NEW
Font size
WorksheetsAYAT PERINTAH
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Ayat suruhan bertujuan untuk_____________________________
mengajak seseorang
meminta tolong
memberikan arahan
Ayat larangan ialah ayat dengan kata larangan ______________ dan ____________ yang bertujuan untuk menegah seseorang melakukan sesuatu
jangan , usah
sila , tolong
jemput , jangan
Ayat silaan ialah ayat dengan kata silaan seperti sila dan ______________ yang bertujuan untuk mempersilakan seseorang.
tolong
jangan
jemput
Ayat permintaan ialah ayat dengan kata permintaan seperti __________ dan tolong yang bertujuan untuk memohon pertolongan atau membuat permintaan.
sila
minta
jangan
"_____________________ perhatian semua. Di sini, kita akan melihat kehidupan dan budaya lima etnik utama Sabah." Kata Cikgu kepada murid-muridnya.
Tolong
Jemput
Minta
"Baiklah,murid-murid. ________________ beratur sebelum masuk ke dalam. Tunjukkanlah kelakuan yang baik sepanjang lawatan ini. _________________ sentuh barangan yang dipamerkan." Kata Cikgu kepada murid-muridnya semasa lawatan itu.
Jangan , Minta
Sila , Tolong
Sila, Usah
___________________ buang sampah merata-rata. Buanglah sampah di tempat yang disediakan.
Jangan
Sila
Tolong
_________________ beritahu kawan-kawan tentang peraturan tersebut.
Jemput
Tolong
Usah
Tolong rebuskan jagung ini.
Ayat larangan
Ayat permintaan
Ayat silaan
Jangan bising ketika ibu sedang solat.
Ayat larangan
Ayat silaan
Ayat suruhan
