NEW
Font size
WorksheetsKUIZ PERIBAHASA
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Langkah kanan bermaksud ___________________.
melangkah dengan kaki kanan
bernasib baik
seorang yang sopan
Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.
seperti isi dengan kuku
seperti aur dengan tebing
seperti bulan di pagar bintang
bagai pinang dibelah dua
Pak Mail selalu bercucuk tanam apabila mempunya masa terluang. Pak Mail seorang yang ______________________.
bijak seperti pendeta
baik seperti malaikat
rajin seperti semut
Persembahan tarian zapin yang dipersembahkan oleh murid-murid Kelab Kebudayaan SK Bukit Beruntung 2 itu menjadi __________________ kami.
halwa telinga
halwa mata
halwa betik
Program Motivasi itu berjalan _____________________ kerana mendapat sokongan semua pihak.
lancar seperti air
besar seperti gajah
lambat seperti siput
Nyatakan peribahasa yang betul berdasarkan maksud yang diberi ini.
Kata sepakat yang dicapai melalui muafakat.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Bagai isi dengan kuku.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud berbesar hati ialah
perasaan kagum akan sesuatu
bangga atau gembira
dukacita
Puan Rohana memberi ibu sebiji labu sayong sebagai ________________ ketika beliau bercuti di Perak.
tanda nama
tanda ingatan
tanda mata
Encik Razak _____________________ untuk pulang awal kerana dia ada hal kecemasan.
undur diri
minta diri
minta hadiah
Nur Amanina seorang yang __________________________________ kerana walaupun dia seorang yang pandai tetapi sentiasa merendah diri dan suka menolong rakannya dalam pelajaran.
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
muafakat membawa berkat
mengikut resmi padi, makin berisi makin menunduk
