wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

YANG DI-PERTUAN AGONG (BAHAGIAN 2)

Total questions: 20

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Ketua Utama Negara Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

Sultan

c)

Yang Di-Pertuan Agong

d)

Yang Di-Pertua Negeri

2.

Siapakah nama Yang di-Pertuan Agong pada masa kini?

a)

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

b)

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah

c)

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

d)

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah

3.

Yang di-Pertuan Agong pada masa kini berasal dari negeri mana?

a)

Kelantan

b)

Perlis

c)

Johor

d)

Pahang

4.

Berapa lamakah tempoh Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan tersebut?

a)

4 tahun

b)

5 tahun

c)

6 tahun

d)

3 tahun

5.

Berikut adalah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong kecuali

a)

ketua agama Islam

b)

Melantik Perdana Menteri

c)

Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia

d)

Mentadbir Negara

6.

Acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang pertama ialah _______

a)

Yang di- Pertuan Agong mengucup Keris Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara.

b)

Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama.

c)

Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah memegang jawatan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

7.

Acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang kedua ialah _______

a)

Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan yang disembahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

b)

Perdana Menteri membacakan watikah Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan.

c)

Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada majlis istiadat pertabalan.

8.

Acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ketiga ialah _______

a)

Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah memegang jawatan.

b)

Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan.

c)

Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan.

9.

Acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang keempat ialah _______

a)

Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah memegang jawatan.

b)

Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan.

c)

Yang di-Pertuan Agong menandatangani surat sumpah memegang jawatan.

d)

Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada majlis istiadat pertabalan.

10.

Acara Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang kelima ialah _______

a)

Yang di-Pertuan Agong melafazkan sumpah memegang jawatan.

b)

Perdana Menteri membacakan Watikah Pengisytiharan di hadapan Yang di-Pertuan Agong pada majlis istiadat pertabalan.

c)

Yang di-Pertuan Agong melafazkan ikrar untuk menjalankan pemerintahan yang adil dan saksama pada majlis istiadat pertabalan.

d)

Yang di-Pertuan Agong mengucup Keris Kerajaan sebagai Ketua Utama Negara pada majlis istiadat pertabalan.

11.

Negara kita mengamalkan Sistem _________________________.

a)

Pemerintahan beraja

b)

Raja Berperlembagaan

c)

Raja berkuasa mutlat

12.

Yang di-Pertuan Agong akan menjalankan pemerintahan kerajaan berdasarkan ______________

a)

Perlembagaan Persekutuan

b)

Istana Negara

c)

kabinet

13.

Sebagai Ketua Utama Negara, bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong merangkumi ____________ , ____________ dan ____________ .

a)

perundangan

b)

eksekutif

c)

keadilan

d)

kehakiman

14.

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua Agama Islam bagi negeri baginda dan negeri-negeri ________________.

a)

Melayu bersekutu

b)

tidak beraja

c)

Melayu Tidak Bersekutu

15.

Siapakan yang melantik Perdana Menteri dan anggota kabinet Malaysia?

a)

Sultan

b)

Ratu Elizabeth

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

wakil rakyat

16.

Siapakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Yang di-Pertuan Agong

17.

Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen perlu mendapat perkenan _____________.

a)

Yang di-Pertuan Agong

b)

Yam Tuan Besar

c)

Ketua Hakim Negara

18.

Darjah kebesaran, bintang dan pingat dikurniakan oleh _______________________.

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Agama Islam

c)

Yang di-Pertuan Agong

19.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk memanggil, menangguh dan _________________ Parlimen.

a)

membubarkan

b)

membukakan

c)

menutup

d)

menghapuskan

20.

Watikah bermaksud ________________________ .

a)

Surat saman

b)

Surat tauliah atau surat kuasa

c)

surat perpindahan

d)

warkah buat ayah dan bonda