NEW
Font size
WorksheetsPENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TINGKATAN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 15mins
Pernyataan yang berikut berkaitan abstinen, KECUALI...
Tidak melakukan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan
Tegas mengatakan tidak terhadap seks sebelum nikah
Menahan diri daripada melakukan seks sebelum nikah
Melakukan seks dengan pasangan secara suka sama suka
Antara yang berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?
I. Membunuh diri
II. Lari dari rumah
III. Berasa bangga
IV. Menggugurkan anak
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
II, III dan Iv sahaja
I, II, III dan IV
Berikut merupakan kesan seks sebelum nikah kepada masyarakat, KECUALI...
Peningkatan masalah sosial
Lahirnya lebih banyak anak tidak sah taraf
Penyakit jangkitan seksual semakin berleluasa
Masyarakat akan memandang tinggi kepada pelaku
Taktik ini digunakan oleh kurier untuk mengurangkan risiko ditangkap, iaitu menyembunyikan di dalam kenderaan atau bagasi pakaian, mengikat pada badan atau menelannya.
Pernyataan ini merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh..
Keldai dadah
Penagih dadah tegar
Penyalahgunaan dadah
Haiwan yang digunakan untuk menyeludup dadah
Mangsa yang terbabit dengan sindiket pengedaran dadah antarabangsa didapati mudah terpengaruh dengan tawaran menarik yang diberikan.
Berikut merupakan situasi berisiko yang membawa kepada jerat dadah, KECUALI...
Tawaran melancong luar negara
Tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara
Tawaran pulangan lumayan dengan tugasan yang mudah
Tawaran wang dengan membantu membawa barang milik orang lain
Berikut merupakan implikasi jerat dadah kepada keluarga, KECUALI...
Menjejaskan keharmonian keluarga
Hidup dalam khayalan
Mencemarkan nama baik keluarga di mata masyarakat
Ahli keluarga hidup dalam ketakutan
Berikut merupakan Jenis-jenis kemurungan :
I. Unipolar
II. Bipolar
III. Skizofrenia
IV. Disleksia
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Apakah punca-punca berlakunya kemurungan dalam kalangan remaja?
I. Trauma psikologi atau emosi
II. Masalah keluarga
III. Hilang anggota badan
IV. Gagal dalam pelajaran
I dan III sahaja
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Kemurungan menyebabkan seseorang itu menjauhkan diri atau mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan.
Pernyataan di atas merupakan salah satu keterangan bagi salah satu tanda-tanda kemurungan. Tanda kemurungan yang dimaksudkan ialah...
Kelihatan letih dan kurang bertenaga semasa melakukan aktiviti harian.
Perasaan dan pemikiran negatif.
Hilang keinginan untuk bersosial.
Tabiat pemakanan yang tidak normal.
Berikut merupakan cara mengurus kesihatan mental dan emosi, KECUALI...
Berpegang kepada ajaran agama
Amalkan gaya hidup sihat
Bertenang dan sentiasa bersikap positif
Berkurung dan tidak berjumpa dengan orang lain
Berikut merupakan salah laku berkaitan seks siber, KECUALI...
Menghantar teks lucah
Menghantar gambar dan isyarat lucah
Menghantar maklumat tentang salah laku seks
Menghantar gambar atau video perlakuan seks
Mengapakah masalah seks siber semakin berleluasa dalam kalangan remaja?
I. Faktor dunia tanpa sempadan
II. Kemudahan jalur lebar di rumah
III. Peningkatan laman sesawang berkaitan pornografi
IV. Ibu bapa tidak dapat mengesan laman sesawang yang dilawati oleh kanak-kanak
I dan II sahaja
I, II dan III sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Ketagihan seks siber akan memberikan kesan terhadap remaja itu sendiri dan orang di sekelilingnya. Berdasarkan pernyataan berikut, yang manakah merupakan kesan tingkah laku seks siber?
I. Gangguan emosi
II. Berasa lebih gembira
III. Keruntuhan institusi keluarga
IV. Berjaya mengelakkan buli siber
I dan II sahaja
I dan III sahaja
II dan III sahaja
III dan IV sahaja
Talasemia ialah...
Penyakit genetik sel darah merah
Penyakit genetik sel darah putih
Penyakit berkaitan paru
Penyakit kulit
Antara berikut, yang manakah BUKAN tanda-tanda penyakit talasemia?
Pertumbuhan perlahan dan terbantut
Kekejangan perut
Jaundis
Kecacatan tulang muka
Berdasarkan pernyataan berikut, pilih pernyataan yang BENAR mengenai penyakit talasemia.
I. Talasemia disebabkan mutasi dalam sel DNA yang menjadikan haemoglobin.
II. Jenis talasemia bergantung kepada jumlah mutasi dalam gen.
III. Haemoglobin yang tinggi sel darah merah pada pesakit boleh menyebabkan anemia.
IV. Pembawa gen talasemia minor mungkin tidak memerlukan rawatan.
II, III dan IV sahaja
I, III dan IV sahaja
I, II dan III sahaja
I, II dan IV sahaja
Berikut merupakan ujian awal yang boleh dilakukan sebagai saringan awal talasemia semasa ibu mengandung, KECUALI...
Ujian saringan awal kiraan darah lengkap (blood count)
Ujian pranatal
Haemoglobin electrophoresis
Ujian - t (t-test)
Berikut merupakan cara mengelakkan diri daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia :
I. Sentiasa berwaspada dengan tawaran gaji
II. Menapis kebenaran iklan pekerjaan di internet
III. Kempen kesedaran
IV. Berwaspada dengan dengan orang yang baru dikenali
I, II dan III sahaja
I, III dan IV sahaja
II, III dan IV sahaja
I, II, III dan IV
Berikut merupakan kesan pengambilan suplemen untuk kesihatan tanpa preskripsi doktor, KECUALI...
Merosakkan hati
Merosakkan jantung
Merosakkan buah pinggang
merosakkan saluran pernafasan
Apakah tujuan pengambilan suplemen?
Untuk menjadi kacak dan cantik
Melengkapkan diet normal
Menyembuhkan penyakit talasemia
Menyembuhkan luka di hati
