NEW
Font size
WorksheetsPENANDA WACANA
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Alia mendapati dompetnya hilang. ______ dompetnya tercicir atau tersalah
letak.
Justeru
Mungkin
Akhirnya
Kemudian
Setelah ditanya oleh ayah, ______ abang mengaku menumbuk Alif Haikal.
lagipun
mungkin
akhirnya
kemudian
Nurul Aina tidak hadir ke sekolah pada hari ini. ______ dia sakit gigi.
Lagipun
Mungkin
Akhirnya
Kemudian
Lapan orang peserta menarik diri. ______, program lawatan itu terpaksa
dibatalkan,
Jadi
Justeru
Mungkin
Sebaliknya
Dato’ Khir menyampaikan ucapan. ______, beliau merasmikan laman web
syarikat itu.
Namun
Mungkin
Meskipun
Seterusnya
Jamil belum menghantar borang penyertaan pertandingan mengarang ________ tarikh tutup semakin hampir.
justeru
lagipun
namun
walhal
_________ membeli kereta, memiliki basikal _____ dia tidak mampu.
Baik …pun
Jangankan…pun
Walaupun…bahkan
Walaupun…namun
Azah kelihatan mengantuk lagi. ____ dia menolong ibunya di warung sehingga lewat malam.
Kemudian
Namun
Mungkin
Selain itu
Mula-mula basuh beras itu bersih-bersih. ____________ sukat air secukupnya.
Namun
Oleh itu
Kemudian
Dengan demikian
Rohaya seorang murid yang rajin dan berdisiplin. ___________ dia sentiasa
mendapat pujian daripada guru-gurunya.
Selain itu
Oleh sebab itu
Namun demikian
Biarpun demikian
Cikgu Salman selalu memarahi murid-muridnya. _______________ , murid-murid menghormatinya kerana beliau seorang guru yang berdedikasi.
Selain itu
Namun begitu
Oleh sebab itu
Lebih-lebih lagi
Sejak kecil lagi Pak Udin memang gerun ke laut, ____________ pada usianya yang semakin lanjut ini.
walaupun begitu
namun demikian
lebih-lebih lagi
selepas itu
Kerajaan terpaksa menangguhkan banyak projek kerana kegawatan ekonomi. ______________, program membantu rakyat miskin tetap dilaksanakan.
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Walaupun demikian
Oleh sebab itu
Berita yang disampaikannya sungguh mengejutkan saya. _____________, saya mencuba sedaya upaya unuk bertenang.
Namun demikian
Selepas itu
Oleh itu
Justeru
Pelajar yang bermasalah itu diminta menceritakan hal yang sebenarnya.
___________, diberi nasihat.
Mungkin
Selain itu
Selepas itu
Lebih-lebih lagi
Kami membawa murid-murid melawat ke Bandar Melaka untuk melihat kesan peninggalan sejarah . _________, kami bercadang akan berkelah di Tanjung
Bidara.
Selain itu
Lebih-lebih lagi
Biarpun demikian
Namun demikian
Kehidupan Mak Kiah diibaratkan bagai kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. ___________, semangatnya masih kukuh untuk membesarkan anakanaknya.
Biarpun demikian
Lebih-lebih lagi
Oleh itu
Mungkin
Simpan semua buku sekarang, ______ kita akan mengadakan kuiz teka silang
kata.
kemudian
akan tetapi
selanjutnya
namun begitu
Pergi mandi dahulu. _______ bersedia untuk ke kelas piano.
Selepas itu
Namun begitu
Oleh sebab itu
Tambahan pula
Orang ramai merungut kerana harga barang semakin naik. ____________,
harga barangan keperluan.
Tambahan pula
Oleh sebab itu
Namun begitu
Lebih-lebih lagi
Hasil lukisan Suhada tidak pernah berjaya memenangi anugerah. ______,
semangat untuk terus melukis tidak pernah pudar.
Oleh itu
Biarpun demikian
Kalau begitu
Lebih-lebih lagi
Setelah tiga hari berturut-turut Karim dan kawan-kawannya mendaki gunung itu, ______ mereka sampai juga di puncaknya.
akhirnya
namun
di samping itu
oleh yang demikian
"Amalina telah diserang demam campak. ______, dia tidak hadir ke sekolah,"kata adiknya kepada Cikgu Nurhisyam.
Oleh sebab itu
Di samping itu
Semenjak itu
Sebaliknya
Suatu kebakaran besar telah berlaku di Tanjung Sepat. ______ tiada
kemalangan jiwa dilaporkan.
Walau bagaimanapun
Namun demikian
Lantaran itu
Jika begitu
Jamal mendapat gred 3A 2B dalam Ujian Percubaan UPSR. ______,
semangatnya masih kental untuk berusaha.
Oleh itu
Kalau begitu
Oleh sebab itu
Biarpun demikian
Alif Farhan seorang pemuda yang cacat. ______, dia tidak pernah
mengharapkan belas kasihan daripada orang lain.
Sungguhpun demikian
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Kalau begitu
"Ayah dan Encik Jamil sedang berbincang di ruang tamu. ______, lebih baik kita berbual-bual di halaman rumah sahaja,"kata Raju kepada Moorthy.
Biarpun demikian
Kalau begitu
Oleh itu
Lebih-lebih lagi
Basikal Leong Jim Jee terbabas ketika dia melalui selekoh yang licin itu. ______, dia juga terlanggar sebatang pokok.
Biarpun demikian
Dalam pada itu
Kalau begitu
Oleh itu
Adik Dahlia suka menonton filem rencana. ______ yang berkaitan dengan
hidupan liar yang terdapat di Benua Afrika.
Tambahan lagi
Meskipun begitu
Biarpun demikian
Lebih-lebih lagi
Saya pernah bertemu muka dengan Jestina Lim. ______, saya faham akan
sikapnya.
Biarpun demikian
Kalau begitu
Jadi
Justeru
Tok Ali tidak dapat melihat dengan jelas. ______________ apabila tulisan itu kecil.
Tambahan pula
Lebih-lebih lagi
Oleh sebab itu
Mungkin
Amirah berlatih siang dan malam. ___________, dia berharap dapat memenangi pertandingan syarahan itu.
Justeru
Kemudian
Oleh sebab itu
Dengan demikian
Zarina tidak pernah melupai jasa ibu bapanya. __________, dia berjanji akan belajar bersungguh-sungguh untuk membalas jasa mereka.
Sungguhpun demikian
Seterusnya
Oleh itu
Lagipun
Asraf gagal lagi dalam permohonan biasiswa. _____, dia terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di luar negara.
Dengan demikian
Justeru
Selepas itu
Kalau begitu
Setelah berkali-kali mencuba membuat kek coklat tanpa putus asa, ____________ emak berjaya juga.
oleh sebab itu
akhirnya
lantaran itu
kemudiannya
Puan Kalsom sungguh sibuk dengan tugasnya sebagai Guru Besar. ____________, dia tidak ada masa untuk menguruskan rumah tangganya.
Lantaran
Akhirnya
Di samping itu
Justeru
Encik Dahlan tegas dan tidak suka bercakap banyak. __________, dia sabar melayan kerenah anak-anaknya.
Walau bagaimanapun
Sebelum itu
Seterusnya
Oleh itu
_____________ sudah lewat malam, dia akan pergi juga memanggil doktor
kerana keadaan bapanya semakin tenat.
Justeru
Tambahan pula
Oleh itu
Kendatipun
Sekali-kali tidak pernah saya mencaci dia, ___________ saya puji dia.
malahan
mungkin
lagipun
jadi
Ayah kelihatan terlalu uzur. __________, dia tetap membanting tulang empat keratnya untuk mencari rezeki demi anak-anaknya.
Kalau begitu
Lantaran itu
Namun demikian
Lebih-lebih lagi
