wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

T3: BAB 6 (GENERASI UNGGUL)

Total questions: 29

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah golongan As-Sabiqun Al Awwalun?

a)

Sahabat

b)

Tabien

c)

Tabi tabien

d)

Ulama

2.

Apakah maksud sahabat dari segi bahasa?

a)

Kawan kawan

b)

Kawan rapat

c)

Yang rapat

d)

Yang mendampingi

3.

Apakah maksud Sahabat dari segi istilah?

a)

Merujuk kepada Kurun pertama

b)

Sesiapa yang mendampingi Rasulullah SAW dalam kehidupan mereka

c)

Sesiapa yang berjumpa dengan Nabi SAW, beriman dengannya dan mati dalam Islam

d)

Golongan yang dijanjikan syurga oleh Allah

4.

"Khulafa Ar-Rasyidin tidak termasuk dalam golongan 10 orang sahabat yang dijanjikan syurga"


Adakah kenyataan diatas adalah betul?

a)

Betul

b)

Salah

5.

Maksud Muhajirin ialah:

a)

Penduduk mekah yang beriman kepada Rasulullah, berhijrah dan tinggal di Madinah

b)

Penduduk Madinah yang beriman kepada Rasulullah, membantu Rasulullah dan Muhajirin ketika tiba di Madinah

c)

Sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah dan beriman kepadanya serta meninggal dunia dalam Islam

d)

Allah meredhai mereka dan mereka pula meredhainya

6.

Maksud Ansar ialah:

a)

Penduduk mekah yang beriman kepada Rasulullah, berhijrah dan tinggal di Madinah

b)

Penduduk Madinah yang beriman kepada Rasulullah, membantu Rasulullah dan Muhajirin ketika tiba di Madinah

c)

Sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah dan beriman kepadanya serta meninggal dunia dalam Islam

d)

Allah meredhai mereka dan mereka pula meredhainya

7.

Berikut adalah perkara yang diiktiraf oleh Allah SWT dalam Al-Quran mengenai Sahabat, kecuali

a)

Allah meredhai sahabat

b)

Allah memuji sifat sahabat

c)

Allah meningkatkan darjat sahabat

d)

Allah memusuhi golongan kuffar

8.

"Allah memuji sifat sahabat"


Apakah sifat yang dipuji oleh Allah didalam Al-Quran?

a)

Bersikap rajin

b)

Memerangi golongan yang tidak membayar zakat

c)

Kasih sayang antara Muslim

d)

Mendampingi Nabi SAW

9.

Antara berikut, yang manakah bukan pengajaran ayat surah At-Taubah ayat 100

a)

Kita hendaklah sentiasa berlumba-lumba dalam urusan kebaikan

b)

Kita hendaklah mengelakkan diri daripada membenci dan mencela Sahabat

c)

Kita hendaklah selalu berzikir mengingati Allah

d)

Kita hendaklah berusaha mencontohi amalan Sahabat

10.

"Penduduk Madinah yang beriman kepada Rasulullah, membantu Rasulullah dan Muhajirin ketika tiba di Madinah"


Ianya merujuk kepada ...

a)

Sahabat

b)

Muhajirin

c)

Ansar

d)

Kaum Quiraisy

11.

Berikut adalah antara maksud bagi ayat di atas,yang manakah BUKAN maksud yang benar?

a)

Dan kalangan orang muhajirin dan ansar

b)

Sesungguhnya Allah SWT meredhai orang yang beriman

c)

Serta orang yang mengikuti mereka dengan kebaikan

d)

Allah SWT juga menyediakan untuk mereka Syurga-Syurga

12.

Berapakah bilangan sahabat yang dijanjikan Syurga?

a)

5

b)

10

c)

15

d)

3

13.

Apakah pengertian sahabat dari segi bahasa?

a)

Yang mendampingi

b)

Yang setia kawan

c)

Yang gagah perkasa

d)

Yang berhijrah bersama

14.

Apakah pengertian sahabat dari segi istilah?

a)

Sesiapa yang bersama dengan Rasulullah ketika berhijrah serta meninggal dunia dalam Islam

b)

Sesiapa yang sanggup berperang bersama Rasulullah dan mati dalam keadaan syahid

c)

Sesiapa yang berjumpa dengan Rasulullah dan beriman kepadanya serta meninggal dunia dalam Islam

d)

Sesiapa yang setia bersama dengan Rasulullah dalam berdakwah dan percaya

15.

Siapakah antara sahabat yang dijanjikan Syurga?

a)

Thalhah bin Ubaidillah

b)

Abdullah bin Mas'ud

c)

Zubair bin Awwam

d)

Sa'ad bin Abi Waqqas

16.

Apakah maksud bagi Ansar?

a)

Penduduk Madinah daripada kalangan kabilah Aus dan Khazraj yang beriman kepada Rasulullah.Mereka membantu Rasulullah dan golongan Muhajirin ketika tiba di Madinah

b)

Penduduk Mekah yang beriman kepada Rasulullah.Mereka berhijrah ke Madinah dan tinggal di sana

17.

Ansar terdiri daripada _______ kaum

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4

18.

Siapakah antara sahabat Muhajirin?

a)

Hamzah bin Abdul Mutalib

b)

Amar bin Yasir

c)

Umar al-Khattab

d)

Anas bin Malik

19.

Siapakah antara sahabat Ansar?

a)

Ummu Sulaim binti Milhan

b)

Asma' binti Abu Bakar

c)

Ubadah bin al-Samit

d)

Amir bin Rabiah

20.

Siapakah sahabat yang paling akhir meninggal dunia?

a)

Anas bin Malik

b)

Abu Hurairah

c)

Abu Hassan al-Asy'ari

d)

Abu Tufail Amir bin Wathila al-Leethi

21.

Ayat ini adalah pengiktirafan Allah SWT terhadap para sahabat.Apakah maksud bagi ayat di atas?

a)

Allah SWT mengizinkan mereka dan mereka pula mengizinkannya

b)

Allah SWT meredhai mereka dan mereka pula meredhainya

c)

Allah SWT menerima mereka dan mereka pula menerimanya

d)

Allah SWT mencintai mereka dan mereka pula mencintainya

22.

Para sahabat dijanjikan dengan kemenangan menurut firman Allah SWT di dalam surah _______

a)

Al-A'Raf,7:ayat 205

b)

As-Saffat,37 ayat 164-166

c)

At-Taubah,9:ayat 100

d)

Al-Fath,48:ayat 18

23.

Sahabat yang paling mulia mengikut susunan ialah :

a)

1.Khulafa' Ar Rasyidin

2.Tentera Uhud

3.Tentera Badar

4.Sahabat yang terlibat dalam Baiah Ridhwan

5. 6 sahabat lain yang dijanjikan Syurga

b)

1.Khulafa' Ar Rasyidin

2.6 sahabat lain yang dijanjikan Syurga

3.Tentera Badar

4.Tentera Uhud

5.Sahabat yang terlibat dalam Baiah Ridhwan

24.

Apakah antara pengajaran ayat yang kita boleh ambil sebagai umat Islam?

a)

Kita hendaklah mengelakkan diri daripada membenci,mencela,mencaci dan menghina para sahabat kerana mereka ialah golongan yang diredhai oleh Allah SWT

b)

Kita hendaklah menjadi sahabat Rasulullah agar mendapat ganjaran Syurga

c)

Kita hendaklah berusaha dengan menjadikan amalan para sahabat sebagai contoh ikutan supaya mendapat Syurga yang abadi

d)

Kita hendaklah sentiasa perjuangkan Islam walaupun dalam apa jua keadaan

25.

Dianggarkan jumlah para sahabat melebihi _______ orang

a)

1 000

b)

10 000

c)

100 000

d)

100 000 000

26.

Siapakah golongan yang disebut dalam ayat?

a)

Ansar dan Aus

b)

Aus dan Khazraj

c)

Muhajirin dan Khazraj

d)

Muhajirin dan Ansar

27.

Berikut adalah merupakan pengiktirafan Allah SWT kepada para sahabat kecuali...

a)

Allah SWT memberi kekayaan

b)

Allah SWT meredhai para sahabat

c)

Allah SWT memuji sifat lemah lembut dan kasih sayang antara mereka

d)

Allah SWT meningkatkan darjat para sahabat yang membelanjakan harta dan berjuang di jalan Allah SWT

28.

Al-Fawaz membawa maksud:

a)

Kekayaan

b)

Kepintaran

c)

Kemenangan

d)

Kerajinan

29.

Khulafa' Ar Rasyidin terdiri daripada ____ orang sahabat

a)

1

b)

2

c)

3

d)

4