wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH TINGKATAN 4 (BAB 6-10)

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dilakukan oleh pengganas komunis untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu semasa darurat? (pilih dua jawapan)

a)

Membakar ladang getah

b)

Mengugut orang ramai

c)

Memusnahkan rumah penduduk

d)

Menyerang kawasan lombong

2.

3 orang pengurus ladang Eropah telah dibunuh oleh komunis di Sungai Siput, Perak. Apakah kesan ekoran daripada peristiwa tersebut?

a)

Rancangan Briggs diperkenalkan

b)

Sistem pertahanan British diperkasakan

c)

Darurat diisytiharkan

d)

Min Yuen diharamkan

3.

Antara langkah yang dilakukan oleh British untuk membasmi pengaruh komunis semasa penguatkuasaan Undang-undang Darurat ialah

a)

melindungi kepentingan Kaum Melayu dan Cina.

b)

menuntut kemerdekaan dalam masa terdekat.

c)

memindahkan penduduk ke petempatan baru

d)

menyediakan bantuan kepada penduduk

4.

Antara langkah yang dilakukan oleh British untuk membasmi pengaruh komunis semasa penguatkuasaan Undang-undang Darurat ialah

a)

melindungi kepentingan Kaum Melayu dan Cina.

b)

menuntut kemerdekaan dalam masa terdekat.

c)

memindahkan penduduk ke petempatan baru

d)

menyediakan bantuan kepada penduduk

5.

Apakah pasukan keselamatan yang mengawal kampung dan bertanggungjawab untuk menyekat pergerakan bekalan makanan, maklumat dan ubat-ubatan daripada jatuh ke tangan PKM?

a)

Sarawak Rangers

b)

Home Guard

c)

Auxiliary Police

d)

Special Constable

6.

Apakah kepentingan Kempen Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat?

a)

Taraf hidup rakyat dipertingkatkan

b)

Pelbagai parti politik ditubuhkan

c)

Rakyat berbilang kaum bersatu padu menentang komunis

d)

Kestabilan poltik diwujudkan

7.

Rancangan Kampung Baru : Penempatan semula penduduk di kawasan pinggir hutan ke kawasan petempatan baru.

Bagaimanakah keadaan di kampung tersebut? (pilih dua jawapan)

a)

Dilengkapi dengan senjata moden untuk tujuan pertahanan

b)

Dilengkapi dengan kemudahan asas

c)

Dipagari dengan kawat berduri

d)

Dikawal oleh Home Guard

8.

Semasa Rundingan Baling 1955, apakah tuntutan Tunku Abdul Rahman (wakil kerajaan) kepada Chin Peng (wakil PKM)? (pilih dua jawapan)

a)

Menyertai Parti Perikatan

b)

Menyerah diri

c)

Membubarkan Parti Komunis Malaya

d)

Memulangkan senjata

9.

Mengapakah kerajaan melonggarkan syarat kerakyatan kepada golongan bukan Melayu pada zaman darurat?

a)

Supaya penduduk bukan Melayu tidak menyokong komunis

b)

Untuk menambahkan jumlah warganegara di Tanah Melayu

c)

Untuk menggalakkan kemasukan imigran luar

d)

Untuk menggalakkan komunis menyerah diri

10.

Apakah konsep yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuangkan kemerdekaan?

(Buku teks m/s 172)

a)

Melayu Raya

b)

Malaysia

c)

Merdeka

d)

Tanah Melayu untuk Malayan

11.

"Hidup Melayu"

Slogan di atas digunakan oleh

(Buku teks m/s 172)

a)

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

b)

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

c)

Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

d)

United Malays National Organisation (UMNO)

12.

Apakah syarat yang dikenakan oleh British untuk memberi kemerdekaan? (Buku teks m/s 174)

a)

Penubuhan parti politik berasaskan kaum

b)

Kerjasama antara tiga kaum utama

c)

konsep Melayu Raya dilaksanakan

d)

Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak digabung menjadi Malaysia

13.

Apakah moto yang digunakan oleh Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

(Buku teks m/s 174)

a)

Kesamaan dan Keadilan untuk Penduudk Tanah Melayu

b)

Tanah Melayu untuk Malayan

c)

Hidup Melayu Merdeka

d)

Merdeka

14.

Gambar di atas menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Siapakah beliau?

(Buku teks m/s 174)

a)

V.T. Sambanthan

b)

John Thivy

c)

E.E.C. Thuraisingham

d)

L.R. Doraisamy

15.

Bagaimanakah CLC ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu? (Buku teks m/s 177)

a)

Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

b)

Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan

c)

Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui

d)

Penubuhan jawatankuasa pendidikan

16.

Apakah maksud Sistem Ahli?

(Buku teks m/s 178)

a)

Sistem yang mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu

b)

Sistem yang menetapkan syarat-syarat kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu

c)

Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu

d)

Sistem yang menjalankan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran

17.

Apakah maksud sekolah vernakular?

(Buku teks m/s 180)

a)

Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

b)

Sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

c)

Sekolah yang menggunakan bahasa isyarat

d)

Sekolah yang menggunakan lebih daripada tiga bahasa sebagai bahasa pengantar

18.

Apakah kesan system persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan?

(Buku teks m/s 180)

a)

Menyatupadukan rakyat berbilang kaum

b)

Membolehkan rakyat menguasai pelbagai bahasa

c)

Menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara rakyat berbilang kaum

d)

membawa kepada rusuhan kaum antara rakyat

19.

Berdasarkan Laporan Barnes 1951, bahasa pengantar yang digunakan di sekolah rendah ialah

(Buku teks m/s 180)

a)

Bahasa Melayu atau bahasa Cina

b)

Bahasa Melayu sahaja

c)

Bahasa Inggeris sahaja

d)

Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu

20.

Laporan Fenn-Wu 1951 memberi tumpuan kepada

(Buku teks m/s 180)

a)

Pendidikan sekolah Melayu

b)

Pendidikan sekolah Inggeris

c)

Pendidikan sekolah Cina

d)

Pendidikan sekolah Tamil

21.

Mengapakah Ordinan Pelajaran 1952 diperkenalkan?

(Buku teks m/s 181)

a)

membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi persekutuan

b)

Memberi tumpuan kepada pendidikan sekolah Inggeris sahaja

c)

Menguatkuasakan penggunaan satu bahasa sahaja dalam sistem pendidikan

d)

Memfokuskan pembangunan pendidikan sekolah vernakular

22.

Antara berikut yang manakah benar mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan di bawah Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956? (Buku teks m/s 183)

I. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

II. Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

III. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar

IV. Bahasa Cina dan bahasa Tamil sebagai mata pelajaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Di manakah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan? (Buku teks m/s 197)

a)

Kuala Lumpur

b)

George Town, Pulau Pinang

c)

Johor Bahru

d)

Alor Setar

24.

Badan ini membentuk 52 kawasan pilihan raya bagi Piilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Badan yang dimaksudkan ialah

(Buku teks 200)

a)

Jawatankuasa Pilihan Raya

b)

Rang Undang-Undang Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu

c)

Parti Perikatan

d)

Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan

25.

Badan ini membentuk 52 kawasan pilihan raya bagi Piilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Badan yang dimaksudkan ialah

(Buku teks 200)

a)

Jawatankuasa Pilihan Raya

b)

Rang Undang-Undang Pilihan Raya Persekutuan Tanah Melayu

c)

Parti Perikatan

d)

Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan

26.

Apakah persamaan di antara pengundi dan calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 ?

(Buku teks m/s 200)

I. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu

II. Berumur 21 tahun ke atas

III. Warganegara Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

IV. Berumur 18 tahun ke atas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

Siapakah yang dilantik sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama?

(Buku teks m/s 204)

a)

Dato Onn Jaafar

b)

Dato' Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

28.

Siapakah yang menyandang jawatan Menteri Pelajaran dalam Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu?

(Buku teks m/s 206)

a)

H. S. Lee

b)

V.T Sambanthan

c)

Dato' Abdul Razak Hussein

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

29.

Kabinet pertama Tanah Melayu 1948 adalah berasaskan Model

(Buku teks m/s 206)

a)

Portfolio

b)

Veto

c)

Westminister

d)

King's House

30.

Berdasarkan keputusan Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955, 51 kerusi dimenangi oleh Perikatan manakala satu kerusi dimenangi oleh

(Buku teks m/s 202)

a)

Parti Negara

b)

Parti Buruh

c)

Calon Bebas

d)

Parti Islam se-Tanah Melayu

31.

Siapakah yang mengetuai rundingan kemerdekaan Tanah Melayu?

(Buku teks m/s 217)

a)

H. S. Lee

b)

Dato Abdul Razak Hussein

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dr. Ismail Abdul Rahman

32.

Gambar di atas menunjukkan peristiwa pengumuman tarikh kemerdekaan. Di manakah peristiwa tersebut berlangsung

(Buku teks m/s 219)

a)

Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Padang Banda Hilir, Melaka

c)

Lapangan Terbang Batu Berendam

d)

Kepala Batas, Pulau Pinang

33.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu juga dikenali sebagai (Buku teks m/s 220)

a)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Suruhanjaya Reid

c)

Suruhanjaya Cobbold

d)

Suruhanjaya Pilihan Raya

34.

Berdasarkan memorandum yang diterima daripada pihak Raja-raja Melayu, Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatan untuk tempoh

(Buku teks m/s 222)

a)

5 tahun

b)

3 tahun

c)

8 tahun

d)

10 tahun

35.

Parlimen Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada dua Majlis Mesyuarat iaitu Dewan Negara dan _____________

(Buku teks m/s 222)

a)

Dewan Undangan Negeri

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Dewan Rakyat

d)

Dewan Siswa

36.

Bilakah tarikh kemerdekaan negara? (Buku teks m/s 234)

a)

30 Ogos 1957

b)

31 Ogos 1957

c)

16 September 1963

d)

16 September 1960

37.

"Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walaupun sukar supaya setiap komuniti hidup dalam harmoni"

Siapakah yang menyatakan maksud kemerdekaan seperti di atas?

(Buku teks m/s 234)

a)

Nelson Mandela

b)

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

c)

Rashid Rida

d)

Mahatma Gandhi

38.

Jawatankuasa Pemilihan Lagu Kebangsaan dibentuk untuk mencipta lagu kebangsaan. Apakah nama lagu kebangsaan negara kita?

(Buku teks m/s 236)

a)

Terang Bulan

b)

Inilah Barisan Kita

c)

Negaraku

d)

Demi Negara

39.

Lagu kebangsaan negara berasal daripada lagu

(Buku teks m/s 236)

a)

Terang Bulan

b)

Negaraku

c)

Tanggal 31

d)

Jalur Gemilang

40.

Siapakah yang mencipta reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu? (Buku teks m/s 236)

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Yaacob Abdul Latiff

c)

Mohamed Hamzah

d)

S. E. Jewkes

41.

Bunga apakah yang dipilih oleh Tunku Abdul Rahman sebagai bunga kebangsaan?

(Buku teks m/s 236)

a)

Bunga raya

b)

Bunga teratai

c)

Bunga mawar

d)

Bunga orkid

42.

"Bapa Kemerdekaan Tanah Air" adalah gelaran yang diberi kepada

(Buku teks m/s 239)

a)

Sardon Jubir

b)

Tuan Haji Masood Hayati

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Dato Abdul Razak Hussein

43.

Gambar di atas menunjukkan upacara sambutan kemerdekaan pada pagi 31 Ogos 1957. Di manakah sambutan tersebut berlangsung?

(Buku teks m/s 240)

a)

Stadium Merdeka, Kuala Lumpur

b)

Putrajaya

c)

Padang Banda Hilir, Melaka

d)

Padang Kelab Selangor

44.

Bagaimanakah rakyat memilih kerajaan dan pemerintah di bawah sistem demokrasi berparlimen?

(Buku teks m/s 242)

a)

bermusyawarah

b)

perbincangan

c)

pilihan raya

d)

perhimpunan

45.

"Buku ini mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung, jambatan, surau, bekalan air dan bekalan elektrik"

Pernyataan di atas merujuk kepada

(Buku teks m/s 244)

a)

Rancangan Buku Hijau

b)

Rancangan Buku Merah

c)

Rancangan Buku Putih

d)

Rancanan Buku Kuning

46.

Nelson Mandela menentang Dasar ____________ yang menindas di Afrika Selatan

a)

Aparteid

b)

Bumi hangus

c)

Jahiliyyah

d)

Pembangunan

47.

Menurut Soekarno, kemerdekaan beerti

a)

bebas selama-lamanya

b)

halau semua penjajah

48.

Siapakah penulis lirik lagu Negaraku?

a)

Siti Nurhaliza

b)

Saiful Bahri

c)

Mohamed hamzah

d)

AC Mizal

49.

Berapa kali Tunku Abdul Rahman melaungkan perkataan MERDEKA semasa pengisytiharan Merdeka?

a)

7 kali

b)

6 kali

c)

3 kali

d)

13 kali

50.

Tokoh tersebut merupakan Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Tanah Melayu. Siapakah beliau?

a)

Sir Donald MacGillivary

b)

Sir Henry Gurney

c)

Duke of Wellington