NEW
Font size
WorksheetsUnit 6: Haba
Total questions: 23
Worksheet time: 12mins
Apakah yang dimaksudkan dengan 'suhu'?
Ukuran darjah kepanasan sesuatu bahan.
Kuantiti haba dalam sesuatu bahan.
Sukatan haba yang terdapat dalam sesuatu bahan
Tahap kepanasan sesuatu bahan.
Unit untuk menyukat suhu ialah.....
sentimeter padu (cm3)
darjah celsius (oC)
mililiter (ml)
meter sesaat (ms-1)
Antara peralatan berikut, yang manakah digunakan untuk menyukat suhu badan?
Bagaimanakah termometer diletakkan apabila mengukur suhu cecair?
P
R
S
Q
Kedudukan meniskus yang betul semasa mengambil bacaan suhu ialah.....
Berapakah bacaan yang ditunjukkan pada termometer?
36.2 °C
36.5 °C
37.4 °C
36.6 °C
Sebekas air sedang dipanaskan. Jadual di bawah menunjukkan perubahan suhu air.
Ramalkan nilai y.
27 °C
29 °C
32 °C
38 °C
Jadual menunjukkan perubahan suhu air apabila ia menyejuk di dalam satu bekas. Ramalkan nilai x.
10 °C
95 °C
30 °C
92 °C
Suatu bahan menjadi ____________ apabila ia kehilangan haba.
lebih besar
lebih panas
lebih lembut
lebih sejuk
Antara berikut, yang manakah mempunyai jumlah haba yang paling sedikit?
Apakah yang berlaku kepada secawan kopi yang panas apabila ia kehilangan haba?
Ia menjadi lebih panas.
Ia menjadi lebih sejuk.
Suhunya meningkat.
Ia menjadi lebih berbuih.
Rajah menunjukkan ais yang mencair selepas beberapa minit.
Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
Ais tersebut menyejat.
Suhu ais menurun.
Ais kehilangan haba ke persekitaran.
Ais mendapat haba daripada persekitaran
Antara yang berikut, yang manakah tidak akan
berlaku apabila kiub ais dimasukkan ke dalam teh
panas?
Teh panas kehilangan haba
Teh panas menjadi sejuk
Suhu teh panas menurun
Suhu teh panas meningkat
Situasi yang ditunjukkan dalam rajah di bawah menggunakan aplikasi pengembangan KECUALI...
Apakah bahan yang paling sesuai digunakan didalam termometer ?
Air berwarna
Kerosin
Merkuri
Air gula
Bacaan termometer dalam rajah meningkat. Apakah inferens yang sesuai?
Air dalam bikar mengembang apabila dipanaskan.
Isipadu merkuri dalam bebuli termometer bertambah.
Merkuri dalam bebuli termometer mengembang apabila menerima haba.
Merkuri dalam bebuli termometer mengecut apabila menerima haba.
Rajah menunjukkan bebola logam tidak dapat melalui gelang logam. Apakah yang perlu dilakukan supaya bebola logam boleh melalui gelang logam itu?
Panaskan bebola logam.
Rendam bebola logam dalam air.
Panaskan bebola dan gelang logam.
Rendam gelang logam dalam air
Sebiji belon dipasang pada mulut sebuah botol susu yang kosong. Botol itu kemudiannya diletakkan di dalam bikar yang mengandungi ais. Apakah yang dapat diperhatikan?
Belon menjadi lebih kecil.
Belon menjadi lebih besar.
Saiz belon tetap sama.
Belon pecah.
Mengapakah belon mengembang apabila botol kaca
dimasukkan ke dalam air panas?
Isi padu belon bertambah
Udara di dalam botol kaca mengecut
Udara di dalam botol kaca mengembang
Udara di dalam belon menjadi ringan
Apakah yang akan berlaku apabila kelalang itu dipanaskan di atas penunu Bunsen?
Udara di dalam kelalang mengecut
Aras titisan air berwarna turun
Aras titisan air berwarna naik
Titisan air terbentuk di dalam kelalang
Rajah menunjukkan dua biji gelas P dan Q yang sukar dipisahkan. Apakah cara yang patut dilakukan untuk memisahkan gelas itu?
Rendam gelas P dalam air panas.
Rendam gelas Q dalam air panas.
Rendam gelas P dalam air yang mengandungi ais.
Rendam kedua-dua gelas dalam air panas.
Rajah menunjukkan sebuah landasan keretapi. Apakah yang perlu dilakukan supaya landasan itu tidak membengkok pada hari panas?
Besarkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.
Kecilkan ruang antara kepingan besi landasan keretapi.
Gantikan kepingan besi landasan keretapi dengan kayu.
Bina landasan keretapi yang lurus.
Mengapakah kabel elektrik dipasang secara kendur antara tiang?
Mengurangkan kehilangan haba daripada kabel elektrik
Membolehkan kabel elektrik mengembang ketika cuaca yang panas
Menambahkan kekuatan kabel elektrik
Mengelakkan kabel elektrik daripada terputus apabila mengecut ketika cuaca sejuk
