WorksheetsKUIZ PSS: Kenali Rempah Ratus dan Khasiatnya
Total questions: 10
Worksheet time: 10mins
Bahan ini merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Teh dari bahan ini juga boleh dijadikan ubat batuk. Ia turut dijadikan bahan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang. Apakah bahan ini?
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Vietnam adalah pengeluar dan pengeksport terbesar bahan ini di dunia diikuti India, Indonesia dan Malaysia. Ia mempunyai rasa pedas yang kuat dan bertindak sebagai diuretik, menggalakkan tubuh badan berpeluh dan menyingkirkan toksin yang berbahaya daripada badan. Apakah bahan ini?
Biji ketumbar
Lada hitam
Buah pelaga
Kulit kayu manis
Beberapa kajian menunjukkan sebatian dalam bahan ini mempunyai ciri-ciri antioksida, antikeradangan, antidiabetik dan antimikrob yang boleh memberikan perlindungan daripada penyakit barah serta kardiovaskular. Namakan bahan ini.
lada hitam
buah pelaga
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Bahan ini dikatakan rempah ketiga paling mahal di dunia dan dianggap sebagai 'ratu rempah.’ Pati minyak bahan ini biasa diguna dalam terapi aroma untuk menghilangkan kemurungan. Namakan bahan ini.
Buah pelaga
Bunga cengkih
Ketumbar
Jintan manis
Kandungan berkhasiat bagi bahan ini ialah Eugenol sebagai antioksidan. Selain itu, terdapat juga kandungan Nigericin yang penting dalam pengawalan gula dalam darah. Manganese penting dalam pembuatan tulang dan ketumpatan tulang, serta kandungan oleanolic acid (OA) sebagai komponen yang bertanggungjawab di dalam antikanser. Apakah bahan ini?
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
Biji ketumbar
Pada zaman sekarang, ekstrak daripada bahan ini telah banyak dikomersialkan untuk dijadikan sebagai bahan aromaterapi bagi meredakan tekanan atau untuk memberi bau wangi. Ia juga berupaya meningkatkan memori atau ingatan seseorang. Apakah bahan ini?
Halba
Lada hitam
Buah pelaga
Jintan manis
Amalan minum air rendaman bahan ini dipercayai dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan. Bagi mereka yang kerap diserang demam, selsema dan batuk, anda bolehlah mengamalkan meminum air rendaman herba ini. Dikatakan ia juga mampu membantu meredakan kahak dan membersihkan saluran pernafasan. Namakan herba ini.
Biji sawi
Jintan manis
Halba
Biji ketumbar
Ia dikenali dengan nama mustard seed. Sifat pedas dan panasnya digunakan sebagai rempah dalam masakan sayur, ikan dan daging. Ia mampu memanaskan badan, melawaskan perut, mengelakkan sesak nafas, membersihkan peparu dan banyak lagi. Namakan herba ini.
Lada hitam
Biji sawi
Biji ketumbar
Buah pelaga
Tumbuhan ini dianggap sebagai salah satu herba yang sangat bernilai kepada manusia. Ia dianggap sebagai bahan antibiotik semulajadi yang terbaik. Ia sangat berkesan untuk merawat jerawat kerana ia mengandungi antiseptik semulajadi dan membantu mencegah penyebaran bakteria. Apakah herba ini?
Kunyit
Halba
Halia
JIntan manis
Perubatan tradisional menggunakannya untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti ketidakhadaman, loya, sakit mata, sakit kepala, menghilangkan bau mulut, merawat batuk, muntah-muntah dan banyak lagi. Namakan herba yang berguna ini.
Biji sawi
Bunga cengkih
Biji ketumbar
Kulit kayu manis
