wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 7: 7.1&7.2 (SEJ KSSM TING 5)

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah takrif integrasi nasional dalam proses pembangunan negara?

a)

Perpaduan rakyat yang erat

b)

Ketelusan dalam kepimpinan

c)

Pembebasan tanah air daripada penjajahan

d)

Hubungan masyarakat antara negeri dengan wilayah

2.

Senarai berikut berkaitan dengan sistem ekonomi British di Tanah Melayu.

i. Ekonomi komersial

ii. Ekonomi tradisional

Apakah pentadbiran British yang memperkenalkan sistem ekonomi tersebut?

a)

Sistem Beraja

b)

Sistem Residen

c)

Sistem Penasihat

d)

Sistem Persekutuan

3.

Bagaimanakah penjajahan British membawa kesan kepada perkembangan masyarakat negara kita yang berbilang kaum?

a)

Tidak patriotik

b)

Mementingkan diri sendiri

c)

Kurang berinteraksi antara satu sama lain

d)

Menolak usaha integrasi nasional

4.

Apakah persamaan sumbangan agensi kerajaan berikut?

i. Jabatan Perpaduan Negara

ii. Majlis Muhibah Negara

iii. Majlis Perundingan Negara

a)

Memajukan sosioekonomi

b)

Membangunkan pendidikan

c)

Memperkasakan perpaduan

d)

Mempertingkatkan prasarana

5.

Apakah matlamat pembentukan gabungan parti politik pelbagai kaum?

a)

Mewujudkan keharmonian dan kestabilan politik

b)

Memupuk identiti kebangsaan

c)

Menggalakkan perasaan muhibah antara masyarakat

d)

Integrasi nasional antara negeri

6.

Kerajaan telah berusaha untuk meningkatkan kemakmuran ekonomi rakyat dan negara. Apakah dasar pembangunan ekonomi yang terlibat?

I. Dasar Bumi Hangus

II. Dasar Kawalan Ekonomi

III. Dasar Pembangunan Nasional

IV. Dasar Ekonomi Baharu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membuka petempatan khas

b)

Mengurangkan kemasukan imigran

c)

Memperluaskan kawasan pertanian

d)

Menyelaraskan perkhidmatan awam

8.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum?

a)

Mengukuhkan sistem pendidikan

b)

Menggalakkan penglibatan sukan

c)

Mengamalkan kebudayaan kebangsaan

d)

Memperkenalkan Rukun Negara

9.

Maklumat berikut berkaitan dengan usaha memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional.

1970: Dasar Ekonomi Baru

1990: Dasar Pembangunan Nasional

Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui usaha tersebut?

a)

Pengenalan bidang perindustrian dan perdagangan

b)

Peningkatan pelaburan asing

c)

Kemakmuran ekonomi rakyat dan negara

d)

Memupuk keharmonian dan perpaduan kaum

10.

Maklumat berikut menunjukkan antara dasar sosial yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan perpaduan rakyat.

# Dasar Pendidikan Kebangsaan

# Rukun Negara

# X

Apakah X?

a)

Parti politik

b)

Pilihan raya

c)

Perlembagaan

d)

Akta Bahasa Kebangsaan

11.

Senarai berikut berkaitan dengan cadangan untuk memperkukuhkan perpaduan melalui pendidikan.

# Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

# Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat

Apakah jawatankuasa yang membuat cadangan tersebut?

a)

Jawatankuasa Razak

b)

Jawatankuasa Kabinet

c)

Jawatankuasa Rahman Talib

d)

Jawatankuasa Fenn-WU

12.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Kajian Aminuddin Baki tentang sistem pendidikan kebangsaan?

a)

Kokurikulum

b)

KBSR dan KBSM

c)

Sekolah Vokasional

d)

Pengajaran bahasa Melayu

13.

Mengapakah Jawatankuasa Kabinet 1974 dibentuk?

a)

Memperkenalkan dasar pendidikan kebangsaan

b)

Memperbaiki mutu pendidikan sekolah dan negara

c)

Menilai keberkesanan Dasar Pendidikan Kebangsaan

d)

Mengenal pasti kelemahan penggunaan bahasa Melayu

14.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah digubal pada tahun 1988. Apakah matlamat utama FPN?

a)

Memberi panduan dalam penggubalan kurikulum

b)

Memberi panduan pelaksanaan aktiviti pendidikan

c)

Menilai keberkesanan sistem pendidikan kebangsaan

d)

Memperteguhkan hala tuju pendidikan negara

15.

Apakah matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1996?

I. Pendidikan Menyeluruh

II. Membentuk pelajar yang seimbang

III. Kurikulum berorientasikan negara kita

IV. Keseimbangan agihan peluang pekerjaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV