Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih pernyataan yang betul tentang kata ganda.

a)

menggandakan keseluruhan kata dasar

b)

kata dasar digandakan dengan imbuhan sama ada imbuhan awalan, imbuhan apitan atau imbuhan akhir

c)

bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan kata dasar sama ada secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu

2.

Bangunan yang terdapat di ibu kota Kuala Lumpur itu ___. Pilih kata ganda yang paling sesuai.

a)

cantik-cantik

b)

tinggi-tinggi

c)

enak-enak

d)

comel-comel

3.

Setiap pagi ibu membeli ____ di Warung Che Abe kerana warung itu terkenal dengan seri muka yang sedap.

a)

kuih-kuih

b)

kuih-muih

c)

buah-buahan

d)

orang-orang

4.

Abu berjalan __ kerana kakinya terseliuh semasa pulang dari sekolah.

a)

terhuyung-hayang

b)

tersipu-sipu

c)

terhincut-hincut

d)

tercungap-cungap

5.

Adik menangis ____ apabila mengetahui kucingnya hilang.

a)

terbahak-bahak

b)

terhincut-hincut

c)

teresak-esak

d)

tercungap-cungap

6.

Pilih penggunaan kata ganda yang betul.

a)

Budak-budak itu semuanya nakal.

b)

Jalan-jalan di kawasan kampung itu amat tidak rata.

c)

Pelajar itu rajin-rajin belaka.

d)

Adik menangis-menangis apabila ibu tiada.

7.

Merek berjalan_____ di tepi pantai.

a)

berdua

b)

dua-duaan

c)

berdua-duaan

d)

bersatu-satu

8.

Ayah ketawa ___ melihat Maharaja Lawak Mega.

a)

teresak-esak

b)

terbatuk-batuk

c)

terbahak-bahak

d)

tersipu-sipu

9.

Pilih ayat yang menggunakan kata ganda yang betul.

a)

Ibu mengisi sarung bantal itu dengan kekabu.

b)

Pertandingan memasak-memasak itu dianjurkan di dewan.

c)

Jalan menuju ke Tanah Tinggi Genting itu mundar-mandir.

d)

Muka Aisya menjadi biru-biruan apabila diusik oleh rakannya.

10.

Terdapat ___ bahawa Amir yang mencuri duit rakannya itu.

a)

uar-uar

b)

desas-desus

c)

khabar-khabar