wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA GANDA SEPARA

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah Kata Ganda Separa?

a)

kuih-muih

b)

kura-kura

c)

tetikus

d)

pelatih-pelatih

2.

Antara yang berikut, yang manakah BUKAN Kata Ganda Separa?

a)

bebalang

b)

bukit-bukau

c)

jejari

d)

dedaun

3.

Adik menekan _________ komputer itu dengan cermat semasa mencari maklumat di internet.

a)

tetikus

b)

lelabah

c)

kekura

d)

kekuda

4.

Pak Leman menggunakan ______ untuk mengukur sudut tepat pada meja yang dibuatnya itu.

a)

bebola

b)

jejari

c)

lelabi

d)

sesiku

5.

________ mawar yang berwarna-warni menghiasi pentas Anugerah Pelajar Cemerlang itu.

a)

Bebunga

b)

Dedaun

c)

Bebayang

d)

Pepohon

6.

Pilih ayat yang menggunakan Kata Ganda Separa.

a)

Gunung-ganang di Malaysia sangat cantik.

b)

"Wah, sedapnya kuih-muih yang dijual di kedai itu!" kata Siti kepada ibunya.

c)

Bumbung akan dipasang tetulang apabila rumah itu siap dibina.

7.

Pilih ayat yang TIDAK mengandungi Kata Ganda Separa.

a)

Ideanya telah ditolak bulat-bulat oleh majikannya.

b)

Pak Chee suka makan sup bebola ikan.

c)

Pawagam menjadi terang-benderang setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

d)

Kilang simen itu mengeluarkan berkepul-kepul asap ke udara.

8.

Hasan sangat pandai mengawal ________ di langit.

a)

sesawang

b)

kekuda

c)

kekabu

d)

lelayang

9.

Pakcik Isa dan Humairah sedang membersihkan ______ di dalam garaj kereta.

a)

jejentik

b)

sesawang

c)

lelangit

d)

labah-labah

10.

Mak Limah mengisi sarung bantal kepunyaan anaknya itu dengan _______.

a)

dedaun

b)

kekabu

c)

pepijat

d)

lelaki