NEW
Font size
WorksheetsSISTEM BAHASA PT3 - SIRI 1
Total questions: 15
Worksheet time: 13mins
Berdasarkan gambar, pilih jawapan yang paling tepat.
Radzi telah ____________ pintu biliknya dengan kuat sekali untuk menunjukkan kemarahannya yang meluap-luap apabila mendapat tahu dia ditipu oleh sahabatnya sendiri.
menghempap
menghempas
menghempuk
menendang
Ibnu Khaldun merupakan _________ Islam yang banyak menyumbangkan idea dan panduan tentang asas pembinaan tamadun manusia.
ilmuwan
karyawan
dermawan
budayawan
Hasil daripada __________ yang diterima daripada orang ramai menunjukkan bahawa kenaikan harga barangan asas amat membebankan pengguna.
soal selidik
kaji selidik
temu ramah
maklum balas
Perkataan yang bergaris dalam ayat berikut mungkin terdapat kesalahan penggunaannya atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Encik Zakaria menghadiri majlis konvensyen anak
bongsunya yang telah menamatkan pengajian pada
peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Kebangsaan
Malaysia.
A. menghadiri
B. konvensyen
C. pada
tiada kesalahan
Perkataan yang bergaris dalam ayat berikut mungkin terdapat kesalahan penggunaannya atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Sekali-sekala kita perlu pergi bercuti jauh daripada kesibukan kota untuk mendapatkan ketenangan jiwa selepas penat bekerja.
A. Sekali-sekala
B. ketenangan
C. penat
D. tiada kesalahan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Parjo lewat ke sekolah kerana terpaksa menjaga ibunya yang sakit.
II Rumah wakil rakyat itu dimasuki pencuri lewat malam tadi.
III Aisyah tetap bangun lewat pada hari minggu walaupun sering dibebel oleh ibunya.
IV Penumpang pesawat itu kecewa kerana lewat penerbangan hingga terpaksa menunggu selama dua jam di lapangan terbang antarabangsa itu.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.
I Pengerusi mesyuarat terpaksa menunda mesyuarat apabila mendapat berita isterinya terlibat dalam kemalangan.
II Azlin menggunakan trak penunda untuk menunda keretanya yang rosak.
III Amir menunda peluang untuk menyertai pertandingan syarahan kerana masalah kesihatan.
IV Aiman menunda basikalnya yang terputus rantai ketika pulang dari sekolah.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Sultan Mansur dan permaisuri berkenan mencemar duli ke Majlis Persembahan Tarian Diraja sempena sambutan hari kelahiran baginda.
A sambutan hari lahir
B sambut hari keputeraan
C sambutan hari keputeraan
D sambutan hari kelahiran
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A , B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.
Ikmal mengayuh dengan laju-laju basikalnya supaya cepat sampai ke rumah memandangkan hari hendak hujan.
A kayuh laju-laju basikalnya
B mengayuh basikalnya laju-laju
C kayuh basikalnya dengan laju-laju
D mengayuh dengan laju-laju basikalnya
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Selendang biru itu dibeli oleh Johan untuk isterinya.
II Pasukan bola sepak negara berjaya menewaskan pasukan Indonesia dalam perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
III Kita janganlah menjadi pembelot negara.
IV Beberapa buah kereta berhias berarak daripada pusat bandar ke stadium negeri.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Pilih ayat-ayat yang betul.
I Hartawan itu sangat kedekut.
II Rumah besar itu milik usahawan terkenal.
III Kucing peliharaan Zafirah mengaum-ngaum kerana lapar.
IV Suhaili suka makan nasi lemak dan mi sup yang ibu masak.
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II, dan III sahaja
D II, III, dan IV sahaja
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.
Iffah dan rakan sekerjanya gemar makan nasi ayam di gerai Pak Din kerana nasi ayam Pak Din enak rasanya serta harganya murah.
A Gemar makan nasi ayam di gerai Pak Din kerana rasanya yang enak dan harganya murah.
B Gemar makan nasi ayam di gerai Pak Din Iffah dan rakan sekerjanya kerana nasi ayam Pak Din sungguh enak serta harganya murah.
C Pak Din gemar makan nasi ayam di gerainya bersama dengan Iffah dan rakan sekerja kerana keenakan nasi ayamnya serta harga yang cukup murah.
D Rakan sekerja Iffah gemar makan nasi ayam di gerai Pak Din kerana nasi ayam Pak Din sangat enak dan harganya murah.
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat di bawah.
Golongan wanita terutamanya yang obses dengan kecantikan harus berhati-hati memilih produk yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
A Obses dengan kecantikan golongan wanita terutamanya perlu memilih produk yang mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
B Kementerian Kesihatan Malaysia perlu memberi kelulusan produk kecantikan di pasaran supaya golongan wanita lebih obsess dengan kecantikan.
C Harus berhati-hati memilih produk yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya golongan wanita yang obses dengan kecantikan.
D Kecantikan golongan wanita terutamanya yang obses harus berhati-hati memilih produk yang mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan situasi ayat di bawah.
Fadhil menyesal atas sikap malasnya selama ini yang telah menyebabkan dia gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
Keadaan ini diumpamakan seperti peribahasa
A seperti katak di bawah tempurung
B nasi sudah menjadi bubur
C berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul
D jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Pilih peribahasa yang paling sesuai dengan situasi ayat di bawah.
Kerja-kerja pembinaan bangunan itu tergendala akibat kesilapan pekerjanya, namun kerja-kerja pembinaan harus diteruskan.
Keadaan ini diumpamakan seperti
A bagai aur dengan tebing
B bagai tikus membaiki labu
C bagai aur ditarik songsang
D bagai melukut di tepi gantang
