WorksheetsLatihan Ulangkaji Perniagaan-Bab 4a(Ting.5)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Antara berikut,yang manakah merujuk kepada kos tetap?
A Jumlahnya akan bertambah apabila volum pengeluaran bertambah
B Tidak perlu dibayar jika tiada pengeluaran
C Kos tetap walaupun pengeluaran berubah
D Dipengaruhi oleh tingkat pengeluraran
Pernyataan berikut merujuk kepada kos berubah. Antara berikut yang manakah benar tentang kos berubah?
A Perlu dibayar walaupun tiada pengeluaran
B Tidak dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran
C Jumlahnya sentiasa sama walaupun pengeluaran bertambah atau berkurang.
D Dipengaruhi oleh tingkat pengeluaran
Pihak yang berkepentingan kepada Penyata Kewangan sesebuah perniagaan terdiri daripada...
I Pemilik
II Pelabur
III Pihak Kastam
IV Pembeli
A I dan II
B Idan IV
C II dan III
D III dan IV
Mengapakah maklumat Penyata Kewangan berkepentingan kepada institusi kewangan?
A Untuk mengetahui keberuntungan perniagaan
B Mengetahui kemampuan perniagaan membayar hutang
C Untuk meyakinkan pelabur untuk melabur dalam perniagaan
D Menilai prestasi perniagaan
- Menilai prestasi perniagaan
- Membuat pertimbangan untuk pemberian ganjaran
seperti bonus dan dividen
Pernyataan merujuk kepada pihak yang berkepentingan kepada Penyata Kewangan iaitu......
A pemilik
B pelabur
C pihak pengurusan
D pembekal
Pernyataan yang manakah benar tentang Titik Pulangan Modal (TPM)?
A Satu tahap kuantiti pengeluaran di mana jumlah hasil jualan adalah sama dengan jumlah kos
B Perniagaan akan memperoleh lebihan sekiranya jumlah penerimaan melebihi pembayaran
C Jumlah pengeluaran yang kurang daripada titik pulangan modal akan menyebabkan perniagaan mengalami keuntungan
D mengukur prestasi perniagaan melalui perbandingan antara jumlah kos tetap dan jumlah kos berubah
Apakah kepentingan nisbah kecairan kepada sesebuah perniagaan?
A Mengukur kemampuan perniagaan memperoleh keuntungan
B Menunjukkan kemampuan perniagaan membayar hutang dengan segera
C mengukur kemempuan perniagaan mengurus sumber perniagaan secara berkesan dan cekap
D Menunjukkan kemampuan perniagaan menguruskan aset dalam usaha untuk menjana keuntungan
Penyata kewangan boleh ditafsirkan dengan menggunakan tiga jenis nisbah asas. Apakah kategori jenis nisbah asas bagi pusing ganti stok?
A Analisis nisbah modal
B Analisis nisbah untung
C Analisis nisbah kecairan
D Analisis nisbah kecekapan
Rumus yang manakah betul untuk menghitung peratusan untung tokokan?
A Untung kasar / Jualan bersih x 100%
B Untung kasar / Kos jualan x 100%
C Untung bersih / Jualan bersih x 100%
D Untung bersih / Modal awal x 100%
Berikut adalah analisis nisbah untung kecuali....
A nisbah semasa
B peratusan margin untung kasar
C peratusan margin untung bersih
D peratusan untung tokokan
