Font size
WorksheetsPENGAWETAN MAKANAN
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah nama pengawetan makanan yang sesuai apabila makanan disalut dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma.
Pengetinan
Pelilinan
Pemasinan
Penjerukan
Mikroorganisma tidak dapat bertumbuh dengan kaedah penyalaian kerana ___________ disingkirkan daripada makanan.
udara
nutrien
suhu
air
Contoh bahan makanan yang diawet secara pempasteuran ialah susu dan jus buah-buahan.
Betul
Salah
Telur itik dan ikan boleh diawet secara pemasinan dan pengeringan.
Betul
Salah
Makanan yang diawet secara pengetinan tidak sesuai dieksport ke luar negara kerana tidak tahan lama.
Betul
Salah
Apakah maksud 'pengawetan makanan'?
Cara membolehkan makanan tidak rosak selama-lamanya
Cara melambatkan pertumbuhan mikroorganisma pada makanan
Cara membungkus dan menyimpan makanan dengan selamat
Cara untuk mengelakkan keracunan makanan
Makanan ini sesuai diawet menggunakan kaedah ...
pemasinan dan pendidihan
pempasteuran dan penyejukbekuan
pengeringan dan penyalaian
pengetinan dan pemasinan
Mengapakah makanan yang ditinkan atau dibotolkan tahan paling lama?
tiada udara
tiada air
keasidan tidak sesuai
suhu sangat tinggi
Terdapat DUA daripada pilihan jawapan di bawah merupakan kelebihan pengawetan makanan, iaitu ...
Menggalakkan pembaziran
Mengelakkan pembaziran
Makanan tidak akan rosak
Makanan mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana
Apakah yang boleh dilakukan terhadap longgokan ikan yang tidak habis dijual ini untuk mengelakkan pembaziran?
menyimpan ikan dalam bekas plastik
menyalut ikan dengan lilin
menyapu ikan dengan garam yang banyak
menyimpan ikan di tempat yang kering
