wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tingkatan 5

Total questions: 20

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan hak untuk pendidikan reproduktif dan sosial, KECUALI

a)

Remaja harus dibimbing cara yang mengamalkan gaya hidup yang selamat dan sihat dari segi jasmani, emosi, mental, rohani dan sosial.

b)

Sesuatu yang perlu dipelajari demi kesejahteraan keluarga.

c)

Mengamalkan tingkah laku yang baik dalam kehidupan demi mengukuhkan institusi kekeluargaan.

d)

Memantapkan diri dengan nilai-nilai murni.

2.

Yang manakah berikut merupakan contoh hak Reproduktif dan Sosial?


I. Hak untuk mendapatkan wang

II. Hak untuk hidup. kebebasan dan keselamatan

III. Hak untuk kesamaan gender dan tidak mendiskriminasi

IV. Hak untuk bebas membuat pilihan dalam hidup

a)

I dan II sahaja

b)

I dan IV sahaja

c)

II dan III sahaja

d)

III dan IV sahaja

3.

Berikut merupakan kepentingan mengetahui hak kesihatan reproduktif dan seksual, KECUALI..

a)

Hak daripada perspektif individu

b)

Hak daripada perspektif keluarga

c)

Hak daripada perspektif politik

d)

Hak daripada perspektif masyarakat

4.

Setiap murid berhak mengetahui cara menangani isu penafian hak kesihatan reproduktif dan seksual dari sudut psikososial. Bagi menangani masalah ini, mereka disarankan menggunakan pendekatan 4M (Nazri, 2018) yang diterapkan oleh kumpulan pakar psikologi dan kaunselor seperti :


I. Mendengar

II. Melindungi

III. Mendidik

IV. Memerhati

a)

I dan II sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III dan IV

5.

Maklumat mengenai hak kesihatan reproduktif dan seksual boleh diperoleh melalui aplikasi teknologi maklumat. Maklumat yang diterima haruslah tepat dan daripada sumber yang dipercayai. Berikut merupakan kaedah yang difikirkan bernas untuk penyebaran maklumat berhubung hak kesihatan reproduktif dan seksual, KECUALI...

a)

Pendidikan formal

b)

Perbincangan dengan banduan

c)

Perbincangan dengan rakan

d)

Media massa

6.

Punca penagihan berulang adalah...

a)

Stigma masyarakat

b)

Pengaruh keluarga

c)

Masalah kesihatan

d)

Pengaruh tidak pandai membaca

7.

Penagihan berulang boleh mendatangkan keburukan kepada diri, keluarga dan masyarakat. Sebagai contoh, sistem organ dalaman seperti buah pinggang dan limfa boleh mengalami kerosakan sekiranya individu yang ketagihan ini berterusan mengamalkan kegiatan yang tidak sihat ini.

a)

Betul

b)

Salah

8.

Berikut merupakan cara menangani penagihan semula


I. Aktiviti bersukan

II. Aktiviti sosial

III. Aktiviti bersendirian

IV. Aktiviti Keagamaan

a)

I dan IV sahaja

b)

I, II dan IV sahaja

c)

II, III dan IV sahaja

d)

I, II, III, IV

9.

Emosi anak-anak tidak akan terganggu sekiranya keharmonian keluarga tidak stabil.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Kegagalan dalam peperiksaan, perpecahan dalam keluarga dan masalah dalam persahabatan adalah antara situasi yang mempengaruhi ketidakstabilan emosi.

a)

Betul

b)

Salah

11.

Emosi wujud dalam pelbagai bentuk positif dan negatif.

Emosi positif adalah seperti..

a)

Gembira, teruja, riang

b)

Marah, sedih, gembira

c)

kecewa, sedih, riang

d)

riang, kecewa, gembira

12.

Mengurus kestabilan emosi adalah penting untuk:

a)

Membuat keputusan

b)

Mengelakkan penyakit

c)

Memerangi dadah

d)

menjauhkan diri daripada rasuah

13.

Antara kemahiran mengurus ketidakstabilan emosi ialah :


I. Aktiviti kerohanian

II. Berkomunikasi secara berkesan

III. Mengakui kesalahan diri

IV. Bersikap mementingkan diri

a)

I dan IV sahaja

b)

I, II dan III sahaja

c)

I, II dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

14.

Apakah negara yang mendominasi sukan ragbi sentuh?

a)

Netherlands

b)

Colombia

c)

England

d)

New Zealand

15.

Apabila seseorang pemain berdepan dengan seorang pemain lawan, pemain tersebut akan menendang bola dengan pantas ke hadapan melepasi pemain pasukan bertahan dan berlari untuk mendapatkan kembali bola yang ditendang.


Pernyataan di atas menerangkan tentang strategi..

a)

Hantaran silang

b)

Mengacah dengan zig-zag

c)

Tendang dan tangkap

d)

Strategi menyerang dari tengah dan sayap

16.

Dalam ragbi sentuh, pasukan bertahan perlu menyentuh pemain yang membawa bola dan pemain yang disentuh akan dikira mati.

a)

Betul

b)

Salah

17.

Strategi ini dapat mengelirukan pemain pasukan lawan dan sering kali dilakukan di kawasan tengah gelanggang menuju ke arah kawasan in-goal.


Pernyataan di atas adalah menerangkan tentang strategi...

a)

Scissors

b)

Tendang dan tangkap

c)

Mengacah dengan zig-zag

d)

Strategi menyerang dari tengah dan sayap

18.

Terdapat beberapa jenis strategi bertahan yang boleh digunakan oleh pasukan pertahanan dalam permainan ragbi sentuh. Antaranya ialah :


I. bertahan dalam kumpulan

II. Menyerang dari tengah dan sayap

III. satu lawan satu

IV. Menyerang dari belakang

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan III sahaja

d)

I dan IV sahaja

19.

Bekas penagih akan kembali kepada tabiat lama kerana terpengaruh dengan rakan yang masih menagih.


Pernyataan di atas merupakan punca penagihan semula disebabkan..

a)

Tekanan emosi

b)

Disisih keluarga

c)

Masalah kewangan

d)

Pengaruh rakan

20.

Cikgu olle adalah cikgu paling hensem dan baik hati di Sekolah Menengah Kebangsaan Beluran (awas kalau salah!)

a)

Betul

b)

Salah