wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuasai Tatabahasa PT3

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Titah Sultan Perak, "___________ berharap agar rakyat dapat memelihara keamanan dan ketenteraman negara."

a)

aku

b)

beta

c)

saya

d)

patik

2.

"___________ perlu menghantar surat rayuan ini ke Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak sebelum 28 Februari ini," kata pengawal keselamatan kepada lelaki itu.

a)

Dia

b)

Anda

c)

Awak

d)

Kami

3.

"Saya mahu tahu _______________kah nama kamu?" tanya Hael kepada pelajar baharu itu.

a)

apa

b)

mana

c)

siapa

d)

bagaimana

4.

Jam yang _____________kah yang lebih mahal antara jam Casio dengan jam Seiko ini?

a)

mana

b)

apa

c)

siapa

d)

berapa

5.

"Jikalau begitulah titah _____________ elok benar kita siasat hal itu," kata Hang Lekir kepada Hang Lekiu.

a)

beta

b)

patik

c)

baginda

d)

tuan hamba

6.

Syafiq, Mathan, dan Jun Hao merupakan pemain bola sepak yang handal. Ketua jurulatih Kelab Harimau Malaya telah memilih ______________ untuk menjalani latihan di Stadium Merdeka.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

mereka

7.

Pegawai itu akan ke Bali esok kerana beliau ada urusan di ___________.

a)

ini

b)

sini

c)

sana

d)

mana

8.

Jemputlah duduk di _____________ kerusi yang saudara suka.

a)

mana-mana

b)

mana

c)

sini

d)

siapa-siapa

9.

Muthu terus ___________ dari pokok apabila ternampak sarang tebuan.

a)

turun

b)

terjun

c)

terbang

d)

terperanjat

10.

Pak Kiassim ____________ apabila mendengar luahan hati anak gadisnya.

a)

terbeliak

b)

terkedu

c)

terpegun

d)

marah

11.

Setelah ___________ ubat itu, kesihatan Mak Limah bertambah baik.

a)

melulur

b)

menelan

c)

menyedut

d)

menghisap

12.

Pak Ajas ___________ perahunya yang bocor itu.

a)

membaiki

b)

memperbaik

c)

membaikkan

d)

membetulkan

13.

Lelaki itu ______________ barangan jualannya.

a)

menjingjing

b)

menjunjung

c)

mengandar

d)

menatang

14.

Minyak wangi yang dibeli oleh abang itu wangi _____________.

a)

agak

b)

begitu

c)

sekali

d)

demikian

15.

Soalan Matematik ini ____________ sukar sehingga Fauzi hanya menghantar kertas kosong.

a)

nian

b)

agak

c)

sekali

d)

betul

16.

Pemandangan sepanjang sawah padi itu indah ___________.

a)

nian

b)

lebih

c)

terlalu

d)

cukup

17.

Kelvin ___________ hendak ke Bukit Fraser, tetapi ke Pulau Langkawi.

a)

entah

b)

bukan

c)

tidak

d)

tiada

18.

Kushairi _____________ wang kerana boros berbelanja.

a)

bukan

b)

jangan

c)

tiada

d)

tidak

19.

Lanun di perairan itu _____________ buas kerana kurangnya pengawasan daripada pihak berkuasa.

a)

nian

b)

benar

c)

makin

d)

betul

20.

Walaupun budak itu masih kecil, dia ________________ berbahasa Inggeris.

a)

cekap

b)

laju

c)

fasih

d)

lancar

21.

Gopal terpaksa memakai cermin mata kerana dia ______________.

a)

rambang mata

b)

rabun ayam

c)

mata duitan

d)

buta huruf