wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 5 - PENDERAAN DALAM KELUARGA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apa itu penderaan kanak-kanak?

a)

kemalangan jalan raya

b)

kemalangan di rumah

c)

mendatangkan kecederaan dengan sengaja terhadap anak dibawah jagaan

d)

mencederakan diri sendiri

2.

Berikut adalah kepentingan menangani penderaan dalam keluarga kecuali …

a)

Meningkatkan nilai harga diri dan keyakinan diri.

b)

Bermotivasi untuk mencapai kejayaan dengan lebih baiknya.

c)

Pengurusan diri lebih terancang.

d)

Merasakan diri lebih hebat berbanding orang lain.

3.

Antara perbuatan berikut, yang manakah ialah penderaan dalam keluarga?

a)

Ayah meminta Ali membantunya mengemas rumah.

b)

Abang mengejek Aiman dengan kata - kata kesat.

c)

Ibu menyuruh Aina belajar memasak di dapur.

4.

Antara berikut, yang manakah bukan penderaan dalam keluarga?

a)

Ayah selalu menyuruh Aidil mengulangkaji pelajaran.

b)

Ayah seringkali mencubit Aidil walaupun dia melakukan kesalahan yang kecil sahaja.

c)

Abang selalu mengejek Aidil kerana dia tidak pandai bermain bola.

5.

Kesan penderaan fizikal kecuali

a)

Kecacatan anggota badan

b)

Meninggalkan kesan di tubuh

c)

Keretakan tulang

d)

Menjadi ganas

6.

Penderaan fizikal ialah

a)

Perbuatan yang menyakitkan dan ianya melibatkan tubuh badan

b)

Menghina seseorang melalui media sosial

c)

Menggunakan kata-kata kesat semasa berinteraksi

d)

Menyindir kekurangan seseorang individu

7.

Kita boleh mendapatkan bantuan sekiranya berlaku kes penderaan dengan melaporkannya kepada :

a)

ibu bapa

b)

orang yang tidak dikenali

c)

jiran

d)

polis

8.

Penderaan boleh dilaporkan melalui talian

a)

Bomba

b)

Hospital

c)

Nur Kasih

d)

Nur Idaman

9.

Berkata TIDAK apabila anda _________kecuali ...

a)

dipukul

b)

dicubit

c)

digoncang

d)

ditegur

10.

Apakah fungsi Talian Nur atau Talian Kasih ini?

a)

Untuk melaporkan kejadian ragut.

b)

Untuk melaporkan kebakaran.

c)

Untuk melaporkan perkara berkaitan kebajikan masyarakat seperti penderaan, keganasan rumah tangga, bantuan kebajikan, pembuangan bayi dan khidmat kaunseling