wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Bab 4 T5 : Sistem Persekutuan

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Apakah kesan penubuhan Konfederasi Negeri Sembilan 1895?

a)

Pelantikan Residen British

b)

Pentadbiran beraja dihapuskan

c)

Pengenalan jawatan Yamtuan Besar

d)

Penggabungan Seri Menanti dengan Tampin

2.

Apakah negeri yang membentuk Persekutuan 1896?

a)

Perak

b)

Johor

c)

Melaka

d)

Pahang

3.

Berdasarkan Persekutuan Tanah Melayu 1948, siapakah yang dilantik sebagai Ketua Persekutuan?

a)

Gabenor

b)

Residen British

c)

Yang di-Pertuan Agong

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

4.

Apakah Persekutuan yang mengandungi keanggotaan berikut?

• 11 negeri di Tanah Melayu

• Sabah dan Sarawak

• Singapura

a)

Malayan Union 1946

b)

Persekutuan Malaysia 1963

c)

Konfederasi Negeri Sembilan

d)

Persekutuan Tanah Melayu 1948

5.

Apakah yang boleh dikaitkan senarai berikut?

• Kewangan

• Kewarganegaraan

a)

Senarai Negeri

b)

Senarai Bersama

c)

Senarai Tambahan

d)

Senarai Persekutuan

6.

Apakah yang terkandung dalam Senarai Bersama?

a)

Pertahanan

b)

Perumahan

c)

Kebajikan awam

d)

Undang-undang Islam

7.

Apakah rancangan pembangunan wilayah hasil kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

NCER

b)

SCORE

c)

KEJORA

d)

RASCOM

8.

Gambar berikut merujuk kepada Taman Negara Kinabalu. Apakah agensi yang menguruskan taman negara tersebut?

a)

PERHILITAN

b)

Jabatan Mergastua Negeri

c)

Jabatan Hidupan Liar Sabah

d)

Perbadanan Perhutanan Sabah

9.

Apakah program perumahan mampu milik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan?

a)

Rumah Mesra Rakyat

b)

Program Rumah Mampu Milik

c)

Perumahan Awam Kos Rendah

d)

Perbadanan Perumahan 1Malaysia

10.

Apakah matlamat pengenalan pentadbiran berikut?

• ESSCOM di Sabah

• RASCOM di Sarawak

a)

Memajukan wilayah

b)

Membasmi kemiskinan

c)

Menjamin keselamatan

d)

Mengukuhkan perpaduan

11.

Kesatuan Malaya (Malayan Union) telah diperkenalkan oleh British pada tahun 1946. Mengapakah Malayan Union gagal diteruskan?

a)

Mendapat bantahan daripada Raja-raja Melayu

b)

Penstrukturan semula Majlis Malayan Union

c)

Untuk melicinkan pentadbiran negara

d)

Mengukuhkan institusi beraja

12.

Mengapakah Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927 ditubuhkan?

a)

Menyatukan beberapa buah negeri

b)

Membentuk sistem pengasingan kuasa

c)

Memperkemas tadbir urus Persekutuan

d)

Penetapan sempadan antara negeri

13.

Kerajaan Tempatan merupakan kerajaan peringkat ketiga yang diberi kuasa untuk mentadbir dalam kawasan tempatan. Apakah peranan Kerajaan Tempatan?

a)

Perantara antara Kerajaan Negeri dengan rakyat

b)

Membentuk pentadbiran peringkat bandar

c)

Menjaga kebajikan penduduk pedalaman

d)

Membantu penduduk dalam bencana alam

14.

Mengapakah peruntukan kuasa yang lebih besar diberikan pada peringkat Persekutuan?

a)

menjamin kestabilan negara

b)

memastikan kemajuan negara tercapai

c)

mengukuhkan perpaduan

d)

membina konsep negara bangsa

15.

Apakah kuasa tambahan yang diberikan kepada Sarawak dan Sabah dalam persekutuan Malaysia?

a)

Hak kewarganegaraan

b)

Mahkamah Anak Negeri

c)

Hak kebebasan bersuara

d)

Akta Bahasa Kebangsaan.

16.

Kejayaan FELDA telah mendorong kerajaan untuk menubuhkan FELCRA dalam usaha memajukan sosioekonomi di Tanah melayu pada tahun 1966. Apakah bidang yang ingin dibangunkan?

a)

Pembangunan tanah

b)

Pembangunan Kewangan

c)

Pembangunan perniagaan

d)

Pembangunan perindustrian

17.

Malaysia sangat terkenal dengan kekayaan flora dan fauna. Apakah persamaan taman negara di bawah *Taman Negara Kinabalu

*Taman Negara Mulu

a)

Petempatan awal manusia

b)

Kaya dengan hasil hutan

c)

Tapak warisan dunia

d)

Pusat pelancongan

18.

Senarai berikut berkaitan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri untuk kesejahteraan rakyat.

*Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

*Rumah Mesra Rakyat

*Rumah Selangorku (Selangor)

*Rumah Mampu Milik Johor (Johor)

Mengapakah kerjasama tersebut dilakukan?

a)

Mengatasi masalah setinggan di bandar

b)

Meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar

c)

Membantu golongan pertengahan memiliki kediaman

d)

Menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin

19.

Apakah elemen yang mengukuhkan sistem Persekutuan di negara kita.

a)

Amalan demokrasi

b)

Kebijaksanaan pemerintah

c)

Undang-undang yang ketat

d)

Keluhuran perlembagaan dijunjung

20.

Apakah majlis yang ditubuhkan untuk

mengukuhkan sistem Persekutuan?

a)

Majlis persekutuan

b)

Majlis negara

c)

Majlis negeri

d)

Majlis daerah

21.

Apakah yang dimaksudkan dengan Persekutuan?

a)

Penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk Persekutuan

b)

Gabungan antara negeri yang berdaulat dan membentuk Persekutuan

c)

Gabungan empat buah negeri Melayu berdasarkan Perjanjian Persekutuan 1895

d)

Penerusan tradisi sejarah

22.

Persekutuan berkuatkuasa pada tahun 1896 dikenali sebagai

a)

Negeri-Negeri Selat

b)

Negeri-negeri Melayu Bersekutu

c)

Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

d)

Persekutuan Borneo

23.

Siapakah Residen Negeri Sembilan yang pertama?

a)

Hugh Low

b)

JWW Birch

c)

Martin Lister

d)

J.P Rodger

24.

Antara berikut, sultan manakah yang menandatangani Perjanjian Persekutuan 1895?

a)

Sultan Idris Murshidul Adzam Shah

b)

Sultan Samad ibni Raja Abdullah

c)

Sultan Mansur Shah

d)

Sultan Abu Bakar

25.

Pada tahun 1946, British telah menyatukan pentadbiran semua negeri Melayu serta Pulau Pinang dan Melaka untuk membentuk sebuah kerajaan berbentuk kesatuan yang dinamaka

a)

Kerajaan Pusat

b)

Malayan Union

c)

Negeri-negeri Selat

d)

Kesatuan Melayu Raya

26.

Kerajaan Tempatan lebih dikenali sebagai

a)

Pihak Berkuasa Daerah

b)

Pihak Berkuasa Negeri

c)

Pihak Berkuasa Tempatan

d)

Pihak Berkuasa Awam

27.

Mengapakah peruntukan tambahan diberikan dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah?

a)

Mengawal kerakyatan

b)

Menentukan Hari Kelepasan Negeri

c)

Mentadbir mengikut perlembagaan

d)

Menyesuaikan kemasukan negeri dalam Persekutuan Malaysia

28.

• Menjaga kesihatan awam

• Menyenggara sistem saliran

Antara berikut, nilai manakah yang sesuai dikaitkan dengan fungsi Kerajaan Tempatan di atas?

a)

Bekerjasama

b)

Adil

c)

Bertanggungjawab

d)

Toleransi

29.

Berikut merupakan tujuan utama kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

"Memastikan segala usaha pembangunan dapat memberi manfaat demi kesejahteraan rakyat di seluruh negara"

Yang berikut merupakan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri kecuali

a)

Kerjasama pembangunan ekonomi

b)

Kerjasama pemuliharaan perhutanan negara

c)

Kerjasama penyediaan perumahan rakyat

d)

Kerjasama menjamin keselamatan Negara

30.

Bagi memulihara khazanah laut, Kerajaan Persekutuan membentuk dasar berkaitan dengan taman laut manakala Kerajaan Negeri berkuasa terhadap

a)

pembersihan taman

b)

pembangunan taman

c)

pembersihan pulau

d)

pembangunan pulau

31.

Jawatankuasa Pemantau Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) ditubuhkan bagi meningkatkan keselamatan kawasan Timur Sabah. Siapakah pengerusi jawatankuasa tersebut?

a)

Ketua Pegawai Turus

b)

Perdana Menteri Malaysia

c)

Ketua Pegawai Eksekutif

d)

Panglima Pasukan Keselamatan

32.

Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri adalah dipengerusikan oleh Perdana Menteri. Apakah tujuan mesyuarat tersebut diadakan?

a)

Membincangkan pelaksanaan sesuatu dasar yang diputuskan oleh kerajaan

b)

Menyelaras pentadbiran Kerajaan Persekutuan

c)

Mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan

d)

Membentuk dasar kerajaan

33.

Tanggungjawab utama Setiausaha Persekutuan bagi Sarawak dan Sabah adalah untuk mengeratkan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Bilakah jawatan tersebut diwujudkan?

a)

1990

b)

1989

c)

1982

d)

1963

34.

Berikut merupakan antara kebaikan yang diperoleh daripada penyelarasan dan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajan Negeri kecuali

a)

Menentukan bidang kuasa dalam persekutuan

b)

Menjamin Sistem Persekutuan beroperasi dengan berkesan

c)

Menyumbang kepada kestabilan hubungan antara negeri

d)

Memberi manfaat kepada kesejahteraan negara

35.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan penubuhan Majlis Negara untuk menyelaraskan pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Antaranya ialah

a)

Majlis Keselamatan Negara

b)

Majlis Air Negara

c)

Majlis Kewangan Negara

d)

Majlis Perumahan Negara

36.

Pada tahun 1889, Luak Tampin, Rembau dan Seri Menanti disatukan sebagai satu Konfederasi Seri Menanti. Apakah maksud konfederasi ?

a)

Penyatuan beberapa negara

b)

Gabungan antara negeri yang berdaulat dalam satu ikatan yang longgar

c)

Pembentukan Negeri – Negeri Melayu Bersekutu

d)

Pembahagian kuasa persekutuan dengan negeri

37.

Bagaimanakah sekiranya terdapat percanggahan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri bagi perkara di bawah senarai bersama ?

a)

Undang – undang di Parlimen dipatuhi

b)

Mengadakan sidang Parlimen dan DUN

c)

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong

d)

Pilihan raya umum dilaksanakan

38.

Antara berikut, yang manakah matlamat penubuhan program In - Situ

a)

Memajukan indusrti berat

b)

Menekankan pembangunan fizikal desa

c)

Bantuan kewangan kepada bumiputera

d)

Membangunkan wilayah baharu

39.

Berikut merupakan dua agensi yang ditubuhkan di Selangor dan Perak

*Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)

*Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak

Apakah fungsi agensi tersebut ?

a)

Perumahan rakyat berpendapatan rendah

b)

Memberi bantuan pinjaman kepada rakyat

c)

Memastikan kelengakapan infrastruktur

d)

Mengurangkan golongan gelandangan

40.

Mak Kiah dan Pak Salleh bercadang untuk memohon lesen bagi memulakan perniagaan menjaja kecil-kecilan di kawasan tempat tinggal mereka. Kepada pihak manakah Mak Kiah dan Pak Salleh perlu memohon lesen tersebut

a)

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

b)

Pihak Berkuasa Tempatan

c)

Pejabat Perdana Menteri

d)

Persatuan Penjaja Negeri