wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah Bab 5 Tingkatan 2

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka ialah sekitar tahun

a)

1400

b)

1500

c)

1600

d)

1900

2.

Mengapakah Parameswara memilih Melaka untuk dijadikan sebagai sebuah kerajaan?

a)

Kaya dengan hasil bumi

b)

Kedudukan yang strategik

c)

Sesuai untuk mendirikan penempatan

d)

Banyak tumbuhan semulajadi untuk menjana ekonomi

3.

Apakah kepentingan pokok bakau kepada Melaka?

a)

Benteng pertahanan

b)

Perlindungan semula jadi

c)

Petunjuk kepada pelayar

d)

Bekalan hasil perdagangan

4.

Apakah kepentingan bentuk muka bumi yang berbukit bukau di Melaka?

a)

Menjadi benteng pertahanan

b)

Memajukan bidang pertanian

c)

Memudahkan urusan jual beli

d)

Menjadi panduan kapal dagang

5.

Apakah nama sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sistem pembesar lapan lipatan

b)

Sistem pembesar empat lipatan

c)

Sistem pembesar enam belas lipatan

d)

Sistem pembesar tiga puluh dua lipatan

6.

Pemerintah Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar berempat untuk ditadbir. Kawasan tersebut dikenali sebagai

a)

Kawasan pegangan

b)

Kawasan pemakanan

c)

Kawasan perlindungan

d)

Kawasan pungutan cukai

7.

Antara berikut yang manakah menunjukkan peranan Bendahara dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Pemungut hasil

b)

Penasihat raja

c)

Penguasa bandar

d)

Pengawal peribadi raja

8.

Antara berikut, apakah tugas utama para pembesar dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjaga kesihatan raja

b)

Membawa tenaga buruh dari luar

c)

Mengutip cukai melalui sistem serah

d)

Membekalkan tentera untuk tujuan peperangan

9.

Hukum Kanun Melaka ditulis semasa pemerintahan

a)

Sultan Alauddin Riayat Shah

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Mansur Shah

d)

Sultan Muzaffar Shah

10.

Apakah kepentingan Undang-undang Laut Melaka dalam aktiviti perdagangan di Melaka?

a)

Urus niaga berjalan dengan lancar

b)

Keselamatan rakyat jelata terpelihara

c)

Dasar monopoli perdagangan terjamin

d)

Pelbagai kemudahan disediakan di pelabuhan

11.

Bagaimanakah negeri Patani, Kedah dan Lingga diletakkan di bawah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kejujuran

b)

Penaklukan

c)

Kerelaan

d)

Perkahwinan

12.

Antara berikut sultan Melaka manakah yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi ?

a)

Parameswara

b)

Sultan Mansur Shah

c)

Sultan Iskandar Shah

d)

Sultan Muzaffar Shah

13.

Bagaimanakah cara Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan agama Islam di Alam Melayu.

a)

Perkahwinan

b)

Perluasan kuasa

c)

Pemberian ganjaran

d)

Pembinaan sekolah agama

14.

Kapal kecil yang digunakan di pelabuhan Melaka ialah

a)

Jong

b)

Baluk

c)

Lancang

d)

Bahtera

15.

Apakah tanggungjawab Syahbandar seperti yang termaktub dalam Hukum Kanun Melaka?

a)

Menjaga kebajikan penduduk tempatan

b)

Menjaga kebersihan kawasan pelabuhan

c)

Mengawal keluar masuk pedagang luar

d)

Memeriksa alat timbang di pelabuhan

16.

Apakah peranan Orang Laut dalam memajukan perdagangan di pelabuhan Melaka?

a)

Penunjuk arah kepada pedagang yang berdagang di Melaka

b)

Memunggah barang dagangan di pelabuhan

c)

Menyediakan khidmat membaiki kapal

d)

Memungut cukai di pelabuhan

17.

Apakah kesan hubungan baik antara Melaka dengan Siam?

a)

Menjamin keselamatan

b)

Mendapat perlindungan

c)

Menguasai jalan perdagangan

d)

Memperoleh bekalan kayu jati

18.

Apakah kepentingan kurniaan Kerajaan China kepada Melaka?

a)

Mendapat pengiktirafan

b)

Meluaskan tanah jajahan

c)

Memajukan perdagangan

d)

Menyeragamkan pentadbiran

19.

Apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan Kerajaan Kesutanan Melayu Melaka pada awal abad ke-16?

a)

Dasar perdagangan

b)

Masalah perpaduan

c)

Masalah kepimpinan

d)

Pemberontakan penduduk

20.

Setelah pusat pemerintahannya di Bentan dimusnahkan oleh Portugis, Sultan Mahmud akhir berundur ke ..................

a)

Linggi

b)

Pagoh

c)

Kampar

d)

Siak