Font size
WorksheetsKATA TERBITAN
Total questions: 25
Worksheet time: 8mins
Encik Ali telah mengedarkan kad_________perkahwinan anaknya kepada jiran tetangga.
jemputan
undangan
Pak Atam bercucuk tanam pelbagai sayur di tanah__________yang dipajaknya daripada Encik Chong.
penanaman
pertanian
Afiqah mencatat rekod baharu dalam acara merejam lembing apabila berjaya membuat______yang jauh.
rejaman
lemparan
_____sudut Azwan yang tepat ke arah gawang gol pihak lawan telah memastikan kejayaan pasukan sekolah.
hentaman
tendangan
______terbuka di kawasan hutan itu berpunca daripada sikap segelintir masyarakat sekeliling.
kebakaran
pembakaran
Mak Kiah menyusun pasu bunga orkid yang berwarna-warni di ____ rumah.
perkarangan
pekarangan
Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap _____undang-undang oleh mana-mana pihak.
perlangggaran
pelanggaran
_____ kuasa asing di Tanah Melayu telah mengakibatkan kesusahan hidup kepada penduduk negara kita.
peluasan
perluasan
Para murid berasa amat teruja semasa melihat_____________buyung daripada tanah liat ketika mengikuti lawatan sambil belajar itu.
perbuatan
pembuatan
Cikgu Aida meminta para murid supaya memberikan________menarik ketika mengakhiri penutupan karangan.
ulasan
ungkapan
Raja Malim Deman berhajat untuk______puteranya dengan seorang puteri yang cantik.
A. beristerikan
B. beristeri
C. memperisterikan
D. memperisteri
Setelah menghabiskan zaman dudanya selama lima tahun, Daniel akhirnya mengambil keputusan untuk__________seorang ibu tunggal di kampungnya.
A. beristeri
B. memperisterikan
C. beristerikan
D. diperisterikan
Walaupun umurnya semakin lanjut, Encik Firdaus masih belum__________kerana masih teringat akan kekasih lamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.
A. diperisterikan
B. diperisteri
C. beristerikan
D. beristeri
Hajatnya untuk___________seorang gadis Sarawak tidak kesampaian apabila ayahnya tidak bersetuju dengan hasratnya itu.
A. memperisterikan
B. memperisteri
C. diperisterikan
D. diperisteri
Kehidupan Aiman semakin suram kebelakangan ini walaupun___________ayahnya dengan seorang gadis berada.
A. beristerikan
B. diperisteri
C. diperisterikan
D. memperisterikan
Keinginan Ali untuk mengaut harta pusaka setelah__________gadis itu tidak kesampaian apabila gadis itu___________oleh ayahnya dengan seorang saudagar.
A. memperisteri...dipersuami
B. memperisterikan...dipersuamikan
C. beristeri...dipersuami
D. beristerikan...dipersuamikan
Pak Cik Suresh tidak bersetuju untuk___________anak lelaki tunggalnya dengan seorang gadis kampung dari Sabah.
A. beristerikan
B. bersuamikan
C. memperisteri
D. memperisterikan
Orang tua-tua pernah berkata bahawa apabila kaum lelaki sudah ___mereka haruslah mempunyai kewajiban yang penuh terhadap keluarga mentua mereka.
A. diperisteri
B. diperisterikan
C. beristeri
D. memperisterikan
Pilih perkataan yang ejaannya paling tepat.
perlajar
pelajar
Pilih perkataan yang ejaannya paling tepat.
pelantikan
perlantikan
Pilih perkataan yang ejaannya paling tepat.
pertembungan
pentembungan
Pilih perkataan yang ejaannya paling tepat.
pengswastaan
penswastaan
Pilih perkataan yang ejaannya paling tepat.
pembelajaran
pemberlajaran
Pilih perkataan yang ejaannya paling tepat.
peruntukkan
peruntukan
Pilih perkataan yang ejaannya paling tepat.
kebanyakan
kebanyakkan
