Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Teka Teki

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Banyak orang berasa pelik kerana kanak yang sekecil itu boleh menyelesaikan masalah yang susah tersebut; jadi _____.

a)

Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa

b)

Kecil kecil anak harimau

c)

Bapa borek, anak rintik

d)

Lagi murah, lagi tawar

2.

Encik Haril cuba semua usaha membantu keluarga abangnya yang ditimpa malang, _____.

a)

Jangan berkemudi dihaluan

b)

Jauh dimata dekat di hati

c)

Mengajar itik berenang

d)

Ibarat perahu takkan karam sebelah

3.

Jikalau tuan tajuk cendana,

Ambil gantang sukatkan pulut,

Jikalau tuan bijak laksana,

Binatang apa tanduk di mulut?

a)

Gajah

b)

Kuda

c)

Badak

d)

Nyamuk

4.

Sukar untuk mengajar Naim kerana dia _____.

a)

Otak cair

b)

Otak kuning

c)

Otak udang

d)

Patah hati

5.

Burung nuri burung dara,

Terbang ke sisi taman kayangan,

Cubalah cari wahai saudara,

makin diisi makin ringan?

a)

Kapas

b)

Botol

c)

Bantal

d)

Belon

6.

Hari-hari ke rumah Cik Hitam,

Melihat orang memotong tebu,

Apa binatang darahnya hitam,

Janggut delapan tulangnya satu?

a)

Ulat

b)

Udang

c)

Sotong

d)

Ikan

7.

Ada sebiji roda pedati

Bentuknya bulat daripada besi

Bila bermain diikat sekuat hati

Dilempar hidup dipegang mati?

a)

Layang-layang

b)

Gasing

c)

Tarik tali

d)

Wau

8.

Dina _____ kerana dia tidak boleh tahan dengan cuaca panas

a)

Ambil hati

b)

Puteri lilin

c)

Rambang mata

d)

Rendah diri

9.

Walau dibungkus bukan kiriman,

Sudah takdir tuhan yang satu,

Meski ditanam bukan tanaman,

Cubalah teka apakah itu?

a)

Pokok bunga

b)

Mayat

c)

Gigi

d)

Surat

10.

Budak-budak bermain batu

Batu dikira satu persatu

Badannya lurus bermata satu

Ekornya tajam apakah itu?

a)

Tiang

b)

Kayu

c)

Jarum

d)

Kipas

11.

Jika ke kedai pergi berbelanja

Belikan saya sudu dan senduk

Jika pandai katakan ia

Semakin berisi semakin menunduk?

a)

Padi

b)

Pokok mangga

c)

Pokok kelapa

d)

Cendawan

12.

Kelakuan ketua itu seperti _____ kerana setelah habis semua kerja, khidmat Khairul tidak diperlukan lagi.

a)

Isi dada bekal berjalan

b)

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

c)

Habis madu sepah dibuang

d)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

13.

Tuan puteri belajar menari

Tari diajar oleh Pak Harun

Kalau Tuan bijak bestari

Apa yang naik tak pernah turun?

a)

Meter

b)

Umur

c)

Rumah

d)

Motosikal

14.

Ali mempunyai lima orang anak lelaki . Setiap lima orang anak lelakinya mempunyai seorang adik perempuan. Ali mempunyai berapa orang anak?

a)

Lima

b)

Sepuluh

c)

Enam

d)

Sembilan

15.

Bunga apa yang disiram akan mati ?

a)

Bunga raya

b)

Bunga api

c)

Bunga matahari

d)

Bunga orkid

16.

Syamir dikatakan _____ kerana cuba mendekati Arina walaupun perempuan itu tidak suka dia.

a)

Hendak terbang tiada bersayap

b)

Dari mata turun ke hati

c)

Hilang dimata, dihati jangan

d)

Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

17.

Ibu Andi memiliki 3 orang anak, yang pertama bernama Radi, kedua Rudi. Siapakah yang ketiga?

a)

Rodi

b)

Azli

c)

Andi

d)

Adli

18.

Apabila turun ia lambat,bila naik ia cepat?

a)

Meter

b)

Hingus

c)

Hujan

d)

Mengembara

19.

Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?

a)

Karipap

b)

Donut

c)

Buah melaka

d)

Samosa

20.

Apa benda kalau pecah baru berguna?

a)

Pinggan

b)

Gelas

c)

Telur

d)

Cermin