WorksheetsSistem Bahasa : Kata Ganda
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang _____ itu.
bengkang-bengkok
batu-batan
kacau-bilau
haru-biru
Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik_____di pantai itu.
riuh-rendah
kacau-bilau
mundar-mandir
mandi-manda
Rumah Nenek Zahirah_____dengan suara cucu-cucunya yang baru tiba dari Kuala Lumpur.
tunggang-langgang
punah-ranah
riuh-rendah
calar-balar
Jason berasa curiga apabila melihat seorang pemuda yang berjalan _________di hadapan rumah jirannya.
lenggang-lenggok
mundar-mandir
lintang-pukang
lemah-gemalai
Suasana di rumah Encik Chong berubah menjadi_______ apabila semua anaknya berhijrah ke tempat lain.
sunyi-sepi
hiruk-pikuk
gegak-gempita
gopoh-gapah
Jika kamu ingin melihat______berterbangan dan mengeluarkan cahaya pada waktu malam bolehlah berkunjung ke Kuala Selangor.
kunang-kunang
layang-layang
patung-patung
obor-obor
________makanan yang ditinggalkan itu telah dimakan oleh kucing.
Saki-baki
Sayur-mayur
Suku-sakat
Lauk-pauk
Kepala budak itu________ketika mendengar nasihat yang diberikan oleh datuknya.
terangguk-angguk
terkulai-kulai
tergeleng-geleng
terangkat-angkat
Selepas menyaksikan persembahan Karnival Kesenian orang ramai______keluar dari Stadium Melawati Shah Alam.
berasak-asak
berpusu-pusu
berebut-rebut
berbondong-bondong
Feri yang besar itu _______dari Lumut ke Pulau Pangkor untuk membawa penumpang dan barangan.
mundar-mandir
lalu-lalang
bolak-balik
pindah- randah
Naufal kelihatan ____setelah dia berjaya menamatkan larian dalam pertandingan yang disertainya itu.
terkial-kial
tergagap-gagap
tercunggap-cunggap
terumbang-ambing
