wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TH5: YDPA TERAS KEDAULATAN NEGARA (S.P 8.1.3, 8.1.4)

Total questions: 10

Worksheet time: 3mins

Name
Class
Date
1.

Yang di-Pertuan Agong yang dipilih dimasyhurkan dalam majlis istiadat pertabalan yang penuh gemilang di ______.

a)

Istana Seri Menanti

b)

Pejabat Pentadbiran Putrajaya

c)

Istana Negara

d)

Bangunan Parlimen

2.

Terdapat lima kronologi dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Kronologi yang KETIGA ialah :

a)

Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan.

b)

Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah memegang jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja.

c)

Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada majlis istiadat pertabalan.

d)

Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan yang disembahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

3.

Apakah maksud "Watikah"?

a)

Surat saman

b)

Surat tauliah atau surat kuasa

c)

Surat berhenti kerja

d)

Surat layang

4.

Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan terlebih dahulu sebelum majlis istiadat pertabalan.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Sebagai Ketua Utama Negara, bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong ialah:

a)

perundangan, eksekutif dan kedaulatan

b)

pegawai eksekutif, hakim dan kehakiman

c)

perundangan, eksekutif dan kehakiman

d)

kehakiman, exco dan perubatan

6.

Apakah maksud "Memperkenankan"?

a)

Izin atau persetujuan oleh pihak polis

b)

Tidak bersetuju dengan arahan atau penguatkuasaan

c)

Izin yang diberikan oleh raja supaya arahan sesuatu undang-undang dapat dilaksanakan

d)

Membenarkan pemerintahan kerajaan berjalan dengan adil dan saksama

7.

Terdapat lapan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong. Yang mana satukah bukan bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong?

a)

Melantik Perdana Menteri dan anggota kabinet Malaysia

b)

Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera

c)

Mengurniakan hadiah ulang tahun kelahiran kepada rakyat jelata

d)

Merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

8.

Apakah maksud "bumiputera"?

a)

Pendatang asing

b)

Penduduk asli

c)

Warga asing

d)

Putera puteri bumi

9.

Rang Undang-undang disediakan oleh menteri dan dibahaskan di Parlimen.

Setelah diluluskan, Yang di-Pertuan memberikan perkenan dan menurunkan Mohor Besar Raja-raja.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Yang di-Pertuan Agong ialah ketua agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri tidak beraja iaitu:

a)

Pulau Pinang, Melaka, Terengganu dan Selangor

b)

Wilayah Persekutuan, Melaka, Perlis dan Pahang

c)

Perak, Pahang, Kelantan dan Wilayah Persekutuan

d)

Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutuan