Font size
WorksheetsSejarah Ting 5 Bab 7
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Perpaduan dan integrasi merupakan dua konsep yang saling berkait rapat melalui dua proses yang berbeza.
Kedua-dua konsep adalah berteraskan
(Pilih dua jawapan sahaja)
Perpaduan Kaum
Perlembagaan Persekutuan
Rukun Negara
Pendidikan
Apakah kesan Sistem Pendidikan akibat dasar pentadbiran British di negara kita?
mengeratkan perpaduan rakyat
mengukuhkan kedudukan raja
mewujudkan perbezaan pemikiran di kalangan rakyat
memartabatkan bahasa kebangsaan
Usaha memartabatkan perpaduan dan integrasi nasional dilaksanakan secara konsisten.
Apakah langkah awal yang dilaksanakan untuk memupuk perpaduan kaum dari aspek politik?
Menyelaraskan perkhidmatan awam antara negeri
Membentuk gabungan parti politik
Mewartakan draf Rukun Negara
Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara
Apakah yang menjadi isu hangat perbincangan Majlis Perundingan Negara?
Raja berperlembagaan
Demokrasi
Kemajuan ekonomi
Perpaduan kaum
Bagaimanakah kerajaan memupuk perpaduan melalui pendidikan?
Menutup sekolah vernakular
Membuka sekolah vokasional
Memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
Membuka peluang pekerjaan baru
Akta Pelajaran 1961 telah digubal berasaskan syor-syor Laporan Rahman Talib 1960.
Apakah syor Laporan tersebut?
(Pilih dua jawapan sahaja)
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Kurikulum sama bagi semua jenis sekolah
Penekanan mata pelajaran Sains
Kursus Kemahiran diperkenalkan
Apakah tujuan penubuhan Jawatankuasa Kabinet 1974?
memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan
menilai keberkesanan bahasa kebangsaan
mengkaji semula pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan
menyemak dasar pendidikan kebangsaan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Dasar Pendidikan yang memperkenalkan kurikulum tersebut ialah :
Laporan Rahman Talib
Kajian Aminuddin Baki
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Penyata Razak
Berikut merupakan langkah-langkah yang diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi kecuali
penubuhan UPM sebagai pusat keilmuan
pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan
memperkasa bahasa Melayu di sekolah
peranan DBP sebagai pusat perkembangan bahasa
Akta Bahasa Kebangsaan telah digubal di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan berkuatkuasa pada 1 Julai 1971.
Bagaimanakah usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu dilaksanakan?
(Pilih dua jawapan sahaja)
Menggunakannya di mahkamah
Menggunakannya dalam iklan
Menutup sekolah vernakular
Melancarkan slogan "Bahasa Jiwa Bangsa"
Apakah kesan pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan 1967?
Bahasa Melayu digunakan di mahkamah
Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahasa Melayu wajib diajar di semua sekolah
Kedudukan Bahasa Melayu semakin kukuh
Mengapakah Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan?
menanamkan taat setia rakyat
mengekalkan identiti negara
menyemai semangat patriotik
mencapai kedaulatan negara
Prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah
(pilih dua jawapan)
unsur kebudayaan moden diterapkan
kebudayaan rakyat asal menjadi tunjang
unsur kebudayaan lain yang sesuai diterima
unsur kebudayaan Barat yang sesuai turut diterapkan
Antara matlamat utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah
melahirkan penggiat seni
mengendalikan program Citrawarna
mempromosikan bidang pelancongan
memperkukuhkan perpaduan bangsa
Sukan Malaysia (SUKMA) diadakan dua tahun sekali.
Apakah kepentingan sukan tersebut kepada kita?
mengukuhkan hubungan negeri
merupakan suntikan ekonomi
memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional
menyemarakkan semangat patriotik
Anda merupakan seorang ketua rumah sukan di sekolah anda.
Apakah peranan anda sebagai seorang ketua rumah sukan yang terdiri daripada pelbagai kaum?
(Pilih dua jawapan sahaja)
Bersorak dan memberikan sokongan kepada semua atlet
Bekerjasama dengan semua ahli supaya mencapai kejayaan
Tidak mewujudkan semangat setia kawan dan berpasukan
Hanya mementingkan kemenangan sahaja
Sukan merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang penting di sekolah.
Apakah tujuan utama Dasar 1 Murid 1 Sukan?
Melahirkan sukarelawan sukan
Memupuk semangat setia kawan
Mencapai markah kokurikulum yang tinggi
Menceburi salah satu bidang sukan yang digemari
X - Dibentuk selepas peristiwa 13 Mei 1969 untuk membimbing rakyat ke arah perpaduan.
Apakah X?
Majlis Amanah Rakyat
MAGERAN
Majlis Perundingan Negara
Rukun Negara
Apakah matlamat penubuhan Rukun Negara?
(Pilih dua jawapan sahaja)
Memberi kebebasan mutlak
Mencipta masyarakat yang adil
Membina masyarakat yang progresif
Menanamkan taat setia kepada negara
Mengapakah rakyat Malaysia perlu menghayati prinsip Rukun Negara?
Memupuk semangat persaingan
Asas kepada sistem demokrasi
Memupuk perpaduan
Menjamin keadilan
