wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TMK Tahun 6 - Aplikasi Pengaturcaraan Scratch

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Scratch ialah ________________________________.

a)

aplikasi pengaturcaraan berasaskan blok yang mudah difahami

b)

aplikasi pengaturcaraan menggunakan kod yang rumit

c)

aplikasi pengaturcaraan untuk membasuh pakaian

d)

aplikasi pengaturcaraan yang menggunakan bahasa asing

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan Sprite?

a)

Sejenis air minuman berkarbornat.

b)

Kawasan untuk objek bergerak dan berinteraksi.

c)

Imej grafik peta bit atau imej grafik vektor yang digunakan sebagai objek.

d)

Latar belakang bagi sesuatu projek dalam Scratch.

3.

Dani, Dee dan Devin adalah contoh _________________ yang terdapat dalam Scratch.

a)

Slide

b)

Spike

c)

Sprite

d)

Strike

4.

Looks, Sound, Events dan Control adalah antara palet-palet yang terdapat di dalam ______________.

a)

Code

b)

Backdrops

c)

Sounds

d)

Costumes

5.

Scripts Area ialah ______________________________________.

a)

kawasan untuk menempatkan blok atur cara dalam Block Palette bagi membentuk susunan arahan

b)

paparan senarai Sprite yang boleh digunakan dalam projek

c)

kawasan Sprite bergerak dan berinteraksi setelah diberikan arahan

d)

tempat di mana pilihan Backdrops disediakan

6.

____________ menyenaraikan blok yang boleh mengubah visual Sprite yang digunakan.

a)

Sound

b)

Motion

c)

Looks

d)

Events

7.

Cursor Tools berfungsi untuk ____________________________.

a)

memadam Sprite

b)

menukar Backdrops

c)

memilih Block Palette

d)

mengubah paparan Scratch

8.

Antara kelebihan utama aplikasi pengaturcaraan Scratch ialah __________________________________.

a)

kerana ianya menyeronokkan

b)

kerana banyak pilihan Sprite yang disediakan

c)

kerana ianya mudah dan tiada ayat-ayat yang perlu ditulis

d)

kerana ianya percuma

9.

Berdasarkan rajah di atas, apakah fungsi fitur ini?

a)

Menetapkan latar belakang paparan.

b)

Melihat dan mengubah ciri Sprite.

c)

Menyenaraikan blok kawalan bagi sesuatu peristiwa.

d)

Menyenaraikan blok pergerakan yang boleh dipadankan dengan Sprite.

10.

Fitur yang manakah digunakan untuk melihat dan mengubah ciri Sprite?

a)
b)
c)
d)
11.

Aplikasi pengaturcaraan Scratch dibangunkan oleh __________________________.

a)

Universiti Oxford, England

b)

UniMAP, Malaysia

c)

MIT Media Lab, USA

d)

Universiti Harvard, USA

12.

Apakah kawasan yang menempatkan blok atur cara dalam Block Palette bagi membentuk susunan arahan?

a)

Sprite

b)

Scripts Area

c)

Stage

d)

Backdrops

13.

Apakah kegunaan fitur Motion dalam aplikasi Scratch?

a)

Kawasan Sprite untuk bergerak dan berinteraksi.

b)

Blok atur cara bagi menggerakkan Sprite.

c)

Paparan senarai Sprite yang boleh digunakan dalam projek.

d)

Kawasan untuk menempatkan blok atur cara dalam Block Palette bagi membentuk susunan arahan.

14.

Fitur __________________ akan menyenaraikan blok peristiwa yang boleh dipadankan dengan sesuatu Sprite.

a)

Sound

b)

Motion

c)

Control

d)

Events

15.

Mengetahui sama ada ralat atau kesilapan terdapat dalam atur cara merupakan proses _______________________.

a)

menguji atur cara

b)

memadam atur cara

c)

melaksanakan atur cara

d)

mengekod atur cara

16.

Apakah proses yang terlibat untuk membina satu set arahan bagi menyelesaikan sesuatu tugasan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan?

a)

Mengekod atur cara

b)

Menyemak atur cara

c)

Memadam atur cara

d)

Menguji atur cara

17.

Antara berikut, yang manakah merupakan langkah untuk membangunkan projek pengaturcaraan?


I Menghasilkan dokumentasi

II Menyenggara perisian pengaturcaraan

III Mereka bentuk atur cara

IV Menguji atur cara

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, III dan IV

d)

I, II, III dan IV

18.

Berikut adalah cara-cara memahami situasi kecuali __________________________________.

a)

memahami maklumat yang sedia ada tentang situasi

b)

tidak memahami gambaran keseluruhan situasi yang hendak ditunjukkan

c)

memahami maklumat tambahan yang diperlukan

d)

memahami situasi utama yang hendak ditunjukkan

19.

Apakah fungsi blok yang ditunjukkan dalam rajah?

a)

Melaksanakan arahan sebanyak 10 kali ulangan

b)

Melaksanakan arahan sebanyak 10 kali pergerakan

c)

Melaksanakan pergerakan selama 10 saat

d)

Melaksanakan arahan berhenti selama 10 saat

20.

Susun fungsi blok dalam rajah mengikut urutan.


I Mainkan bunyi Meow sehingga tamat

II Tunggu 1 saat

III Mulakan apabila ditekan

IV Bunyi berhenti apabila tamat

a)

III, I, II, IV

b)

III, II, I, IV

c)

III, II, I

d)

II, I, IV