wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji Sejarah T3 B4-B6

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah strategi yang diambil oleh kerajaan Perlis bagi mengelak campur tangan kuasa lain?

a)

Membahagikan Perlis kepada 22 mukim

b)

Menjalin hubungan luar dengan Siam

c)

Membayar cukai kepada British

d)

Meminta bantuan British

2.

Antara berikut yang manakah peranan pembesar peringkat Jajahan dalam Kesultanan Melayu?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Memungut cukai

b)

Menjaga keamanan

c)

Mempertahankan kedaulatan negeri

d)

Mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu

3.

Dalam pentadbiran wilayah, negeri Kelantan dibahagikan kepada jajahan tertentu. Pada tahun 1904, terdapat TIGA jajahan di Kelantan iaitu

a)

Selatan Batu Mekebang

b)

Pasir Puteh

c)

Pasir Mas

d)

Tanah Merah

4.

Selain Siam, negeri Terengganu juga menjalinkan hubungan dengan TIGA negeri berikut iaitu

a)

Kelantan

b)

Kedah

c)

Patani

d)

Johor

5.

Negeri manakah yang mewujudkan jawatan Tok Kweng dalam sistem pentadbirannya?

a)
b)
c)
d)
6.

Istiadat pengisytiharan diadakan di Istana Arau selepas Maharaja Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalullail sebagai Raja Perlis pada tahun 1843.

Apakah tujuan istiada pengisytiharan tersebut dilaksanakan?

a)

Pengukuhan kuasa raja

b)

Pengesahan sebagai raja

c)

Pemberitahuan kepada rakyat

d)

Penyelesaian perebutan kuasa

7.

Kesultanan Kedah menjalinkan hubungan dua hala dengan Siam. Bagaimanakah cara hubungan dua hala tersebut berlaku? Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Keagamaan

d)

Perdagangan

8.

Apakah gelaran yang diberi kepada Long Yunus apabila menaiki takhta dalam Kesultanan Kelantan?

a)

Raja

b)

Sultan

c)

Yang Dipertuan

d)

Khalifatul Mukminin

9.

Antara berikut, negeri manakah yang paling akhir menerima Penasihat British?

a)

Perlis

b)

Kedah

c)

Kelantan

d)

Terengganu

10.

Apakah persamaan peranan pembesar Johor berikut?


MENTERI BESAR

SETIAUSAHA KERAJAAN

a)

Menyerahkan cukai

b)

Membekalkan buruh

c)

Melicinkan pentadbiran

d)

Mempertahankan negara

11.

Maharaja Abu Bakar telah menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar melalui lawatan.

Pilih DUA negara yang dilawati oleh pemerintah tersebut.

a)

India

b)

Jepun

c)

Eropah

d)

Sri Lanka

12.

Antara berikut, yang manakah faktor perluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu?

Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Persaingan dengan Belanda

b)

Menyebarkan agama Kristian

c)

Menghalang kemasukan kuasa Barat lain

d)

Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang

13.

Matlamat utama British menguasai negeri-negeri di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ialah memastikan laluan perdagangan antara India dan China berada dalam keadaan selamat.

Apakah yang dilakukan oleh British untuk mencapai matlamat tersebut?

a)

Menyerang Siam

b)

Membuat perjanjian dengan Siam

c)

Menghantar bunga emas kepada Siam

d)

Menggunakan tipu helah terhadap Siam

14.

Apakah kesan Perjanjian Bangkok 1909 kepada negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu?

a)

Menerima Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Menerima Gabenor British

c)

Menerima Residen British

d)

Menerima Penasihat British

15.

Strategi perjanjian digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa ke Negeri-negeri Melayu Utara.

Apakah perjanjian terawal yang ditandatangani ke arah merealisasikan hasrat tersebut?

a)

Perjanjian Sulit

b)

Perjanjian Burney

c)

Perjanjian Bangkok

d)

Perjanjian Sempadan

16.

Pilih DUA sistem pemerintahan yang diamalkan di Sarawak.

a)

Sistem adat

b)

Sistem kedatuan

c)

Sistem kesukuan

d)

Sistem ketua bebas

17.

Pilih DUA sistem pemerintahan yang diamalkan di Sabah.

a)

Sistem adat

b)

Sistem anak negeri

c)

Sistem kesukuan

d)

Sistem ketua bebas

18.

Dalam sistem kesukuan di Sarawak, pilih DUA faktor pemilihan bagi seseorang pemimpin?

a)

Kekayaan

b)

Pendidikan

c)

Keturunan

d)

Kebolehan peribadi

19.

Apakah asas penting dalam pelaksanaan sistem kesukuan di Sarawak?

a)

Pengamalan upacara adat

b)

Permuafakatan antara suku

c)

Pelantikan ketua masyarakat

d)

Pegangan dan kepatuhan kepada adat

20.

Bagaimanakah sistem Ketua Bebas muncul dalam sistem pentadbiran di Sabah?

a)

Kebebasan yang diperjuangkan rakyat

b)

Kebangkitan rakyat menentang pemerintahan beraja

c)

Keberanian individu mencabar kewibawaan sultan

d)

Ketaatsetiaan terhadap pemerintahan beraja

21.

Peranan Tukang-tukang Adat di Sabah ialah memastikan setiap upacara adat dilakukan dengan betul.

Apakah tujuan upacara adat tersebut dilakukan dengan betul?

a)

Mendapat kerjasama kesukuan

b)

Mengelakkan kejadian bencana

c)

Melancarkan pentadbiran wilayah

d)

Meningkatkan ketaatan masyarakat

22.

Siapakah yang dilantik untuk mentadbir Kerajaan Sawaku di Sarawak?

a)

Datu Merpati Jepang

b)

Datu Temenggung

c)

Datu Bendahara

d)

Datu Patinggi

23.

Sistem Kedatuan merupakan sistem pemerintahan tradisi masyarakat Melayu di Sarawak. Apakah pusat pemerintahan sistem tersebut?

a)

Kawasan pantai timur

b)

Bandar-bandar utama

c)

Pinggir lembah sungai

d)

Sekitar Sungai Sarawak

24.

Bagaimanakah kuasa golongan Datu ditentukan mengikut sistem pentadbiran di Sabah. Pilih DUA jawapan yang tepat.

a)

Kemajuan sistem ekonomi

b)

Serahan sumber makanan

c)

Pemilikan golongan hamba

d)

Kemampuan menghantar ufti

25.

Apakah persamaan peranan jawatan kedua-dua tokoh Sabah berikut?

# Syarif Osman

# Datu Kerunding

a)

Ketua Suku

b)

Ketua Bebas

c)

Ketua Kampung

d)

Ketua Daerah

26.

Mengapakah Sultan Brunei menghantar Pengiran Indera Mahkota sebagai pembesar Brunei di kawasan Sungai Sarawak?

a)

Menguasai adat

b)

Membanteras lanun

c)

Menguasai ekonomi

d)

Menjalankan pentadbiran

27.

Pada tahun 1820-an, dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu di Lidah Tanah yang terletak di Sungai Sarawak. Apakah kepentingan kawasan tersebut?

a)

Pusat perdagangan

b)

Pusat kebudayaan

c)

Pusat keagamaan

d)

Pusat kesenian

28.

Mengapakah Pengiran Raja Muda Hashim meminta bantuan James Brooke?

a)

Mengatasi serangan perompak di Sungai Rajang

b)

Membantu pembinaan infrastruktur di pedalaman

c)

Melakukan pemodenan sistem pentadbiran tempatan

d)

Menyelesaikan masalah di Sarawak

29.

Pilih DUA strategi James Brooke untuk mendapatkan Sarawak.

a)

Menentang pentadbiran Datu Patinggi Ali

b)

Ugutan menyerang Pengiran Raja Muda Hashim

c)

Kehadiran angkatan tentera laut British ke Brunei

d)

Memaksa pembesar tempatan menerima Residen

30.

Apakah tujuan penghantaran kapal HMS Dido yang dimiliki oleh angkatan tentera laut British ke Sarawak?

a)

Memerangi ancaman lanun

b)

Menghapuskan perang saudara

c)

Menentang kebangkitan pembesar

d)

Memperkukuh pertahanan Sarawak

31.

James Brooke berjaya memperoleh sokongan daripada sebahagian orang tempatan. Pilih DUA orang tempatan yang menyokong James Brooke.

a)

Orang Iban

b)

Orang Kayan

c)

Orang Kenyah

d)

Orang Melayu

32.

Siapakah tokoh tempatan yang dibuang oleh James Brooke ke Singapura?

a)

Sharif Masahor

b)

Pengiran Ersat

c)

Datu Patinggi Ali

d)

Pengiran Matusin

33.

Bagaimanakah tindakan James Brooke untuk memperkukuh pertahanan di Sarawak?

a)

Penubuhan Renjer Sarawak

b)

Pembinaan kubu pertahanan

c)

Penggubalan undang-undang Barat

d)

Penghantarn kapal perang HMS Dido

34.

Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan Sungai Rajang kepada James Brooke. Mengapakah Sultan Abdul Mumin bertindak demikian?

a)

Mengatasi ancaman lanun Batang Lupar

b)

Menyelesaikan isu pembunuhan peniaga di Sarawak

c)

Membangunkan aktiviti perdagangan dan pertanian

d)

Membantu menghapuskan kebangkitan orang tempatan

35.

Siapakah yang disokong oleh James Brooke dalam konflik antara pemimpin di Mukah?

a)

Pengiran Nipa

b)

Pengiran Ersat

c)

Pengiran Tersat

d)

Pengiran Matusin

36.

Apakah matlamat British memperkenalkan sistem ekonomi moden di Tanah Melayu

a)

Menggalakkan pelaburan

b)

Memajukan pengangkutan

c)

Mementingkan keuntungan

d)

Memperbanyakkan pekerjaan

37.

Mengapakah ekonomi moden berikut memerlukan modal yang besar ?


  • Sektor Perlombongan
  • Sektor Perladangan
a)

Mengimport barangan luar

b)

Menguasai pasaran

c)

Melindungi pasaran tempatan

d)

Meningkatkan proses pengeluaran

38.

Di manakah lokasi perlombongan petroleum yang pertama di Sarawak ?

a)

Miri

b)

Bau

c)

Sadong

d)

Kuching

39.

British telah membuka lombong bijih timah bawah tanah yang terpanjang dan terdalam di dunia pada tahun 1888.

Di manakah lokasi lombong bijih timah tersebut ?

a)

Sungai Lembing, Pahang

b)

Lukut, Negeri Sembilan

c)

Ampang, Kuala Lumpur

d)

Lembah Kinta, Perak

40.

Apakah kepentingan Labuan dan Silimpopon di Sabah ?

a)

Pusat pentadbiran kerajaan

b)

Pusat petempatan buruh luar

c)

Pusat pengeluaran lada hitam

d)

Pusat perlombongan arang batu

41.

Mengapakah British mengusahakan tanaman-tanaman berikut pada peringkat awal ?


  • Gambir
  • Lada Hitam
  • Buah Pala
  • Kayu Manis
a)

Tujuan pemasaran yang luas

b)

Harganya tinggi di pasaran dunia

c)

Terdapat tenaga buruh yang ramai

d)

Kemerosotan permintaan terhadap kopi

42.

Apakah produk yang boleh dihasilkan daripada pokok rumbia yang terdapat di Sarawak ?

a)

Sagu

b)

Bijirin

c)

Santan

d)

Kerepek

43.

SBUB telah melakukan pelaburan dalam penanaman tembakau di kawasan berikut di Sabah.


  • Segama
  • Pulau Banggi
  • Teluk Marudu
  • Kinabatangan


Mengapakah SBUB melakukan pelaburan tersebut ?

a)

Menjadi tanaman eksport utama

b)

Memanfaatkan sumber hasil bumi

c)

Mendapat pasaran baik di Eropah

d)

Memperoleh sokongan daripada Datu

44.

Perusahaan getah berkembang pesat pada awal abad ke 20 di Tanah Melayu. Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut ?


I Kejatuhan harga kopi di pasaran

II Pengeluaran kopi yang berlebihan di Brazil

III Penggunaan teknik pengeluaran ibeden

IV Kesungguhan Brazil membuat kempen

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Antimoni yang dilombong di Bau, Sarawak telah dipasarkan ke negara luar. Apakah negara tersebut ?

a)

Jepun

b)

Belanda

c)

Sri Lanka

d)

Singapura

46.

Apakah perusahaan yang diusahakan oleh Syarikat Eropah berikut ?


  • Sime Darby di Negeri-negeri Melayu
  • Syarikat Borneo Berhad di Sarawak
  • Sapong and Tabacco Estate Limited di Sabah
a)

Kopi

b)

Getah

c)

Tembakau

d)

Lada hitam

47.

Kapal korek digunakan untuk mengusahakan perlombongan bijih timah.

Di manakah lokasi pertama kali kapal korek digunakan ?

a)

Batu Gajah, Perak

b)

Teluk Marudu, Sabah

c)

Sungai Ingan, Sarawak

d)

Sungai Lembing, Pahang

48.

H.N. Ridley telah memperkenalkan teknik membungkus anak-anak pokok getah di dalam arang yang lembap.

Apakah kepentingan teknik tersebut ?

a)

Kualiti susu getah lebih tahan lama

b)

Kos pengeluaran getah lebih rendah

c)

Mudah diangkut ke tempat yang jauh

d)

Mampu memanjangkan hayat pokok getah

49.

Orang Cina dibawa masuk pada abad ke-19 kerana kepesatan perlombongan di Sarawak.

Apakah kegiatan perlombongan tersebut ?


I Emas

II Antimoni

III Petroleum

IV Bijih Timah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

50.

Dinasti Brooke telah membawa buruh dari luar untuk bekerja di ladang getah.

Siapakah buruh luar tersebut ?

a)

Orang Cina

b)

Orang India

c)

Orang Jawa

d)

Orang Banjar