung tersebut.

Pernyataan manakah yang betul

tentang Encik Yusuf?

a)

Mendapat ganjaran dalam bentuk sewa

b)

Menggabungkan input-input pengeluaran bagi menghasilkan output

c)

Menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam proses pengeluaran

d)

Merupakan sumber ekonomi yang diperlukan untuk melicinkan proses pengeluaran.

8.

Maklumat berikut berkaitan satu faktor pengeluaran.


Encik Hamzah adalah pembekal lemang periuk kera di Ulu Bendul, Negeri Sembilan. Awalnya, usaha Encik Hamzah kurang mendapat sambutan. Setelah setahun beroperasi barulah beliau menerima pulangan yang lumayan.


Antara yang berikut , yang manakah benar tentang faktor pengeluaran tersebut?

a)

Berani menanggung risiko

b)

kreatif dan inovatif dalam pemasaran

c)

menyumbang tenaga dalam proses pengeluaran

d)

memiliki sumber hasil hutan yang boleh diperbaharui

9.

Pernyataan manakah yang benar mengenai kos lepas yang semakin meningkat?

a)

Pengurangan

satu unit barang perlu menambahkan kuantiti barang lain


b)

Tambahan

satu unit barang perlu mengurangkan satu unit kuantiti barang lain

c)

Tambahan

satu unit barang perlu mengurangkan kuantiti barang lain dengan banyak

d)

Tambahan

satu unit barang perlu menambahkan kuantiti barang lain dengan banyak

10.

Pernyataan yang manakah merupakan

andaian Keluk Kemungkinan Pengeluaran ?

a)

Sumber ekonomi terhad

b)

Tingkat teknologi berubah

c)

Firma mengeluarkan empat jenis

barang

d)

Kerajaan meminimumkan kebajikan

masyarakat