wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah T6: Perayaan di Malaysia

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Sambutan pelbagai perayaan di Malaysia merupakan...........dan keistimewaan yang boleh ........... oleh masyarakat negara kita.

a)

khazanah .........ditunjuk

b)

keunikan...........dibanggakan

c)

perayaan ...........dirayakan

d)

sambutan............disambut

2.

Berikut merupakan perayaan keagamaan dan kepercayaan kecuali

a)

Hari Raya Aidiladha

b)

Cap Goh Mei

c)

Hari Wesak

d)

Thaipusam

3.

Amalan tradisi mandi minyak dan menyalakan pelita di halaman rumah dilakukan semasa perayaan

a)

Tadau Keamatan

b)

Thaipusam

c)

Wesak

d)

Hari Deepavali

4.

Pilih pasangan yang SALAH tentang penganut agama dan perayaan yang diraikan oleh mereka.

a)

Islam - Hari Raya Aidiladha

b)

Kristian - Hari Natal

c)

Hindu - Tahipusam

d)

Sikh - Loy Krathong

5.

Kepentingan menghargai warisan perayaan kita kecuali

a)

Warisan ini merupakan identiti negara.

b)

Menzahirkan semangat kekitaan dalam masyarakat.

c)

Menunjukkan perasaan hanya pentingkan bangsa sendiri.

d)

Warisan ini sebagai benteng untuk menolak pengaruh negatif.

6.

Hari Gawai merupakan perayaan yang disambut oleh _____________.

a)

Etnik Siam

b)

Kaum Dayak

c)

Kaum Melayu

d)

Kaum India

7.

Apakah sikap yang perlu ada pada masyarakat agar tradisi perayaan ini dapat dikekalkan sebagai satu keunikan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat kita?

a)

Hasad dengki

b)

Menerima dan menghormati

c)

Mementingkan diri sendiri

d)

Memandang rendah tradisi kaum yang lain

8.

Pada masa dahulu, masyarakat India melukis kolam semasa perayaan Deepavali menggunakan __________ berbeza pada masa kini mereka melukis kolam menggunakan beras yang berwarna warni.

a)

tepung berwarna putih

b)

kacang hijau

c)

tepung berwarna warni

d)

pasir

9.

Berikut merupakan antara amalan masyarakat Cina semasa sambutan Tahun Baharu Cina Kecuali _____

a)

Makan besar bersama keluarga

b)

Memberikan angpau kepada mereka yang belum berkahwin

c)

Memberikan ucapan yang baik

d)

Menyapu rumah pada hari pertama Tahun Baharu Cina

10.

Ucapan hari raya akan dihantar kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang jauh sebagai tanda ingatan. Pada masa dahulu, ucapan dihantar menggunakan ______________

a)

Kad ucapan dan dihantar melalui pos

b)

e-kad dan dihantar melalui status whatsapp

c)

Kad ucapan dan dihantar menggunakan bas

d)

e-kad dan dihantar melalui facebook

11.

Berikut merupakan antara keunikan sambutan perayaan dalam kalangan masyarakat KECUALI

a)

Tradisi balik kampung

b)

Pemberian angpau

c)

Amalan ziarah-menziarahi

d)

Tidak bersyukur kepada rezeki

12.

Perayaan ini disambut pada bulan Jun setiap tahun oleh tinggalan Portugis di Melaka. Kaum nelayan menghias kapal dengan harapan rezeki dimurahkan.

a)

Hari Krismas

b)

Pesta Gawai

c)

Perayaan San Pedro

13.

Tadau Kaamatan merupakan perayaan yang disambut oleh masyarakat di __________________.

a)

Siam

b)

Sarawak

c)

Sabah

d)

Selangor

14.

Apakah matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di negara ini?

a)

Memupuk perpaduan

b)

Mendapat sokongan rakyat

c)

Merintis kemajuan

d)

Merai kemenangan

15.

Hari Wesak disambut oleh _________________.

a)

masyarakat India

b)

penganut agama Buddha

c)

masyarakat keturunan Siam

d)

masyarakat Portugis di Melaka

16.

Pada zaman dahulu, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan menghidangkan kuih tradisional seperti _________________.

a)

dodol

b)

kek keju

c)

tart telur

d)

kuih lapis

17.

Pada pendapat kamu, mengapakah Kolam dihasilkan dengan menggunakan beras berwarna pada hari ini?

a)

Semua boleh membuat Kolam

b)

Peranan Kolam telah berubah

c)

Menandakan kemajuan

d)

Supaya lebih menarik

18.

Hari Gawai disambut oleh masyarakat di ____________.

a)

Sarawak

b)

Sabah

c)

Selangor

d)

Melaka

19.

Berikut merupakan keunikan dalam sambutan perayaan di Malaysia kecuali...

a)

Tradisi pulang ke kampung

b)

Pemberian duit raya

c)

Melancong ke luar negara

d)

Kepelbagaian makanan tradisional

20.

Berikut merupakan amalan ucapan perayaan pada masa kini.

a)

Ucapan dihantar menggunakan media sosial dan elektronik.

b)

Kad ucapan dihantar kepada sahabat handai dan keluarga yang jauh.

c)

Ucapan dihantar menggunakan kad ucapan melalui pos.