Font size
WorksheetsRBT TAHUN 4 (Keselamatan Bengkel)
Total questions: 10
Worksheet time: 8mins
Berikut merupakan peraturan keselamatan bengkel KECUALI :
Patuhi semua tanda keselamatan di dalam bengkel
Buka semua pintu dan atap bengkel sebelum memulakan aktiviti
Letakkan beg di tempat yang disediakan
Gunakan alatan dan bahan setelah mendapat kebenaran guru
Berikut merupakan peraturan keselamatan diri. Manakah yang betul?
Pakai pakaian dan kasut yang sesuai di dalam bengkel
Buka atau keluarkan tudung dari apron
Buka ikatan rambut yang panjang
Pilih tiga (3) peraturan keselamatan alatan yang BETUL :
Bertanya dan minta tunjuk ajar adik sebelum menggunakan alatan
Laporkan alatan yang rosak atau hilang kepada guru
Bersihkan alatan selepas digunakan
Dilarang bermain dan bergurau semasa menggunakan alatan
Simpan alatan ke dalam beg sekolah setelah digunakan
Pilih peraturan keselamatan bahan yang perlu dipatuhi :
Bermain dengan bahan berbahaya dan mudah terbakar bersama rakan
Simpan bahan yang mudah rosak di atas kerusi guru
Memijak bahan yang tumpah tanpa menggunakan alas kaki
Bersihkan bahan yang tumpah di atas lantai dengan segera
Apakah maksud warna MERAH sekiranya terdapat pada simbol dan tanda keselamatan berikut :
Perhatian, Amaran, Waspada, Potensi Bahaya
Larangan dan Pemadam Api
Informasi umum
Wajib dipatuhi
Apakah maksud warna HIJAU sekiranya terdapat pada simbol dan tanda keselamatan berikut :
Zon aman dan pertolongan pertama
Tidak wajib dipatuhi
Informasi awam
Amaran dan waspada
Apakah maksud simbol dan tanda keselamatan berikut?
Kawasan dibenarkan merokok
Kawasan mudah terbakar
Kawasan larangan merokok
Rokok membahayakan nyawa manusia
Apakah yang harus dilakukan oleh murid sekiranya terlihat simbol dan tanda keselamatan berikut?
Berjalan dengan berhati-hati
Berlari dengan laju
Merangkak bersama rakan-rakan
Menolak rakan sehingga terjatuh
Ketika sedang melakukan kerja di bengkel, tangan Amri melecur. Pilih tiga (3) tindakan yang harus kamu lakukan :
Siram kawasan yang melecur di bawah aliran air
Menggosok kawasan yang melecur dengan kain
Sapukan krim atau losen yang sesuai untuk merawat kelecuran
Berjumpa dengan pegawai perubatan dengan segera
Bagaimanakah cara kamu menyelenggara gunting berikut?
Bersihkan kotoran dengan reja kain atau berus yang sesuai
Titiskan minyak
Titiskan air
Lap gunting dengan kertas
