Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

CAHAYA TAHUN 4 - CIKGU SHA

Total questions: 12

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Rajah diatas menunjukkan susunan radas bagi satu penyiasatan. Didapati cahaya lilin boleh dilihat dari lubang R. Apakah yang ingin dibuktikan dari penyiasatan ini?

a)

A. Cahaya boleh dilihat melalui lubang R

b)

B. Cahaya bergerak lurus

c)

C. Cahaya tidak boleh menembusi objek legap

d)

D. Cahaya boleh dipantulkan

2.

Rajah di atas menunjukkan bayang bayang sebiji buah epal yang terbentuk pada skrin.Mengapakah terbentuknya bayang bayang tersebut?

a)

A. Cahaya disuluh ke arah epal

b)

B. Cahaya dihalang oleh objek legap iaitu buah epal

c)

C. Cahaya boleh menembusi objek legap sehingga membentuk bayang bayang

d)

D. Cahaya tidak lurus

3.

Antara yang berikut yang manakah sifat-sifat cahaya?

i) cahaya boleh dipantulkan

ii) cahaya bergerak lurus

iii) cahaya tidak boleh menembusi objek legap

a)

A. i dan ii sahaja

b)

B. i dan iii sahaja

c)

C. ii dan iii sahaja

d)

D. i, ii dan iii

4.

Contoh objek lutsinar ialah________________

a)

kayu

b)

plastik berwarna

c)

plastik jernih

d)

kad manila

5.

Antara yang berikut, yang manakah bukan kegunaan pantulan cahaya dalam kehidupan harian .

a)

cermin muka

b)

kanta pembesar

c)

cermin pergigian

d)

cermin cembung

6.

Objek legap ialah _____________________

a)

objek yang membenarkan semua cahaya melaluinya.

b)

objek yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.

c)

objek yang tidak membenarkan cahaya melaluinya.

d)

objek yang ada di alam persekitaran kita.

7.

Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang.

a)

Jarak di antara objek dengan sumber cahaya

b)

Jenis sumber cahaya

c)

Jarak di antara objek dengan skrin

d)

Orientasi objek

8.

Faktor yang mempengaruhi bentuk bayang-bayang ialah ______________

a)

Jenis sumber cahaya

b)

Kedudukan sumber cahaya

c)

Jarak di antara objek dengan sumber cahaya

d)

Jarak di antara objek dengan skrin

9.

Antara berikut yang manakah benar?

a)

A. Saiz bayang-bayang bertambah besar jika X menghampiri Z

b)

B. Saiz bayang-bayang membesar jika X menjauhi Y

c)

C. Saiz bayang-bayang berkurang jika Y menghampiri X

d)

D. Saiz bayang-bayang bertambah jika X menjauhi Z

10.

K,L,M dan N adalah objek yang berlainan.

K- Buku

L- Pensel

M- Kepingan kaca

N- Bola


Objek-objek manakah yang akan membentuk bayang bayang apabila disinari cahaya?

a)

A. K dan M

b)

B. L dan M

c)

C. K, L dan M

d)

D. K, L dan N

11.

Apabila cahaya dari sumber cahaya mengenai suatu objek, cahaya melantun ke arah yang lain. Keadaan ini disebut sebagai ___________

a)

A. Pantulan cahaya

b)

B. Rembisan cahaya

c)

C. Cerminan cahaya

d)

D. Lantunan cahaya

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan bahan lutsinar?

a)

A. Bahan yang boleh membiaskan cahaya

b)

B. Bahan yang ditembusi cahaya sepenuhnya

c)

C. Bahan yang tidak boleh ditembusi langsung oleh cahaya

d)

D. Bahan yang membenarkan sedikit sahaja cahaya melaluinya