wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU

Total questions: 76

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Kesihatan diri ________ terjaga jika kita memiliki emosi yang positif dan akal yang waras.

a)

sedang

b)

sudah

c)

perlu

d)

akan

2.

Ibu bapa tidak wajar bersikap ... semasa membeli-belah bersama anak-anak.

a)

khayal

b)

lengah

c)

peka

d)

cuai

3.

Selepas dibimbing gurunya, Aisyah tidak ______ lagi semasa menyampaikan pidato.

a)

gugup

b)

bingung

c)

muram

d)

petah

4.

Masalah stres ________ kesan negatif kepada kesihatan fizikal dan mental kita.

a)

mengawal

b)

mendapat

c)

mengakibatkan

d)

menerima

5.

"Mari ___________ berehat sambil menenangkan fikiran di halaman rumah," kata Alif kepada anaknya.

a)

aku

b)

kita

c)

kami

d)

kamu

6.

Ah Boi tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajarannya kerana _________ tekanan perasaan.

a)

mengalami

b)

dialami

c)

alami

7.

" Tuanku dipersilakan untuk menikmati santapan yang telah _____________sediakan ," kata dayang kepada sultan.

a)

beta

b)

hamba

c)

patik

d)

baginda

8.

Para_____ itu sedang memperagakan pakaian yang cantik di atas pentas.

a)

olahragawati

b)

peragawati

c)

pramugari

d)

sukarelawati

9.

Laluan berbukit dan hutan tebal_______ pasukan penyelamat untuk tiba dengan cepat ke tempat tragedi helikopter terhempas itu

a)

menyukarkan

b)

sukar

c)

kesukaran

10.

Wartawan itu sedang membuat __________tentang nahas udara yang berlaku di Sarawak

a)

litupan

b)

ujaran

c)

ucapan

d)

liputan

11.

Pelbagai artifak tinggalan sejarah dipamerkan di ____________________

a)

Tugu Negara

b)

Muzium Negara

c)

Arkib Negara

12.

Ikhmal membeli ______untuk menambah nilai telefon bimbitnya yang kehabisan kredit

a)

kad debit

b)

kad kredit

c)

kad prabayar

13.

Beliau mendapat ________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cenderamata

d)

anugerah

14.

Gambar-gambar itu disiarkan dengan __________ Jabatan Penerangan.

a)

ehsan

b)

ihsan

c)

insan

d)

perkenan

15.

"Zarul kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung" kata Encik Haris kepada anaknya.

a)

Menangguk di air keruh

b)

Sebelum ajal berpantang mati

c)

Sudah terhantuk baru tergadah

d)

Menarik rambut di dalam tepung

16.

"Zarul kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung" kata Encik Haris kepada anaknya.

a)

Menangguk di air keruh

b)

Sebelum ajal berpantang mati

c)

Sudah terhantuk baru tergadah

d)

Menarik rambut di dalam tepung

17.

Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak kereta itu.

a)

menghempap

b)

menghempas

c)

menghenyak

d)

menghimpit

18.

Asma' amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.


Keadaan ini diibaratkan

a)

orang mengantuk disorongkan bantal

b)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

c)

pucuk dicita, ulam mendatang

d)

pungguk merindukan bulan

19.

Pegawai yang disyaki _________ itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

a)

makan hati

b)

makan gaji

c)

makan suap

d)

makan angin

20.

Encik Rizal memperoleh pendapatan yang lumayan hasil ________nya melakukan dua pekerjaan setiap hari.

a)

untung rugi

b)

resah gelisah

c)

gagah berani

d)

penat lelah

21.

Projek pembinaan kompleks sukan itu ___________ sehingga sekarang kerana kekurangan dana.

a)

terbantut

b)

terganggu

c)

tersekat

d)

terbengkalai

22.

Lelaki itu digelar ____________kerana suka bercakap besar tetapi tidak peka akan isu-isu semasa

a)

alim-alim kucing

b)

muka tembok

c)

patah kandar

d)

tin kosong

23.

Sebarang masalah hendaklah diselesaikan secara baik dan tidak __________ untuk menarik perhatian awam.

a)

dikucar-kacirkan

b)

dibolak-baloikkan

c)

dicorat-coretkan

d)

digembar-gemburkan

24.

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan bangunan bersejarah dan menjadi _______ bagi bandar raya Kuala Lumpur.

a)

seni bina

b)

reka bentuk

c)

titik tolak

d)

mercu tanda

25.

Murid-murid diingatkan supaya mengabaikan perkara yang ________ agar dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran.

a)

carut-marut

b)

desas-desus

c)

remeh-temeh

d)

gegak-gempita

26.

Majlis Hari Keluarga itu mengumpulkan ___________ Haji Shahrom daripada tiga generasi.

a)

suku-sakat

b)

muda-mudi

c)

anak-beranak

d)

turun-temurun

27.

Usahawan e-dagang menjalankan _________ melalui transaksi alam maya.

a)

urus niaga

b)

kemas kini

c)

atur cara

d)

urus setia

28.

Peperangan yang berlaku menyebabkan kehidupan rakyat menjadi _______________.

a)

hiruk-pikuk

b)

kucar-kacir

c)

mundar-mandir

d)

lintang-pukang

29.

Sekumpulan ahli antropologi sedang menjalankan __________ di kawasan penemuan rangka manusia purba itu.

a)

cari gali

b)

kaji selidik

c)

soal siasat

d)

maklum balas

30.
________ anyaman bakul rotan yang dihasilkan oleh gadis itu.
a)
Lembut sekali
b)
Halus sekali
c)
Mesra sekali
d)
Rapat sekali
31.

Mak Milah __________ apabila melihat Leftenan Adnan pulang dari Singapura.

a)

sedih benar

b)

rindu benar

c)

gembira benar

d)

risau benar

32.

Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah _____________________ untuk Zaki melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka tembelang

33.

Walaupun berbeza budaya dan agama , kita hendaklah bersatu dan berusaha demi kegemilangan negara.'

a)

bagai aur dengan tebing

b)

berat sama dipikul , ringan sama dijinjing

c)

bulat air kerana pembentung , bulat manusia kerana muafakat

d)

ibarat cacing kepanasan

34.

Siti Aisyah menanam pokok bunga di halaman rumah.


Berdasarkan binaan ayat di atas, yang manakah elemen predikat?

a)

Siti Aisyah

b)

di halaman rumah

c)

Siti Aisyah menanam

d)

menanam pokok bunga di halaman rumah

35.

Penduduk Kampung Siantan telah mendapat _____________ sebagai sebahagian daripada pampasan selepas tanah mereka diambil untuk pembinaan jalan raya.

a)

wang muka

b)

wang kopi

c)

wang hangus

d)

wang saku

36.

Dalam Proses membina ayat yang gramatis, elemen yang diperlukan ialah.....

a)

Subjek + Keterangan

b)

Subjek + Predikat

c)

Frasa Nama + Keterangan

d)

Predikat + Frasa Kerja

37.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk _____________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

38.
Jika tidak ada ___________ aral, kakak saya akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung tahun ini.   
a)
apa-apa
b)
bila-bila
c)
mana-mana
d)
siapa-siapa
39.
 Salina yang  ringan  mulut  itu  sungguh_______________dengan  semua  orang walaupun dia baru sahaaja berpindah ke kampung itu. A sombong B marah C ramah D gembira  
a)
sombong
b)
marah
c)
ramah
d)
gembira
40.
Puan Suria meletakkan sekaki payung di  ___________  bilik pejabatnya sebelum memulakan tugas. 
a)
sisi
b)
penjuru
c)
puncak
d)
pangkal
41.

kata ganda compang

a)

compang-camping

b)

compang - campeng

42.

Pilih Kata Ganti Nama Diri daripada senarai yang diberikan.

a)

Saya

b)

Ibu

c)

Kami

d)

Abang

e)

Dia

43.

Pilih Kata Nama Am daripada senarai pilihan yang diberikan.

a)

Cikgu Ezri

b)

Zafran

c)

murid

d)

guru

e)

pengawal keselamatan

44.

Pak Saidi sedang memberi makan kepada sekumpulan ________ yang dibela di ladangnya.

a)

ayam

b)

kucing

c)

kambing

d)

kura-kura

45.

______ Malaysia mesti menghormati dan mematuhi undang-undang negara.

a)

pelancong

b)

murid

c)

rakyat

d)

pendatang

46.

Pengguna-pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menjaga __________ semasa memandu di lebuh raya.

a)

kesejahteraan

b)

kebahagiaan

c)

kebaikan

d)

keselamatan

47.

Kakak menanggalkan kasut sekolahnya ________ masuk ke dalam rumah.

a)

walaupun

b)

lalu

c)

selepas

d)

sambil

48.

Ayahnya terlalu ________kepada anak lelakinya menyebabkan dia menjadi nakal.

a)

cabut nyawa

b)

angkat kaki

c)

beri muka

d)

baik sangka

49.

Emak saya berasa ___________ apabila melihat saya rajin belajar dan berkelakuan baik.

a)

ringan tulang

b)

hati batu

c)

besar hati

d)

makan dalam

50.

Atiqah membentangkan ____________ tikar ketika berkelah bersama keluarga.

a)

sebuah

b)

sebii

c)

segelung

d)

sebidang

51.

"_____________, Kamilah! Kamu terpilih sebagai tokoh pelajar cemerlang di sekolah ini", kata Puan Alia kepada anak muridnya.

a)

Nah

b)

Aduhai

c)

Cis

d)

Tahniah

52.

Antara yang berikut, manakah ayat perintah yang mempunyai kesalahan tatabahasa ?

a)

Jangan pijak rumput di kawasan itu

b)

Jangan merokok di kawasan ini

c)

Jangan berlari di kawasan ini

d)

Jangan usah menangis lagi

53.

Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran __________ mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

a)

akan

b)

boleh

c)

mesti

d)

pernah

54.

____________ masyarakat masih berpeleseran di luar ____________ perintah kawalan pergerakan telah diumumkan oleh kerajaan.

a)

seluruh . . . . meskipun

b)

segenap . . . . kendatipun

c)

segelintir . . . . waima

d)

beberapa . . . . sungguhpun

55.

Pembelian panik di pasar raya _________ negara telah mendapat _________ luas daripada media massa.

a)

seantero . . . . litupan

b)

seluruh . . . . liputan

c)

semua. . . . liputan

d)

segala . . . . litupan

56.

Kita perlu banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran untuk _____________ pemikiran serta mengasah minda kita.

a)

memperkuat

b)

memperjelas

c)

memperlebar

d)

mempertajam

57.

Keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) telah _____________________ untuk Zaki melanjutkan pelajaran ke menara gading.

a)

membuka jalan

b)

membuka mata

c)

membuka langkah

d)

membuka tembelang

58.

Alisha membantu ibunya ______________ bawang putih untuk ditumis ke dalam kuali.

a)

membelah

b)

menghiris

c)

menyiang

d)

mencantas

59.

Dua orang pencuri diberkas oleh polis kerana _____________ telah meragut beg tangan seorang wanita.

a)

dia

b)

beliau

c)

mereka

d)

baginda

60.

Beliau mendapat ________ daripada sultan kerana jasanya kepada masyarakat.

a)

hadiah

b)

sumbangan

c)

cenderamata

d)

anugerah

61.

Gambar-gambar itu disiarkan dengan __________ Jabatan Penerangan.

a)

ehsan

b)

ihsan

c)

insan

d)

perkenan

62.

Asma' amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya mengharapkan sebentuk cincin sahaja.


Keadaan ini diibaratkan

a)

orang mengantuk disorongkan bantal

b)

kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan

c)

pucuk dicita, ulam mendatang

d)

pungguk merindukan bulan

63.

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj digelar Bapa Kemerdekaan kerana ___________ banyak berjasa ke arah kemerdekaan Tanah Melayu.

a)

ia

b)

dia

c)

baginda

d)

beliau

64.

"________ berharap seluruh rakyat dapat hidup dengan makmur dan harmoni," titah Sultan Abdul Aziz Shah.

a)

Aku

b)

Saya

c)

Beta

d)

Patik

65.

Penganiayaan _______________ binatang merupakan satu perbuatan yang sangat kejam.

a)

terhadap

b)

dengan

c)

tentang

d)

kepada

66.

Kakak memasak nasi goreng di dapur ______________ mendengar lagu-lagu kegemarannya.

a)

tatkala

b)

sambil

c)

kemudian

d)

sementara

67.

Pada waktu petang, Pak Majid dan kawan-kawannya suka duduk di ____________ sambil menghirup udara segar.

a)

tetupai

b)

kekuda

c)

lelangit

d)

bebalai

68.

Kami sekeluarga suka makan _____________ ulam pegaga dan pucuk gajus itu.

a)

mentah-mentah

b)

hidup-hidup

c)

segar-bugar

d)

pohon-pohon

69.

Rambut Kamala yang keriting itu __________ kerana tidak disikat selepas dikeringkan.

a)

kacau-bilau

b)

remuk-redam

c)

lintang-pukang

d)

kusut-masai

70.

Selepas ___________ ikan-ikan pelaga itu, Amir memasukkannya ke dalam botol yang berisi air.

a)

memukat

b)

menyauk

c)

menjaring

d)

menjerat

71.

Anak-anak muda Kampung Bahagia bergilir-gilir ______________ di kawasan kampung mereka untuk mencegah kegiatan jenayah.

a)

menjaga

b)

menyelia

c)

meronda

d)

mengawas

72.

Semua pekerja di restoran itu dikehendaki menjalankan pemeriksaan kesihatan.

a)

jalani pemeriksaan kesihatan

b)

menjalankan periksa kesihatan

c)

menjalani pemeriksaan kesihatan

d)

menjalankan pemeriksaan kesihatan

73.

Kanak-kanak itu menangisi kerana ditinggalkan oleh ibunya yang ingin ke kedai untuk membeli barang.

a)

tangisan kerana ketinggalan

b)

menangis kerana ditinggalkan

c)

menangis kerana tertinggal

d)

menangisi kerana ditinggalkan

74.

Rahimi bukan sahaja aktivis alam sekitar malah dia juga amat sayangkan binatang.

a)

amat sayang akan binatang

b)

sayangkan amat binatang

c)

amat sayangi akan binatang

d)

amat sayangkan binatang.

75.

Segala permintaan ibunya akan

__________ oleh Arif kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.

a)

dipenuhi

b)

memenuhi

c)

dipenuhkan

d)

memenuhkan

76.

Ibu akan memberikan hadiah _________ dia mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

a)

sementara

b)

ketika

c)

supaya

d)

sekiranya