Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ DRAMA TENANG-TENANG AIR DI TASIK

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tema yang PALING TEPAT bagi drama Tenang-tenang Air di Tasik?

a)

Sikap kejam segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

b)

Sikap tidak bertanggungjawab masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

c)

Sikap prejudis segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

d)

Sikap sambil lewa segelintir masyarakat terhadap golongan orang kelainan upaya.

2.

Berikut merupakan persoalan dalam drama ini KECUALI

a)

Keberanian melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

b)

Kerjasama yang utuh dalam melakukan sesuatu aktiviti.

c)

Kasih sayang pengikat hubungan kekeluargaan.

d)

Keadilan dalam menegakkan kebenaran dalam mahkamah.

3.

Senaraikan watak-watak dalam drama ini...

a)

Muzafar

b)

Muzaifar

c)

Muzamir

d)

Muzaimir

4.

Senaraikan perwatakan watak Muzafar

a)

Seorang yang rasional dan berpendirian tegas.

b)

Merupakan anak tunggal dan wajah dan perwatakan seiras dengan Muzamir.

c)

Merupakan anak tunggal dan yatim piatu.

d)

Seorang yang amanah dan bertanggungjawab.

5.

Senaraikan perwatakan watak Muzamir

a)

Seorang yang mengenang budi.

b)

Seorang yang gigih menjalani latihan.

c)

Seorang yang pendiam dan pentingkan diri sendiri.

d)

Berasal daripada sebuah keluarga yang kaya dan ternama di Kelantan tetapi ketika berusia tiga bulan, dia telah diserahkan kepada keluarga angkat di Johor disebabkan dia dilahirkan buta.

6.

Senaraikan latar tempat yang terdapat dalam drama

a)

Tasik Permai.

b)

Beranda chalet, Tasik Permai.

c)

Studio, Tasik Permai.

d)

Kolam ikan,

7.

Senaraikan latar masa dalam video tadi.

a)

Waktu subuh.

b)

Waktu siang.

c)

Ketika tiga bulan.

d)

Empat hari tiga malam.

8.

Senaraikan latar masyarakat dalam drama ini.

a)

Masyarakat yang mengamalkan sikap bertolak ansur dan bertoleransi dalam melaksanakan tugas.

b)

Masyarakat yang mahu menuntut keadilan atas hukuman yang dijatuhkan kepadanya.

c)

Masyarakat yang penyayang terhadap ahli keluarga.

d)

Masyarakat yang berani melakukan aktiviti yang mencabar keupayaan sebenar seseorang.

9.

Berikut merupakan nilai-nilai murni yang terdapat dalam drama ini KECUALI....

a)

Ketaatan

b)

Kasih Sayang.

c)

Kerjasama.

d)

Rasional.

10.

Pengajaran dalam drama tersebut.

a)

Kita haruslah prihatin terhadap golongan kurang upaya.

b)

Kita hendaklah berhati-hati dalam memilih kawan.

c)

Kita haruslah bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

d)

Kita mestilah sentiasa jujur dan bersikap berterus-terang bagi mengelakkan timbulnya sebarang konflik.